Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Netizen Puji Sharnaaz Ahmad “Cover” Tanggungjawab Engku Emran

by Puteri Alia
March 8, 2023
VIA Instagram

VIA Instagram

1.4k
KONGSIAN
Share on Facebook

“Ayah mithali..sangat bertanggungjawab, walaupun gagal jadi suami takpe yg penting jangan gagal jadi seorang ayah..bertuah jebat..harap jebat besar ingat jasa baba dan mommy” – kata netizen

Sebut sahaja soal tanggungjawab sebagai seseorang yang bergelar bapa pastinya ramai yang mengangguk faham bersetuju bahawa tugas itu sangat penting namun tidak semua mampu memikul amanah yang diberikan itu.

Malah, akhbar juga banyak melaporkan kes sebegini termasuklah dalam kalangan golongan terkenal apatah lagi jika bercakap soal nafkah anak selepas ibu bapa berpisah tidak pernah selesai dibincangkan.

Ada yang bertindak bagai melepaskan batuk ditangga selepas merasakan sesebuah institusi kekeluargaan itu musnah dek penceraian ibu dan ayah.

Namun, sebagai seorang bapa yang baik jika kita prihatin terhadap anak yang menjadi penyambung warisan, seharusnya ayah akan terus mengambil berat kebajikan anak walaupun selepas perceraian.

Hal yang demikian kerana air yang dicincang tidak akan putus apatah lagi pihak yang bercerai adalah ibu dan bapa atau suami isteri, tetapi hubungan darah antara anak dengan ibu bapa tidak akan putus.

Memuat naik gambar di Instagram, sekali lagi pelakon sensasi Sharnaaz Ahmad meraih pujian ramai apabila beliau  dilihat menjemput anak tunggalnya, Jebat Jayden di lapangan terbang yang baru sahaja tiba dari Tanah Suci baru-baru ini.

VIA Google

Meskipun sudah lama berpisah pelakon Sharnaaz Ahmad tetap berkawan baik dengan bekas isterinya, Noor Nabila demi anak tunggal mereka serta kelihatan mesra bergambar tanpa rasa kekok atau bermasam muka.

Berkongsi rasa rindu yang terubat di laman Instagram miliknya, pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu dilihat mendukung anak tunggalnya selepas dua minggu tidak berjumpa.

VIA Instagram

Difahamkan, Sharnaaz baru sahaja selesai urusan di mahkamah lalu terus menjemput anaknya yang ditemani dengan keluarga bekas isterinya.

[VIDEO] Gelagat Sharnaaz Ahmad Main Teka-Teki dengan Jebat Jayden, Buatkan Netizen Terhibur!

Umum mengetahui bahawa apabila berlaku perceraian, selalunya anak menjadi pihak yang paling menerima kesan. Mereka akan tinggal dengan salah satu pihak yang mendapat hak jagaan, selalunya ibu dan kemungkinan pada hujung minggu atau pada masa tertentu dibenarkan ke rumah bapa mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap kebapaan yang cemerlang dipamerkan oleh Sharnaaz meskipun dari segi luaran kelihatan bengis dan pemarah namun dengan anaknya sentiasa menunjukkan teladan yang baik-baik sahaja.

VIA Instagram
VIA Instagram

Ramai turut berpendapat Sharnaaz seorang bapa yang baik kerana tidak melepaskan tanggungjawabnya, malah semasa keluarga bekas isterinya itu berangkat ke tanah suci, pelakon itu turut menghantar mereka di KLIA.

Terdahulu, menurut laporan Berita Harian, status rumah tangga Noor Nabila dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin didakwa sudah retak menanti belah. Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.

Bagaimanapun semoga sikap prihatin dan bertanggungjawab yang dipamerkan oleh Sharnaaz ini menjadi teladan buat para suami yang bergelar bapa untuk tidak sama sekali culas akan peranan mereka.

Usah biarkan diri dilabel seumpana kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Jalankan tanggungjawab dengan penuh kasih sayang kerana anak-anak ini merupakan amanah Allah SWT.

What’s your Reaction?
+1
6
+1
10
+1
1
+1
3
+1
3
+1
1
engku emrannoor nabilasharnaaz ahmad
https://lomp.at/fy84f
Share554Tweet347SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem