Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Kenali Mo Hafidz, Yang Baru Dilantik Sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App

by Phic ARMAN
March 16, 2023
Share on Facebook

airasia Super App, aplikasi super pengembaraan & gaya hidup terkemuka di rantau ini telah mengumumkan pelantikan Mohamad Hafidz Mohd Fadzil (Mo) yang mempunyai pengalaman yang luas dalam membina infrastruktur pembayaran Capital A untuk membantu memacu pertumbuhan masa depan portfolio digital syarikat tersebut.

Beliau akan menggantikan Amanda Woo, sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, berkuat kuasa 1 April 2023.

Ini selaras dengan pengumuman perubahan pucuk kepimpinan di airasia Digital yang terkini yang merangkumi anak syarikatnya, airasia Super App dan BigPay.

Colin Currie yang menjawat dua posisi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, airasia Digital dan juga Presiden Komersial, Capital A akan mengetuai usaha dalam menjalinkan kolaborasi di antara platform airasia Super App dan BigPay untuk mewujudkan pengalaman yang lebih baik terutamanya dalam perjalanan dan pembayaran pengguna dalam ekosistem Capital A.

Colin Currie, Ketua Pegawai Eksekutif, airasia Digital, berkata, “Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Amanda di atas sumbangan dan dedikasinya yang tak terhingga dalam membawa airasia Super App ke peringkat yang terkini.

Sejak 2012, jelas kelihatan perkembangan perniagaan di seluruh Asean yang telah beliau usahakan dan dalam masa dua tahun ini, beliau telah berjaya meluaskan sayap airaia Super App ke seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia dan juga di Filipina.

Beliau juga berjaya menambah jumlah pengguna aktif platform tersebut kepada 12 juta pengguna di akhir tahun 2022 serta mengukuhkan nama airasia Super App sebagai ejen pelancongan dalam talian (OTA).

Amanda meninggalkan airasia Super App dengan pasukan yang sangat efektif dan bakal diterajui oleh Mo. Kami juga yakin bahawa Mo akan membawa kemahiran, pengetahuan dan pengalamannya dalam memacu perubahan dan perkembangan strategik dalam teknologi pembayaran, pengurusan produk serta penglibatan kerjasama di seluruh rantau untuk membina apa yang telah dicapai oleh airasia Super App.

Kenali Mo Hafidz

Mo Hafidz telah bersama AirAsia sejak Jun 2019 yang kini memegang jawatan Ketua Pegawai Fintech airasia Super App akan terus memacu visi fintech platform tersebut yang bakal merangkumi dan merentasi pembayaran perusahaan, perkhidmatan kewangan dan harta yang akan membantu menambahkan pilihan kepada pengguna Super App dan membawa lebih banyak profit kepada perniagaan. Perlantikannya sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, airasia Super App akan berkuat kuasa pada 1 April 2023.

Dengan pengalamannya yang hampir 30 tahun dalam industri pembayaran, Mo mempunyai advokasi yang kuat dalam teknologi pembayaran dan keselamatan dengan memulakan kerjayanya bersama Citi, yang mana beliau memegang pelbagai jawatan dalam operasi pembayaran dan perniagaan kad dan berpindah ke VISA sebagai Ketua e-dagang Asia Pasifik dan seterusnya menyertai MasterCard sebelum bersama AirAsia. Mo memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dalam Ekonomi dan Kewangan serta Ijazah Sarjana Kewangan dari Institut Teknologi Diraja Melbourne di Australia.

Mohamad Hafidz (Mo), bakal pemangku Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App mengulas mengenai peranannya yang akan datang,

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi saya kepercayaan untuk menerajui airasia Super App, serta kepada Amanda Woo, yang telah membawa Super App untuk terus berkembang pesat secara eksponen dalam tempoh singkat dua tahun. Keutamaan segera saya adalah meneruskan visi fintech platform ini melalui kerjasama yang lebih erat dengan barisan perniagaan Capital A yang lain, termasuk BigPay. Saya juga berharap untuk mengembangkan dan membangunkan syarikat dan juga Allstars serta memberikan tumpuan kepada hala tuju strategik syarikat, mengukuhkan kerjasama dan membina hubungan baharu.”

airasia Super App adalam perniagaan platform pengembaraan sehenti, e-dagang dan fintech Capital A yang menawarkan pengguna lebih daripada 15 produk dan perkhidmatan melalui Super App serta laman web airasia.com.

Dikuasakan oleh data dan teknologi, airasia Super App memanfaatkan ekosistem digitalnya yang terdiri daripada 51 juta pengguna dan 40 juta muat turun untuk menjana pengalaman tanpa gangguan yang telah diperibadikan untuk penggunanya. Pengguna juga boleh terlibat dalam perbualan masa nyata, menyertai komuniti yang tersedia, bermain permainan dan banyak lagi.

Daripada keperluan perjalanan kepada keperluan gaya hidup seharian, sentiasa ada sesuatu untuk semua orang di airasia Super App.

Muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Colin CurrieMohamad Hafidz Mohd Fadzil
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Harian Metro
Bisnes

Mampu Milik, Kad Kredit-i RHB Sinar Tawar Kadar Keuntungan Sebanyak 14% Setahun!

by Nurul A.
July 13, 2026

RHB Bank Berhad (“RHB” atau “Group”) hari ini memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar yang baharu. Kad kredit ini memberikan pelanggan...

Read moreDetails
Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Foto - Tune Talk
IbuBapa

Tune Talk Lancar Pelan Mudah Alih Kanak-Kanak Pertama Di Malaysia Dengan Kawalan Rangkaian Terus

by Nurul A.
June 30, 2026

Ketika keselamatan kanak-kanak dalam talian kini menjadi tumpuan utama negara, Tune Talk tampil menerajui usaha mentakrifkan semula peranan syarikat telekomunikasi...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Teknologi

Kolaborasi Samsung, DC Studios & Warner Bros. Pictures, Peminat Teruja Dengan Pengalaman ‘Supergirl’ Di Rumah

by Nurul A.
July 3, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan kerjasama global dengan Warner Bros. Pictures dan DC Studios, menandakan tayangan pawagam pengembaraan adiwira baharu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  3. 3

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  4. 4

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara