Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Jadi Model Cantik Pun Kena Cerai”- Netizen Sedih Alicia Amin Memilih Berpisah Dengan Doktor Perubatan

by Puteri Alia
March 2, 2023
VIA Instagram

VIA Instagram

375
KONGSIAN
Share on Facebook

Tiada pasangan suami isteri yang ingin berakhir dengan penceraian. Jika dahulu dijanjikan untuk sehidup semata seperti kata pepatah hanya maut yang mampu memisahkan namun siapa bakal menyangka urusan jodoh dan perpisahan juga rahsia tuhan.

Perkahwinan yang dilihat bahagia dan sempurna pada pandangan mata kasar sekeliling kadangkala tersimpan 1001 rahsia yang terkadang berantakan dan akhirnya memilih untuk berakhir dengan penceraian.

Memuat naik video di laman Instagram, pelakon dan model sensasi Alicia Amin mengesahkan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor perubatan, Farzan Iqbal.

Meninjau di ruangan komen hantaran milik Alicia, rata-rata peminat meluahkan perasaan sedih dan takut akan status perkahwinan yang dikatakan seolah-olah tiada jaminan bagi kelangsungan yang bergelar suami-isteri.

VIA Instagram

Hal yang demikian kerana nisbah penceraian di kalangan masyarakat kita pada hari ini sebenarnya semakin meningkat dan ia sewajarnya membimbangkan kerana kestabilan institusi rumah tangga adalah akar umbi kepada keutuhan sesebuah masyarakat.

Via Instagram

Menurut sumber Berita Harian, bagaimanapun Alicia meluahkan bahawa dia reda dengan takdir yang tertulis serta masih berhubungan baik dengan bekas suaminya itu.

“Saya baik-baik sahaja. Kami masih berkawan baik dan tiada drama”- jelas Alicia menerusi temu bual di sebuah laman berita”

Meskipun ramai yang terkejut dengan status penceraian yang diumumkannya itu namun masih ramai lagi yang tidak menyangka model terkenal ini sebenarnya sudah pun berkahwin selama dua tahun.

VIA Instagram Story

Terdahulu, Alicia dan Farzan mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2021 dalam sebuah majlis ringkas yang hanya dihadiri rakan terdekat. Bagaimanapun pasangan berkenaan tidak dikurniakan cahaya mata.

Apa-apa pun semoga Alicia tabah mengharungi dugaan ini dan kembali bersemangat meneruskan kehidupan seperti sediakala.

What’s your Reaction?
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4
+1
1
alicia amin
https://lomp.at/g3bja
Share150Tweet94SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem