Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Song Hye Kyo Ikat Perut Tahan Lapar, Hanya Makan Pisang Demi Watak Dalam Drama ‘The Glory’

by Lisa Ghani
March 10, 2023
Foto - Netflix

Foto - Netflix

36
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerjaya sebagai pelakon sangat mencabar. Sekejap mereka gemuk, kurus, hodoh, lumpuh, dan macam-macam lagi transformasi fizikal yang dilalui bagi menjiwai watak. Itulah pengorbanan mereka yang terbesar bagi memberi kepuasan dalam lakonan.

Itulah yang dilakukan Song Hye Kyo. Demi watak, Song Hye Kyo sanggup mengikat perut asalkan memberi penghayatan terbaik untuk kariernya sebagai seorang pelakon.

Foto – Forbes

Song Hye Kyo mendedahkan bahawa dia menjalani diet ekstrem untuk drama ‘The Glory’. Pelakon 41 tahun yang memainkan watak Moon Dong Eun ini merelakan dirinya kelaparan.

Menerusi program ‘Guest Visit The Glory Part 2’ yang ditulis oleh Wolipop, Song Hye Kyo mengimbau kembali pengalamannya semasa penggambaran. Kata Hye Kyo, sebelum berlakon di hadapan kamera, dia hanya makan pisang selama tiga hari. Matlamatnya adalah untuk kelihatan kurus, cengkung, dan pucat dalam salah satu babak.

“Saya hanya makan pisang selama tiga hari dan tidak minum air sehari sebelum penggambaran. Saya rasa seperti akan mati keletihan, tetapi terima kasih kepada diet itu, visual babak itu kelihatan baik,” katanya.

YouTube video

Diet ekstrem yang dilakukan oleh Song Hye Kyo bertujuan untuk penggambaran sahaja supaya lakonannya lebih meyakinkan. Jadi, ia tidak digalakkan untuk orang biasa kerana berpotensi menyebabkan kekurangan zat makanan.

Kekurangan pengambilan kalori boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang teruk. Seperti lemah, sembelit, mood tidak stabil hingga kegagalan organ jika malnutrisi berlaku dalam jangka masa yang lama.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Gelar Diri Sebagai "Old School", Salman Khan Akui Hanya Ada 3-4 Teman Wanita
Netflixsong hye kyothe glory
https://lomp.at/ih1f6
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem