Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Makanan Selalu Terbuang? Ini 3 Tips Untuk Rakyat Malaysia Elak Pembaziran

by Nurul A.
October 12, 2026
Pembaziran Makanan

Samsung Bespoke

Share on Facebook

Kita semua pernah mengalaminya. Sebungkus sayur yang terlupa di bahagian belakang peti sejuk, lebihan makanan yang tidak sempat dimakan pada keesokan harinya, atau bahan-bahan yang dibeli dengan niat baik tetapi akhirnya dibuang begitu sahaja.

Walaupun pembaziran makanan sering berlaku tanpa disengajakan, perubahan kecil dalam cara kita menguruskan barangan dapur boleh membawa perubahan yang bermakna.

MURAI kongsikan 3 cara mudah untuk elak pembaziran makanan

1. Semak dahulu apa yang ada dalam peti sejuk kamu

Kesibukan kerja, komitmen keluarga dan jadual harian yang padat boleh menjadi salah satu punca utama mengapa berlakunya pembaziran makanan di rumah kita. Kadang-kala, kita sering terlupa dan tidak sedar akan kewujudan makanan sedia ada dalam peti sejuk, sehinggakan ia menjadi terlambat untuk kita gunakannya.

Disebabkan oleh itu, teknologi rumah pintar kini memudahkan pengurusan perkara ini. Sebagai contoh, peti sejuk Samsung Bespoke AI Top Mount yang dilengkapi dengan ciri SmartThings Food, yang membantu penggunanya memantau tarikh luput makanan serta mendapatkan idea hidangan berdasarkan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

2. Simpan barangan dapur segar dengan betul

Barangan dapur yang baru dibeli berada dalam keadaan terbaik apabila disejukkan dengan segera selepas sesi membeli-belah. Dengan mod Power Cool, peti sejuk Bespoke AI Top Mount mampu menurunkan suhu dalaman dengan pantas hanya dengan satu sentuhan butang, sekali gus membantu menyejukkan barangan dapur yang baru dibeli dengan lebih cepat.

Topik Berkaitan Travel Hack 2026, Destinasi ‘Lokal Rasa Luar Negara’, Tapi Under Bajet

3. Elakkan kesilapan kecil yang boleh jejaskan kesegaran

Membiarkan pintu peti sejuk terbuka untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan udara sejuk keluar, sekali gus menjejaskan kestabilan suhu dan berpotensi memberi kesan kepada kualiti makanan. Bagi membantu mencegah perkara ini, peti sejuk Bespoke AI Top Mount boleh menghantar pemberitahuan amaran pintu terbuka (Door Open Alert) melalui SmartThings apabila pintu peti sejuk dibiarkan terbuka. Walaupun ia ciri yang ringkas, tetapi ia dapat bantu untuk elak penggunaan tenaga yang tidak perlu sambil memastikan barangan disimpan dalam keadaan yang optimum.

Mengurangkan pembaziran makanan tidak semestinya memerlukan perubahan gaya hidup yang drastik. Selalunya, ia bermula dengan penglihatan yang lebih jelas terhadap isi peti sejuk, pengurusan makanan yang lebih bijak, serta tabiat yang membantu keluarga memanfaatkan sepenuhnya bahan makanan yang dibeli.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Malaysiasamsungsamsung bespokeSamsung Bespoke AI Top Mounttips elak pembaziran makanan
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Nak Jimat Kos Percutian Keluarga? AirAsia Tawar Diskaun Value Pack Sehingga 30%!

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Cuti sekolah tidak lama lagi! Pastinya ramai ibu bapa sudah mula memikirkan aktiviti untuk mengisi masa lapang anak-anak. Ada yang...

Read moreDetails
Diet tembikai, perut kempis buncit
Tips

Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

by Nurul A.
November 23, 2026

Nasihat MURAI, sebelum lakukan diet ini pastikan kamu rujuk dan tanya pendapat pakar kamu ye. Tahun 2026 hampir menemui penghujungnya....

Read moreDetails
LifeXplore

Wani Kayrie Cipta Satu Lagi Pencapaian Di Pentas Antarabangsa

by Phic ARMAN
November 3, 2026

Selepas mencuri perhatian menerusi pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), penyanyi Wani Kayrie kini melangkah lebih jauh apabila diberi kepercayaan...

Read moreDetails
LifeXplore

5 Perkara Anda Kena Tahu Tentang Dron Antigravity A1, Kini Ada Fungsi Follow Me!

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Kalau anda suka merakam video ketika bercuti, mendaki atau berbasikal, dron mungkin antara gajet yang boleh menjadikan kandungan anda lebih...

Read moreDetails
RAMBUT BASAH
Kesihatan

Kerap Tidur Dengan Rambut Basah? Hati-Hati, Kamu Mungkin Hadapi 4 Masalah Ini

by Nurul A.
October 20, 2026

Kamu pernah tidur dalam keadaan rambut masih basah? Percayalah, ramai di antara kita yang kerap tidur dengan rambut yang basah...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
Foto - The Chow Kit- an Ormond Hotel
LifeXplore

‘Double Win’ Untuk The Chow Kit, Raih Pengiktirafan Michelin Guide & World Travel Awards 2026

by Nurul A.
October 15, 2026

The Chow Kit- an Ormond Hotel meraikan pencapaian berganda dalam kecemerlangan hospitaliti, dengan merangkumi penyenaraian dalam Panduan Michelin (MIchelin Guide)...

Read moreDetails
LifeXplore

Bayar Guna Samsung Wallet, Kumpul Shopee Coins? Ciri Baharu Ini Bakal Tiba Di Malaysia!

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Pernah tak ketika hendak membuat pembayaran, anda terpaksa keluar masuk beberapa aplikasi semata-mata mahu mencari kaedah pembayaran yang sesuai? Nampak...

Read moreDetails
Hello Kitty
LifeXplore

Seram! Hello Kitty & 4 Animasi Ini Ada Kaitan Dengan Iblis?

by Nurul A.
November 3, 2026

Selain kanak-kanak, orang dewasa juga suka menonton siri animasi. Sehinggakan ada yang menjadi peminat setia beberapa watak dalam siri animasi....

Read moreDetails
Marshall Bromley 150
LifeXplore

Rekaan Ikonik & Bunyi ‘Padu’, Marshall Bromley 150 Kini Lebih Praktikal

by Nurul A.
November 17, 2026

Marshall hari ini memperkenalkan Bromley 150, party speaker yang paling mudah dibawa dalam rangkaiannya setakat ini. Menawarkan lebih 40 jam...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  4. 4

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara