Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Abang dah Tahu Dah…”- Anak Puteri Sarah Berumur 6 Tahun, Tahu Ayahnya Curang Melalui Youtube

by Puteri Alia
March 7, 2023
VIA Google

VIA Google

502
KONGSIAN
Share on Facebook

“Walaupun apa yang terjadi Ma (nenek) dan Atuk sentiasa sayang Shaikul dan Summayyah…tak perlu risau mengenai apa yang terjadi.” -Jelas Puteri Sarah

Siapa sahaja yang mahu kehilangan insan-insan tercinta hanya kerana munculnya orang ketiga dalam sesebuah institusi rumah tangga.

Jika penceraian jalan terakhir, maka acap kalilah kita dapat melihat reaksi yang ditunjukkan  oleh mangsa-mangsa penceraian rumah tangga termasuk perasaan terkejut, kesedihan, kehampaan, marah dan bimbang.

Namun, dikatakan tidak semua mampu mengharungi dugaan dalam kemelut rumah tangga sama ada seseorang yang bergelar dewasa mahupun anak-anak yang turut terkesan dek perpisahan ibu dan ayah.

Baru-baru ini pelakon Puteri Sarah, 38, mendedahkan anak sulungnya, Shaikul Islam, 6, sudah mengetahui mengenai pergolakan rumah tangga yang berlaku antara ibu bapanya.

VIA Google

“Shaikul sudah tahu sebab dia sendiri yang beritahu bapa mentua saya, ‘abang dah tahu dah’. Jadi Datuk dan Datin pun beritahu perkara sebenar” – jelas Puteri Sarah

Sarah juga berpendapat bahawa kemungkinan anak sulungnya itu mengetahui mengenai kemelut yang terjadi ini melalui video-video yang terpapar di Youtube, namun sehingga kini tiada kepastian mengenai kesahihannya itu.

“Saya rasa dia dengar cerita (konflik rumah tangga) menerusi laman YouTube dan mungkin daripada situ dia mahukan kepastian. Jadi mereka terangkanlah. Saya bertuah kerana mempunyai ibu dan bapa mentua yang baik” – kata Puteri Sarah

Jelas isteri kepada pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof, beliau tidak mengetahui bagaimana reaksi anaknya ketika itu, namun Sarah merasa bersyukur kerana mempunyai ibu dan ayah mertua yang sangat memahami dan sentiasa menyokong keputusannya.

VIA Google

Menurut Puteri Sarah, selepas lebih setahun tidak bertemu suaminya, dia memberitahu perasaan sayang sudah tidak wujud.

“Rasa biasa sahaja. Tiada apa yang luar biasa. Saya pun tak pandang, tak tahu dia tengok saya atau sebaliknya. Saya hanya mahu terus pandang ke depan. Dah la, bye-bye,” – katanya.

Puteri Sarah kali ini tampil yakin dan berani tanpa perlu “dipapah atau dipimpin” oleh mana-mana individu ke Mahkamah Rendah Syariah baru-baru ini selepas diperintah untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Syamsul Kembali Ceria, Datuk Yusof Haslam Tak Desak Anak Cari Pasangan Baru!
VIA Instagram

Bagaimanapun Murai MY sentiasa mendoakan agar kemelut yang melanda pasangan cinta yang pernah meraih pujian warganet yang dikatakan dilihat begitu bahagia sebelum ini akhirnya mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik untuk perhubungan mereka.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
4
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
Puteri Sarah LiyanaSyamsul Yusof
https://lomp.at/0shsz
Share201Tweet126SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem