Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Isu Fasha Cedera di Set Penggambaran, Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Azhan Rani-“Benda Nak Jadi..”

by Naddy Joe
March 3, 2023
131
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Azhan Rani tampil bersuara selepas pelakon gandingannya, Fasha Sandha mengalami kecederaan serius pada mata ketika menjalani penggambaran bersamanya, baru-baru ini.

Fasha mengalami kecederaan pada bebola mata kiri berdarah dan bengkak serta tulang mata kiri patah akibat mata dan kepala terhentak di bucu katil yang tajam.

“Siapa Yang Tak Luluh Dan Patah Hati mengadap Keadaan Ini”

Jelas Azhan menerusi hantaran di Instagram, tiada siapa yang mahu kemalangan semikian berlaku sepertimana tuan punya badan serta pihak produksi telah melakukan sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang kecederaan.

“Tak banyak yang boleh aku nak katakan perkara yang dah terjadi. Tak ada siapa yang mahukan kemalangan macam ni terjadi. Seperti kata tuan punya diri dan pihak produksi masing-masing telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan.

Rehearsal telah dilakukan. Aksi yang diarahkan dibuat sepenuh tenaga untuk kamera. Segala hanya teknik sahaja tapi kalau dah tertulis itulah suratan. Siapa yang tak luluh dan patah hati mengadap keadaan ini.”-jelas Azhan

View this post on Instagram

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Rakan Selebriti Beri Kata-Kata Semangat

Ruangan komen penjelasan Azhan turut dibanjiri dengan komen rakan selebriti serta peminat yang meninggalkan kata-kata semangat buat pelakon drama Nur ini agar diberikan kekuatan hadapi kecaman disebabkan insiden yang berlaku pada Fasha Sandha.

“Akak tahu Azhan memang orang baik, kita ni kat set shooting macam satu keluarga. Semoga girl cepat sembuh, insyaAllah kesian kat girl benda nak jadi aduh akak pulak rasa pedihnya.”-Zarina Zainuddin

“Stay strong Han, it was an accident. Insha Allah, Girl akan ok.”-Catriona Ross

“InsyaAllah semua akan ok. Benda nak jadi bro.”-Fizo Omar

“Tengok video Azhan tolak biasa-biasa je mungkin Fasha terlalu menjiwai watak. Tak disengajakan.”

Tiada siapa yang mahu berlaku kemalangan. Sama-sama kita doakan agar Fasha Sandha cepat sembuh.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Nora Danish & Fasha Sandha Beraya Bersama, Curi Perhatian Ramai!
azhan ranifasha sandha
https://lomp.at/9pxjq
Share52Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem