Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Lembu Menangis Mintak Tolong…”- Usaha Ustaz Ebit Lew Selamatkan Haiwan Ketika Banjir Raih Pujian Warganet

by Puteri Alia
March 4, 2023
173
KONGSIAN
Share on Facebook

“Sedih tengok lembu dah nak lemas semalam dekat Segamat. Alhamdulillah, dapat bantu tarik ke atas…” – Kata Ustaz Ebit Lew”

Sungguh mulia usaha figura hebat ini, namanya sering meniti di setiap bibir segenap penjuru dimensi rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan, kerana beliau tidak pernah tahu erti lelah dan penat dalam membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan.

Apa yang lebih menyentuh hati, kali ini bantuan yang disalurkan bukan sahaja kepada ummat manusia namun haiwan juga diselamatkan.

VIA TikTok

Pendakwah terkenal, Ebit Lew menarik perhatian ramai apabila memuat naik video menerusi aplikasi TikTok menyelamatkan seekor lembu yang hampir lemas dibawa arus banjir.

Menerusi hantaran video berdurasi 58 saat itu memaparkan Ustaz Ebit, yang menaiki bot bersama dua lagi lelaki dipercayai sedang melakukan tinjauan banjir di sekitar Segamat.

Sewaktu misi bantuan berkenaan, beliau telah menjumpai seekor lembu yang sedang berenang-renang seolah-olah meminta pertolongan.

Tanpa berfikir panjang, Ustaz Ebit telah berjaya menyelamatkan lembu berkenaan menggunakan tali dan menariknya hingga ke kawasan yang selamat.

VIA TikTok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa terharu dan menyifatkan haiwan berkenaan bakal menjadi saksi di akhirat terhadap Ustaz Ebit atas tindakan yang dilakukannya itu.

VIA TikTok

Malah, lembu berkenaan dikatakan seolah-olah berlinangan air mata apabila masih ada insan prihatin yang bertindak berani membantu makhluk malang yang sedang ditimpa musibah itu.

Menurut sumber laporan berita, daerah Segamat ketika ini merupakan daerah yang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di Johor dengan merekodkan seramai 12,258 mangsa daripada 3,511 keluarga.

Justeru, Murai My mendoakan agar kesemua mangsa banjir kini diselamatkan dan dilindungi daripada sebarang kecelakaan.

banjirUstaz Ebit Lew
https://lomp.at/umtrw
Share69Tweet43SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem