Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Netizen Terkilan Dengan Harga Terkini Aiskrim Mekdi -“Dah Lah Tak Penuh”

by Amirul Fikry
March 15, 2023
344
KONGSIAN
Share on Facebook

Rangkaian restoran makanan segera Mcdonald’s atau juga dikenali sebagai Mekdi/McD kini menjadi antara yang terlaris di Malaysia. Mempunyai peminat makanan segera yang tidak kira umur dari kecil sehingga dewasa. Mekdi juga menyediakan pelbagai menu dari sarapan hingga ke makan malam.

Mekdi juga sering menawarkan promosi yang hebat kepada pelanggan setianya, sama ada beli terus ataupun menggunakan perhidmatan penghantaran.

Harga Aiskrim Mekdi Dipertikaikan

Baru-baru ini hangat di twitter milik @nabilfikran10 di mana dia terkejut dengan harga aiskrim mekdi itu. menurutnya, kali terakhir dia membeli aiskrim itu dengan harga RM3.50, akan tetapi baru-baru ini dia membelinya dengan harga RM5.

VIA twitter nabilfikran

Perkongsian itu meraih perhatian yang sama dari netizen. Menurut mereka, kenaikan harga itu juga terkesan bagi mereka dan berfikir dua kali untuk membelinya. Malah ada yang membelinya tetapi yang dapat hanyalah separuh ukuran sahaja.

VIA twitter nabilfikran

Tambah mereka lagi, segala jenis aiskrim dari Mekdi sudah pun naik harga. Aiskrim Sundae sebelum RM3.50 selepas RM5, Sundae Cone sebelum RM1 selepas RM1.95,  Chocotop sebelum RM1.50 selepas RM3 dan Mcflurry sebelum RM5-6 selepas RM8.

“Harga makin naik, pastu aiskrim tu tak penuh pun satu cup, pastu fries pun sama. macam kene scam beli fries large tapi rasa mcm medium size. selalu kene mcm nie kalau takeaway or drive thru”-kata mereka

“Banyak dah naik harga tanpa apa-apa pengumuman”-ujar mereka

“Okay takpelah kalau naik RM5 pon tpi tulah aiskrimnya seciput je letak. separuh bekas je”-tambah mereka

“Kene cover balik menu rahmah mereka yang sudah mengurangkan keuntungan mcd haha”-tulis mereka

VIA twitter nabilfikran

Apa-apa pun, harapnya isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan jika berlaku kenaikkan harga, maka perlu untuk diberitahu kepada umum agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
5
aiskrim mekdi naik hargachocotopmcdonaldsmcflurrymekdimekdi naik hargasundae chocolatesundae cone
https://lomp.at/iefpj
Share138Tweet86SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem