Tuesday, June 6, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Musik

Tiket Konsert ‘Sold Out’, Tapi Pesanan Ella Ini Beri Harapan Kepada Peminat Yang Terlepas Peluang

by Phic ARMAN
March 15, 2023
49
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, tiket konsert ratu rock Malaysia, Ella  yang bakal dianjurkan di Axiata Arena ‘Sold Out’ dalam masa 24 Jam. Ia sekaligus memecahkan rekod baharu buat artis Malaysia.

Tiket konsert yang mula dijual pada 13 Mac 2023 jam 12:00 tengahari pada awalnya telah terjual sebanyak 50% hanya dalam tempoh 2 jam sahaja.

Pihak penganjur , Encik Rohit Rampal, CEO & pengasas HITMAN SOLUTIONS terkejut dengan sambutannya di mana tiket ke konsert JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA ‘sold out’ dalam masa 24 jam sahaja.

Katanya, kejayaan ini membuktikan bahawa betapa hebatnya peminat-peminat Ella dan saya kagum dengan kesungguhan mereka kerana tidak berputus asa untuk mendapatkan tiket konsert beliau.

“Ternyata Ella adalah Ratu Rock Negara yang tiada tolok bandingnya! Secara jujurnya, saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan Ella beraksi di atas pentas dan ‘rock out’ bersama peminat-peminatnya pada 10 Jun ini, 8:00 malam di Axiata Arena Bukit Jalil.”- katanya kepada media.

Ella Beri Pesanan Kepada  Peminat Yang Terlepas Peluang

Sementara itu, Ella mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusannya dan meluahkan rasa syukur di atas hasil jualan yang luar biasa ini.

View this post on Instagram

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan saya, RockQueen dan juga rakan penganjur, Hitman Solutions dalam menjayakan konsert ini. Saya sangat teruja, berbangga dan bersyukur dengan hasil jualan yang luar biasa ini.”

“Saya juga berterima kasih kepada semua peminat dari seluruh pelusuk dunia, terutamanya dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga Brunei di atas semangat mereka yang ingin bersama saya meraikan konsert ini.”

Dalam kenyataan lain, Ella turut memberi harapan kepada peminat yang terlepas untuk mendapat tiket.

“Ella tidak sabar untuk berikan yang terbaik pada semua, semoga peminat dapat mendoakan kesihatan kesemua pihak yang terlibat agar acara ini menjadi memori yang wajar dikenang.

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mendapatkan tiket, InsyaAllah, pihak pengurusan sedang mempertimbangkan dan akan mencari jalan terbaik untuk memuaskan hati semua”-  katanya menutup bicara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER ellahitman solutionsRohit Rampal
Share20Tweet12SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Ella Bersuara Pasal Pasar Borong Selayang Dijajah Rohingya, Tapi Netizen Terhibur- “Pandai Buat Lawak Eh Sekarang”

by Jash Lee
February 16, 2023
#ApaPlan

‘Jubin Nautiyal: Live In Malaysia’- Konsert Pertama Bollywood Di Malaysia Sejak 2020!

by Nurin Sakinah
July 29, 2022
Lokal

Siti Nurhaliza & Ella Beri Bantuan Buat Mangsa Banjir

by Khai Azfar
December 20, 2021
Musik

Anuar Zain Dan Ernie Bakal Digabungkan Atas Satu Pentas Di Konsert Mini ‘Showcase Lejen Ria’

by Aphit J.
March 21, 2021

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  2. 2

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  3. 3

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  4. 4

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan