Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Seram! Warganet Nampak Penampakkan Kepala Hantu Belakang Tya Ariffin Sewaktu Sedang Asyik Menari Dalam Hutan

by Puteri Alia
March 17, 2023
VIA Instagram

VIA Instagram

182
KONGSIAN
Share on Facebook

“Ni yang aku malas nak masuk hutan ni…banyak sangat makhluk halus dalam tu…nanti dia ikut kita balik” – kata netizen

Sebut sahaja lokasi di hutan ketika waktu malam, pasti perkataan hantu yang terus terlintas di fikiran.

Malah ada di antara kita yang akan tiba-tiba berasa seram sejuk apatah lagi apabila diajak masuk ke hutan, khususnya dalam kalangan mereka yang tidak pernah menjelajah hutan.

Kata orang, memasuki kawasan hutan juga memerlukan adab yang sopan kerana biarpun tiada manusia yang dilihat di dalam hutan, namun kita harus menghormati hutan, dan tidak boleh celupar, berteriak tidak tentu pasal atau ketawa berlebihan.

Berbahas soal itu, siapa sangka niat hanya mahu menjalankan pengambaran di dalam hutan, menantu penyanyi nombor satu negara, Tya Ariffin dikatakan ditemani sosok wanita berambut panjang atau penampakkan hantu menerusi sekeping gambar.

“Yang mana nampak tu cuba bulatkan & share dekat telegram channel Tya..Allahu meremang sangat.. nanti Tya share kisahnya di telegram” – tulis Tya Ariffin

Memuat naik gambar perkongsian berkenaan di laman Instagramnya, Tya meluahkan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya serta meminta orang ramai memberi kepastian menerusi ruangan komen.

VIA Instagram

Rata-rata warganet juga telah membuat pengesahan mengenai penampakkan makhluk halus itu, malah ada juga yang dapat mengesan kelibat wanita yang dikatakan berpakaian persis Tya yang ketika itu cantik memakai kebaya labuh beserta aksesori kepala seakan-akan jelmaan seorang puteri.

VIA Instagram
VIA Instagram

Dalam hantaran seterusnya, Tya juga telah berkongsi video penceritaannya mengenai kejadian tersebut. Katanya, dia jugak tidak berani untuk melihat gambar berkenaan berkali-kali kerana berasa seram dengan raut wajah makhluk itu.

Katanya, pengambaran tersebut telah dijalankan beberapa bulan yang lalu. Tya menceritakan bahawa ketika itu, pihak produksinya telah memasang lagu traditional jawa bagi mengenakan mood pada ketika itu yang memerlukan Tya untuk menari.

Menantu TokTi Tunjuk Aurat? Asyraf Khalid Akui Kesilapan Isterinya, Tya Arifin Dedah Rambut

Pengambaran itu juga memerlukan Tya melalui kawasan air terjun serta meredah hutan bagi menuju ke lokasi yang dianggap menarik dan sesuai untuk pengambaran berkenaan.

Bagaimanapun, syukurlah tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ketika itu, malah penemuan ini terbongkar apabila pihak produksi Tya ingin berkongsi hasil pengambaran berkenaan dan secara kebetulan menemui sosok yang tidak dikenali dalam gambar berkenaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
tya ariffin
https://lomp.at/fu2mp
Share73Tweet46SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem