• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Kalau Asyik Mengamuk Macam ‘Singa’, Jaga-Jaga Mungkin Si Isteri Hadapi Tanda Stress Ini…

by Soph Azz
March 13, 2023
Foto - Complete Wellbeing

Foto - Complete Wellbeing

Share on Facebook

Psst… Ada orang cakap bila si isteri mula stress atau tertekan, jangan buat main-main dengan mereka. Bila mereka stress, ia bukan saja boleh beri kesan pada hubungan suami isteri. Tetapi hubungan dengan anak-anak pun boleh terjejas.

Wanita yang nampak kuat luarannya ini sebenarnya mahkluk yang sangat rapuh dan lemah. Sehinggakan bila mereka hadapi stress pun kita tak tahu kerana mereka pandai sembunyikannya.

Kalau mereka sudah mula membebel, mengamuk macam singa atau tak sabar, ketahuilah para suami yang isteri kamu sedang hadapi stress. Kalau tak tahu sama ada betul stress atau tidak, cuba perhatikan tanda-tanda berikut…

Mudah letih & insomnia 

Foto – Pinterest

Sekiranya si suami perasan, isteri yang stress selalunya akan alami gangguan jadual tidur seperti insomnia. Gangguan ini akan membuatkan badan tidak dapat menerima rehat yang cukup. Bila badan tidak dapat rehat yang sepatutnya, mereka akan jadi cepat letih bila lakukan rutin harian kebiasaannya atau perkara yang remeh seperti melipat baju atau tonton televisyen.

Hilang minat nak berbual dengan suami 

Para suami perlu ambil berat apabila si isteri mula tidak tunjukkan minat untuk berbual seperti biasa. Biasanya bila mereka terlampau stress, sama ada stress dengan kerja rumah atau keadaan sekeliling, mereka tidak akan pedulikan kehadiran dan apa yang kamu cakap.

Bukan itu saja, ada juga isteri apabila stress dia tidak mahu terlibat dalam hubungan intim bersama suaminya.

Mood sentiasa berubah 

Foto – Pinterest

Mood yang berubah atau mood swing berlaku apabila rasa gembira, sedih atau marah berganti secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas. Jika situasi ini berlaku, berkemungkinan besar ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan mental isteri, di mana perubahan mood boleh menjadi tanda tekanan yang kita tak sedar.

Sangat sensitif & mudah nak marah 

Mungkin si suami anggap ianya perkara biasa, tetapi bila isteri menjadi sensitif atau mudah nak marah, maksudnya kestabilan emosinya sedang ‘hancur’. Disebabkan oleh stress, isteri boleh bertindak di luar kawalan seperti memarahi anak atau suami, tanpa dia maksudkannya.

Suka asingkan diri 

Foto – Pinterest

Apabila stress, dalam tak sedar mereka yang alaminya akan elakkan diri daripada berjumpa dengan orang lain dan suka mengasingkan dirinya. Baginya pengasingan tersebut berlaku apabila dia rasakan hidupnya hilang arah tuju atau tak bermakna bagi sesiapa.

Para suami kalau isteri kamu ada tanda-tanda stress di atas, cuba belai dan beri perhatian pada mereka okay?

tanda stress melampautanda wanita stresstanda-tanda stress
https://lomp.at/hp8r9
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Personaliti

Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

by Phic ARMAN
August 1, 2025

Bila bercakap pasal kerabat diraja, selalunya yang kita nampak sekarang adalah sisi moden, elegan dan penuh protokol. Tapi baru-baru ini,...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Personaliti

Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

by Phic ARMAN
March 7, 2023

Baru-baru ini di laman TikTok, MURAI MY tertarik melihat video yang dimuatnaik oleh Dato’ Mohd Nazifuddin Najib atau lebih mesra...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore