Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Cinta

Tanda-Tanda Lelaki Sebenarnya Cemburu Dalam Diam, Wanita Cuba Perhatikan Ini…

by Soph Azz
March 17, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

305
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam sesebuah perhubungan, cemburu itu normal. Tak kiralah lelaki atau wanita, ada yang suka tunjukkan rasa cemburunya dan ada juga yang suka pendam saja.

Bercakap soal cemburu, bagi Miss Murai lelaki adalah makhluk yang kuat cemburunya berbanding wanita. Dan kebanyakkan mereka lebih suka untuk pendam kerana tidak tahu cara yang betul untuk tunjukkan rasa cemburu itu.

Ada masanya sampaikan kita sendiri keliru dan hairan. Mana taknya, rasa macam tak cemburu, tapi perangainya pula tunjukkan sebaliknya.

Jadi kalau kamu hadapi situasi yang sama, tak tahu si dia cemburukan kamu atau tidak, Miss Murai minta kamu semak tanda-tanda berikut kerana mungkin si dia cemburukan kamu dalam diam…

Mood jadi tak menentu 

Perasan tak lelaki kalau tengah moody, boleh tahan dasyat daripada perempuan. Biasanya lelaki yang cemburu dalam diam ini, mereka tak pandai nak luahkan perasaannya. Jadi menerusi mood, mereka luahkan apa yang mereka rasa.

Foto – Dr. Prem Jagyasi

Ketika mereka moody,  jangan pula kamu sama naik moody ye. Cuba bertolak ansur dan fahami apa yang mereka cemburukan.

Tiba-tiba jadi pengongkong 

Okay yang seterusnya ini memang ramai yang laluinya. Lelaki bila cemburu dia akan mula berubah menjadi lebih mengongkong. Jika dulu kamu boleh lakukan apa sahaja tanpa dikongkong, kini kamu perlu beritahunya terlebih dahulu.

Foto – Pinterest

Tak mustahil juga jika kamu dipaksa untuk memberikan telefon untuk diperiksa olehnya untuk kepuasan hatinya. Jaga-jaga, ini adalah tanda cemburu yang toksik.

Berusaha keras nak tarik perhatian

Bila dah cemburu, lelaki sanggup untuk lakukan apa sahaja asalkan dapat perhatian kamu seorang sahaja. Malah dia juga akan pastikan kamu fokus padanya seorang seperti makan tengahari bersama-sama, pergi ke mana-mana sahaja bersama dan sebagainya.

Sikap acuh tak acuh ketika berkomunikasi 

Ramai saja lelaki yang suka bersikap acuh tak acuh bila berkomunikasi, lagi-lagi bila tengah cemburu. Kalau kamu nak atasi keadaan ini senang sahaja, pujuk si dia untuk meluahkan perasaannya. Jika si dia beritahu apakah puncanya, kamu patut cuba elakkan daripada melakukan perkara tersebut pada masa akan datang.

Bahasa badan tunjukkan dirinya tak selesa 

Bila lelaki cemburu, dia tak akan berasa selesa melihat orang lain mendekati kamu. Kalau kamu perasan si dia asyik nampak lain atau berubah-ubah perangainya, itu adalah tandanya.

Foto – Pinterest

Sebagai solusi, cuba kamu setkan limit bila bergaul dengan orang lain. Mungkin bergurau-gurau tidak boleh terlalu over atau bercakap tanpa perlu terlalu mesra.

Mana-mana tempat pergi, mesti si dia ada 

Pergi ke mana-mana sahaja, kamu dapati si dia selalu berada di tempat yang kamu mahu tuju. Pelik kan?

Foto – Adobe Stock

Sebenarnya itu adalah tanda si dia berasa cemburu dengan kamu. Jangan terkejut ye jika tiba-tiba si dia mula check media sosial kamu, telefon dan sebagainya. Ini kerana mungkin si dia berfikir kamu menghubungi lelaki lain di belakangnya.

Kalau rasa si dia ada tunjukkan tanda-tanda di atas, maksudnya si dia memang cemburukan kamu dalam diam.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
4
+1
3
+1
2
+1
1
+1
0
pasangan cemburutanda lelaki cemburutanda lelaki jealous
https://lomp.at/599lr
Share122Tweet76SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem