Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

vivo Malaysia Memperkenalkan vivo V27e Dengan Keupayaan Yang Tiada Tandingan

by Aphit J.
March 11, 2023
Share on Facebook

vivo, sebuah syarikat teknologi terkemuka antarabangsa, telah memperkenalkan vivo V27e dengan Kamera Ultra-Sensing OIS 64MP yang luar biasa, ciri Potret Cahaya Aura, reka bentuk warna yang menarik dan genggaman ultra nipis.

Kamera Pintar Untuk Memastikan Gambar Potret Glamor

via VIVO

Menggabungkan fungsi dengan kamera pintar dan cemerlang, ciri Potret Cahaya Aura menghasilkan gambar potret malam semula jadi.

Cahaya Aura dan Mod Potret berfungsi seiring untuk membantu kamera menerangi wajah bagi menangkap gambar potret hebat pada waktu malam dan membantu pengguna merakam kenangan indah.

Penghasilan Video Lebih Cerah

Pengguna kini boleh merakam video yang lebih cerah, lebih dinamik dan terperinci menggunakan Penstabil Imej Hibrid (OIS + EIS) yang terdapat dalam vivo V27e.

Penstabil Imej Hibrid (OIS + EIS) boleh melakukan pengiraan penstabilan dan gerakan sehingga 10,000 kali sesaat, memberikan pengguna rakaman yang lebih lancar, lebih stabil dan lebih jelas.

Warna Yang Lebih Bertenaga

via VIVO

Edisi Ungu Lavender (Lavender Purple) menggunakan teknik goresan gambar skala nano dan menampilkan corak bulu merak yang berseri-seri, memberikan rupa yang megah dan menarik perhatian. Telefon ini juga direka bentuk dengan teliti untuk memancarkan rasa lapang, meriah dan elegan.

Edisi Hitam Glory (Glory Black) pula menampilkan corak sutera, berkilauan yang mempunyai rasa glamor dan kemewahan serba halus. Dengan reka bentuk ini, telefon menjadi simbol status dan contoh utama prestij, memberikan pengguna dengan visual menawan.

 Skrin Visual Yang Menakjubkan

vivo V27e mempunyai skrin 6.62” 2.5D yang memberikan pengalaman visual yang lebih mengasyikkan dan menarik dengan kadar segar semula 120 Hz serta kecerahan dan kontras ultra tinggi.

Skrin 2.5D menawarkan butiran yang kaya, memberikan pengguna dunia visual mengasyikkan seakan pawagam.

Bingkai rata, badan langsing dengan ketebalan 7.7mm dan berat 185g menyediakan genggaman ultra-nipis yang memberikan telefon rupa langsing dan elegan yang diserlahkan oleh skrin rata yang menakjubkan.

Hayat Bateri Yang Lebih Lama

via VIVO

 vivo V27e baharu dilengkapi dengan bateri 4600 mAh (TYP). Ditambah dengan teknologi FlashCharge yang dibangunkan vivo sendiri, ia menyokong sehingga 66W kuasa pengecasan dan kecekapan penukaran tenaga puncak sehingga 97.5%.

Disokong lagi dengan sistem penyejukan canggih, telefon boleh dicas hingga 50% dalam masa 19 minit sahaja semasa skrin dimatikan. Bateri vivo V27e mempunyai dua kali jangka hayat berbanding standard industri dan menyokong sehingga 1,600 kitaran pengecasan berbanding standard industri iaitu 800 kitaran pengecasan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
vivovivo V27e
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara