Sunday, March 26, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

“First Time Rose Tengok Banyak Sangat Barang Kemas..”-Sharifah Rose Terharu Dilamar Oleh Habib

by Naddy Joe
March 17, 2023
111
KONGSIAN
Share on Facebook

HABIB, jenama barang kemas terulung di Malaysia, tampil dengan kempen raya “Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023”. Kempen yang akan bermula dari 23 Mac sehingga 21 April 2023 ini, inspirasi serta menampilkan warisan tradisional Tekat, iaitu seni hiasan sulaman Melayu yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas pada latar belakang baldu yang kaya dengan warnanya.

Dalam kempen Rantaian Kasih ini, HABIB memilih pelakon muda berjiwa besar, Sharifah Rose bersama ibunya, Puan Noraini Dahlan sebagai wajah selebriti yang memperagakan koleksi HABIB.

Tampil anggun bersama busana berwana hot pink rekaan pereka fesyen terkenal, Syomirizwa Gupta serta dilengkapi dengan rantai labuh dan gelang HABIB, pelakon dan model jelita ini berkongsi rasa terharu apabila dilamar oleh HABIB.

“Definitely overwhelming cause benda ni jadi macam agak cepat sebab when they approached tu around December, lepastu terus photoshoot.

So during photoshoot tu, really-really fun sebab masa tu first time Rose tengok banyak sangat jewelry in my whole life in one day.

And the during the shoot, first time Rose ada mak Rose sekali untuk shoot bersama sempena Kempen Rantaian Kasih.-kata Sharifah Rose

Mengulas lanjut mengenai kempen raya tersebut, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer menyatakan bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah yang paling dinantikan kerana kita dapat berkumpul mengeratkan lagi silaturrahim serta bermaaf-maafan bersama keluarga, sahabat dan yang tersayang.

“Mengangkat tradisi acara tahunan yang disambut sejak lebih 20 tahun, yang dinamakan Rantaian Kasih; ia menggambarkan sebuah ketulusan ikatan yang terjalin. Jadi, hubungan baik dengan para pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dan suatu kegembiraan bagi kami dapat melihat para pelanggan bersama keluarga mereka melangkah masuk ke bilik pameran serta menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan.

Lebih istimewa pada tahun ini, kami sangat teruja untuk mempamerkan seni Tekat yang diterapkan dengan nilai sejarah dan warisan yang memerlukan kreativiti dan penghasilan bermutu. Kami memastikan
para pelanggan disajikan dengan pelbagai pilihan untuk setiap lapisan umur dengan mendapatkan koleksi baharu untuk digayakan pada hari lebaran nanti.”

Kempen Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023 dilancarkan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer, diiringi Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin serta Pengurus Besar Kanan Jualan, Mohd Zaruddin Mahmud dan Ketua Pegawai Pemasaran, Joseph Lam. Majlis pelancaran dilengkapkan dengan penampilan pengusaha Tekat yang berpengalaman serta menunjukkan kehalusan seni ini untuk dihargai umum, acara juga dimeriahkan dengan persembahan istimewa penghibur tanah air, Kaka Azraff.

Tahun ini, HABIB menyambut Aidilfitri dengan memberi penghormatan kepada warisan seni Tekat, melalui motif yang diilhamkan daripada alam semulajadi dan tumbuh-tumbuhan tempatan. Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad tahun ini didatangkan dalam lima reka bentuk berbeza – Bunga Cengkih, Bunga Kekwa, Bunga Padi, Bunga Raya, dan Awan Larat. Setiap satu, dilengkapi dengan rekaan sampul yang indah sesuai dijadikan sebagai hadiah, pengganti duit raya atau dikumpul sebagai koleksi peribadi.

Koleksi kegemaran ramai, Oro Italia 916 HABIB juga dipersembahkan dengan rekaan baharu, yang lebih menawan, hasil gabungan pelbagai kemasan seperti high polish, potongan berlian, matte dan kemasan satin yang membawa suntikan nafas baharu kepada reka bentuk klasik.
Turut menjadi perhatian, Koleksi Eksklusif Emas 916 HABIB dengan rekaan lebih kontemporari, gabungan emas 916 berona kuning dan putih, yang hanya boleh didapati secara eksklusif di HABIB.

View this post on Instagram

A post shared by HABIB (@habibjewelsofficial)

 

Buat kaum jejaka, Butang Baju Melayu yang sentiasa menjadi pelengkap di pagi Raya, hadir dalam bentuk dan warna baharu, segak dipadankan dengan cincin perak paladium. Untuk kanak-kanak pula, seleksi emas 916 bermotifkan flora dan fauna ditawarkan.

Buat julung kalinya juga, HABIB berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal Malaysia, Syomirizwa Gupta, yang menampilkan busana mewah yang elegan dan berwarna ceria sebagai penyeri di Aidilfitri, untuk digayakan bersama koleksi Raya
HABIB.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
2
+1
2
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: sharifah rose
Share44Tweet28SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

“Banyak Sangat Berita Negatif Walaupun Bulan Yang Suci” – Fedtri Yahya Ajak Manfaatkan Ramadhan
Lokal

“Banyak Sangat Berita Negatif Walaupun Bulan Yang Suci” – Fedtri Yahya Ajak Manfaatkan Ramadhan

by Aphit J.
March 25, 2023
Elak Kongsi Gambar Makanan Berbuka, Tindakan Nourul Depp Raih Pujian Netizen
Lokal

Elak Kongsi Gambar Makanan Berbuka, Tindakan Nourul Depp Raih Pujian Netizen

by Aphit J.
March 25, 2023
‘PEJAM’ Nyanyian Rahmad Mega Berkumandangan Dalam Drama Melur Untuk Firdaus 2
Lokal

‘PEJAM’ Nyanyian Rahmad Mega Berkumandangan Dalam Drama Melur Untuk Firdaus 2

by Aphit J.
March 25, 2023
[VIDEO] Azwan Ali Baca Al-Fatihah, Ramai Tegur Supaya Betulkan Makhraj & Tajwid
Lokal

[VIDEO] Azwan Ali Baca Al-Fatihah, Ramai Tegur Supaya Betulkan Makhraj & Tajwid

by Ameerul K
March 25, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Sebab Ira Kazar Je Semua Gaduh” -Syamsul Yusof Warning Aaron Aziz, Caprice Dan Farid Kamil Jangan Melampau!

  2. 2

    [VIDEO] Lucu! Netizen Terhibur Sajat Gelak Dengar Suara Sendiri -“Aduhh Suara Tak Kepit Habis…”

  3. 3

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

  4. 4

    Sharnaaz Ahmad Tak Lekang Memuji-Muji Bekas Isteri Noor Nabila, Mungkinkah Keluarga Ini Kembali Bersatu?

  5. 5

    [VIDEO] Noor Nabila Pergi Korea Bukan Beli Skincare Tapi Beli…-“Apa Yang Lembik-Lembik Ni?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan