Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Dari Kylie Jenner Hingga Beyonce, Selebriti Ini Pernah Amal Diet Yang Tak Masuk Akal

by Soph Azz
March 16, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

27
KONGSIAN
Share on Facebook

Apa sahaja yang berkaitan dengan selebriti, tak kiralah bentuk badan, pemakanan atau gaya hidup, pasti akan jadi ikutan ramai terutamanya peminat.

Kadang kala tertanya-tanya juga bagaimana mereka ini kekalkan bentuk badan atau turunkan berat dengan cepat dallam masa yang singkat. Dan kalau kamu nak tahu, biasanya mereka praktikkan diet yang tak sihat dan drastik. Sebab itulah mereka berjaya dapatkan bentuk badan idaman dalam masa yang singkat.

Dalam entri kali ini, Miss Murai senaraikan beberapa diet yang pernah dan sedang dilakukan oleh selebriti Hollywood, daripada Kylie Jenner hingga ke Beyonce.

Kylie Jenner – Teatox Diet 

Popular suatu ketika dulu, ramai yang pernah ikuti diet ini termasuklah Kylie Jenner. Katanya teh detox (teh diet) ini sangat berkesan kalau nak buang toksin dan turunkan berat badan dengan cepat.

Foto – Pinterest
Tetapi menurut pakar pula, teh ini agak tidak selamat memandangkan ia mengandungi kafein yang berlebihan dari guarana atau yerba mate yang merupakan sejenis tumbuhan.

Lady Gaga – Baby Food Diet 

Selain Lady Gaga, aktres Jennifer Aniston juga pernah amalkan diet makanan bayi ini dan diet ini dilakukan ketika bersarapan dan makan tengah hari.

Foto – Pinterest

Baby Food Diet ini akan membuatkan kamu mengambil sebanyak 10 balang sehingga 15 balang untuk setiap kali waktu makan. Dan untuk makan malam, kamu akan mengambil makanan yang sihat.

Diet ini boleh dikatakan sihat dan berkesan kalau nak turunkan berat badan dengan cepat. Tetapi untuk jangka masa panjang, ia boleh naikkan berat badan seperti biasa dan lebih berganda.

Beyonce – Master Cleanse Diet 

Foto – Pinterest

Pernah dikongsi oleh Beyonce, penyanyi ini mengatakan dia melangsingkan badannya dengan melakukan Master Cleanse Diet. Di mana kamu tidak boleh ambil sebarang makan pejal dan ianya digantikan dengan minuman campuran seperti jus lemon, serbuk cayenne dan sirap maple gred B sebanyak 9 kali sehari.

Victoria Beckham – Alkaline Diet 

Untuk pengetahuan kamu, Alkaline Diet merupakan diet yang menukarkan makanan yang membentuk asid seperti daging, ikan dan tenusu kepada makanan berakali seperti buah-buahan, kekacang dan sayur.

Foto – Pinterest

Diet ini sebenarnya tidak patut diamalkan kerana ia akan mengelirukan badan kamu dan mengubah tahap pH badan dengan makanan. Target pH badan yang menjadi target pengamal diet ini adalah di antara 7.35 sehingga 7.45.

Psst… Diet-diet yang agak ‘bahaya’ ini tidak sesuai untuk jadi ikutan terutamanya dalam kehidupan seharian ye…

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
diet beyoncediet kylie jennerdiet selebrititips diet selebriti
https://lomp.at/sqo8n
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem