• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] Samsung S23 Ultra! Performa, Kamera & Harga Ternyata Memang ‘Ultra’

by Phic ARMAN
March 24, 2023
Share on Facebook

Rasanya semua pun dah tahu mengenai kewujudan Samsung Galaxy S23 Ultra 5G. Apabila ia mula-mula diperkenalkan, banyak benda berlegar-legar dalam kepada kami. Ada terfikir kenapa macam tiada perubahan, kerana ia kelihatan sama seperti sebelumnya. Tetapi tanggapan kami silap, sebenarnya ada beberapa penambahbaikan seperti chipset dan sensor kamera.

Ini menjadikannya ia sangat selesa untuk digunakan untuk apa sahaja keperluan yang boleh dilakukan pengguna daripada peranti semua-dalam-satu.

Dengan harga yang boleh tahan mahal, adakah rekaan yang sama membolehkan Samsung lebih fokus untuk ‘menanggalkan’ segala kekurangan yang sebelumnya?  Namun, ini adalah telefon pintar Android paling menyeronokkan yang pernah kami gunakan.

Sebelum ini kami ada menerbitkan artikel ‘UNBOXING’ Galaxy S23 Ultra ini dan membincangkan mengenai rekaan dan apa yang anda dapat dalam kotak jualan. Sila ke pautan ini.

UNBOXING Samsung Galaxy S23 Ultra 5G, Lihat Apa Yang Anda Dapat Dalam Kotak

Dalam peluang mencubanya selama 7 hari, kami akan cuba sampaikan perkara penting yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk membeli Galaxy S23 Ultra ini. Berikut ialah ulasan mengenai Galaxy S23 Ultra yang, kemungkinan besar,  telefon android terbaik pada tahun 2023.

Dari luar, Galaxy S23 Ultra kelihatan sama persis dengan generasi sebelumnya. Walaubagaimanapun beberapa perubahan kecil menjadikannya lebih selesa untuk digunakan.

Tepi badan belakang kini tidak melengkung seperti yang lama, begitu juga bahagian bingkai yang dibuat lebih rata. Walaupun skrin hadapan kelihatan masih membawa reka bentuk skrin melengkung, bahagian melengkung juga dibuat lebih kecil. Membolehkan pengguna menggunakan stylus dengan lebih bebas pada bahagian hadapan Galaxy S23 Ultra .

Reka bentuk skrin melengkung

Perubahan ini menjadikan rekaan Samsung Galaxy S23 Ultra lebih selesa untuk dipegang walaupun masih agak licin termasuk apabila diletakkan di atas permukaan seperti meja atau dompet. Kaca depan dan belakang dilindungi oleh Gorilla Glass Victus 2, dan bingkainya diperkuat dengan Armor Aluminium yang didakwa lebih kuat daripada aluminium standard.

One UI 5.1

Siri Galaxy S23 Ultra mendapat sokongan untuk versi One UI terbaru daripada syarikat, di mana semua varian termasuk Ultra turut mendapatkannya. Siri ini mendapat sokongan pertama mereka untuk menerima One UI 5.1 sebagai versi terkini One UI.

Namun bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa ciri yang hanya boleh dilakukan pada Siri Galaxy S23 melalui One UI 5.1 iaitu ciri mengalih keluar latar belakang imej dengan hanya menekan lama objek pada imej yang disimpan dalam Galeri.

Snapdragon 8 Gen 2

Galaxy S23 Ultra membawakan cipset unik iaitu Snapdragon 8 Gen 2 untuk Galaxy di mana kelajuan maksimum mencecah 3.36 GHz. Ini lebih tinggi daripada cipset Snapdragon 8 Gen 2 standard.

[REVIEW] Bawah RM500 Tapi Ada Galaxy AI? Inilah Samsung Galaxy Buds3 FE!

Chipset pantas ini juga digabungkan dengan 12GB RAM LPDDR5X yang lebih pantas dan lebih cekap daripada LPDDR5. Selain itu, storan menggunakan UFS 4.0 terkini dengan kelajuan baca sehingga 4,200MBps iaitu dua kali lebih pantas daripada generasi sebelumnya dan kelajuan tulis sehingga 2,800MBps.

Kapasiti storan yang disediakan bermula daripada 256GB yang sangat mencukupi untuk hari ini dan terdapat varian tertinggi iaitu 1TB yang tentunya amat memuaskan.

Dengan gabungan spesifikasi ini, prestasi Galaxy S23 Ultra terasa sangat pantas. Kami tidak pernah mengalami masalah apabila telefon bimbit digunakan untuk pelbagai keperluan, semuanya terasa cepat.

Skrin Kekal Licin

Selama seminggu penggunaan tanpa sebarang perlindungan, kaca itu benar-benar kekal licin walaupun bersentuhan langsung dengan pelbagai jenis permukaan keras. Lebih kurang tanggapan berkenaan skrin Samsung Galaxy S23 Ultra, sama seperti Galaxy S22 Ultra.

Pendek kata, ia sempurna. Ia mungkin berasa tidak sempurna kerana dimensinya memang sangat besar, menyukarkan sesetengah pengguna untuk mengendalikannya dengan sebelah tangan.

Kandungan yang dipaparkan pada skrin Samsung Galaxy S23 Ultra sangat tajam, sudah tentu warnanya tepat dan memuaskan. Cuma, semasa menggunakan kedua-dua belah tangan saya, sedikit rasa lenguh kerana agak berat, mungkin saya menggunakan Silicone Grip Case yang dibekalkan sekali oleh Samsung kepada kami.

S Pen Stylus

S Pen Stylus pada Samsung Galaxy S23 Ultra juga memberikan kesan yang memuaskan. Dengan skrinnya yang besar, anda boleh menggunakannya untuk menulis nota (termasuk secara tiba-tiba melalui ciri memo di luar skrin).

Menulis nota melalui ciri memo di luar skrin

Saya secara peribadi menganggap S Pen Stylus jarang digunakan. Tetapi ada kalanya saya menggunakannya untuk membuat suntingan video di aplikasi. Ternyata dengan menggunakan S Pen Stylus lebih mudah berbanding jari yang kadang-kala agak menyusahkan menyunting video.

ISOCELL HP2

Daripada banyak fitur baharu yang tersemat, sudah tentu perubahan yang tak sabar untuk kami kongsikan adalah kamera Samsung Galaxy S23 Ultra. Bilangan kamera itu sendiri masih sama, terutamanya pada sensor ultra lebar dan dua telefoto. Tetapi dari segi kualiti, terdapat peningkatan yang ketara.

Apa yang berbeza nya ialah kamera hadapan dan sensor kamera belakang utama. Di hadapan, resolusinya bukan lagi 40MP, tetapi ‘turun’ kepada 12MP. Tapi jangan risau, kualiti masih sangat tajam dan tida memberi kesan kepada kmi. Nah, sensor kamera belakang sebenarnya telah meningkat dalam resolusi, daripada 108MP kepada 200MP iaitu ISOCELL HP2 baharu.

Daripada segi saiz fizikal, sensor HP2 berada dalam kelas 1/1.30”, diantara HP1 (1/1.22”) dan ISOCELL HP3 (1/1.14”). Bagi memanfaatkan setiap piksel yang ada,  Samsung mewariskan teknologi Tetra2pixel pada sensor ini. Menggunakan Tetra2pixel, sensor boleh berubah menjadi 200MP, 50MP ataupun 12.5MP mengikut keadaan cahaya dengan melakur ataupun membelah piksel-piksel bersebelahan.

[REVIEW] Galaxy S25 FE: Tak Perlu Telefon Mahal Pun Dah Nampak Bergaya

ISOCELL HP2 juga adalah sensor Samsung pertama yang mengguna pakai teknologi DSG (Dual Slope Gain). Teknologi baharu ini membolehkan kamera merakam video HDR beresolusi 4K pada kadar 60fps.

Kamera Galaxy S23 Ultra 5G

Jadi secara kasarnya, apakah kelebihan sensor 200MP pada Galaxy S23 Ultra? Apabila pengguna ingin menghasilkan foto yang boleh dicetak besar, mereka boleh memanfaatkan resolusi tertinggi. Boleh juga untuk suntingan atau zum dengan perincian yang lebih tinggi.

Susun aturnya agak berbeza. Sudah tentu kita boleh menggunakan sensor telefoto untuk menangkap objek yang jauh. Jadi, jika anda tidak tahu objek utama yang ingin anda tangkap, anda boleh snap dahulu melalui mod 200MP, kemudian bingkaikan semula. Malah, anda boleh mempersembahkan pelbagai cerita berbeza daripada sebuah foto yang di ambil.

Berikut pula ialah kualiti gambar pada tetapan zum 1x, 10x, 30x dan 100x. Memang menakjubkan kerana pada tetapan 30x sekalipun pekerja mencuci bangunan nampak jelas.

Mengenai warna kulit, saya merasakan hasil yang dirakam oleh kamera Galaxy S23 Ultra masih cenderung hangat, alias sedikit kekuningan dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Kemudian untuk exposure boleh dianggap terbaik, terutamanya dalam keadaan cahaya yang mencabar seperti konsert  dalam bangunan.  Apa-apa pun, telefon pintar ini adalah yang terbaik untuk merakam momen konsert ketika ini.

Konsert Patah Hati di Zepp KL

Bateri

Galaxy S23 Ultra masih membawa bateri berkapasiti 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan 45W melalui kabel dan Pengecasan Wayarles Pantas 2.0. Saya boleh menggunakan telefon bimbit ini sepanjang hari untuk mengambil foto, merakam, video, browser, ke rangkaian sosial dan masih mempunyai baki 10% kuasa pada waktu malam.

Kesimpulan

Kotak Jualan

Samsung semakin menyempurnakan telefon bimbit flagship mereka yang paling canggih dengan Galaxy S23 Ultra. Jika anda mencari telefon bimbit serba boleh yang cemerlang dalam pelbagai sektor, anda tidak akan salah jika memilih telefon bimbit ini.

Reka bentuk premium, bateri tahan lama, skrin yang menakjubkan, prestasi yang sangat pantas, banyak ciri, kepada kamera yang mampu dalam pelbagai keadaan adalah apa yang anda boleh dapatkan daripada Galaxy S23 Ultra

Kelemahannya ialah harga ditetapkan pada harga yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya, di mana varian termurah dijual bermula dari RM6,199. Tapi kalau anda ahli Samsung Rewards anda akan dihadiahkan jam tangan Galaxy Watch5 Bluetooth (40mm) yang berharga RM 1,099. Memang berbaloi!

samsungSamsung s23 ultra
https://lomp.at/njkcp
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  5. 5

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore