• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Memang Nabi Cakap Betul Lah, Manusia Tidak Akan Puas’- Syamsul Yusof

by Phic ARMAN
March 9, 2023
Share on Facebook

Baru-baru ini, MURAI MY tertarik dengan sebuah temubual elakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama panyampai radio DJ Nazz di laman Youtube Molek.fm.

Dalam video tersebut DJ Nazz bertanya kepada Syamsul, adakah seronok bergelar seorang jutawan. Suami kepada Puteri Sarah ini menjawab, kekayaan dan kemewahan itu tidak seindah yangg disangka. Dia menambah, jika sesuatu yang diimpikan telah dapat dimiliki ia tidak akan rasa puas.

VIA Instagram Syamsul Yusof

“Saya sedar sesuatu, saya pun dulu ialah orang biasa juga. Maksudnya mempunyai angan-angan dan impian. Bila dah tercapai, dapat kereta yang diidamkan, hmmm….Betul lah orang cakap, “Tak Seindah Yang Anda Fikir”, memang seronok, sudah tentu suka, tapi dia tak seindah yang anda fikir.

“Mana ada benda sempurna, tiada benda yang sempurna di dunia ini. Contohnya kita minat itu ini, oh kita nak Lamborghini, Ferrari. Masa tu kita tiada, jadi kita rasa macam benda tulah segalanya. Bila kita dah ada, kita macam ‘ok’, tapi tiadalah seronok sangat seperti kita fikir””

“Lama-lama rasa bosan, sebab itulah selalu terjadi, kalau dah dapat apa yang nak, dia nak lain pula, nak helikopter, nak kapal pula, memang manusia memang Nabi cakap betul lah, tidak akan puas”

Syamsul menjelaskan, pada akhirnya sesuatu yang dia mencari dalam hidup adalah ketenangan jiwa dan hati.

“Saya rasalah, pengakhirannya, perkara paling penting  ketenangan jiwa engkau. Ketenangan jiwa juga yang menentukan jika tiada duit, tidak mengapalah yang penting tenang jiwa, tenang hati kan?”- jelas Syamsul.

Kata-kata yang dikongsikan oleh Syamsul ini sangat mendalam dan bolej dijadikan iktibar kepada semua. Kekayaan dan kemewahan bukanlah segala-galanya, malah kebahagiaan itu yang didambakan oleh setiap insan dalam hidup.

YouTube video

Sementara itu, Syamsul kini sedang bergelut dengan kontroversi rumahtangganya. Terdahulu Puteri Sarah nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua pada awal tahun ini.

Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Syamsul Yusof
https://lomp.at/mzv23
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore