• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

The Military Method: Untuk Orang Yang Susah Tidur Malam, Dalam 10 Saat Dah Terlelap

by Lisa Ghani
March 17, 2023
Foto - The Teal Mango

Foto - The Teal Mango

Share on Facebook

Macam-macam cara dah buat, untuk bagi tidur. Tapi masih juga tak boleh. Masalah susah tidur bukanlah perkara yang remeh. Jika berterusan boleh membawa memudaratkan kesihatan seperti perubahan emosi, risiko penyakit fizikal dan kesihatan mental.

Jadi, apa cara paling pantas untuk tidur malam? Pernah dengar teknik ‘The Military Method’. Katanya boleh tidur dalam tempoh masa 10 saat.

Foto – Business Insider

Glamour mengatakan teknik ini menjanjikan untuk membantu kamu tidur dalam sepantas kilat. Ia sangat berkesan sehinggakan tentera Amerika Syarikat pun menggunakannya.

Dipetik dari Hello Doktor, The Military Method merupakan tidur kaedah ketenteraan yang diperkenal oleh Sharon Ackerman yang ditulis dalam bukunya bertajuk “Relax and Win: Championship Performance.”

Kaedah ini dicipta pertama kali di U.S. Navy Pre-Flight School yang membantu juruterbang tidur sekurang-kurangnya selama 2 minit. Ia mengambil selama 6 minggu untuk mempraktikkannya, walaupun mereka minum kopi atau ada bunyi kuat yang mengganggu tidur, cara ini masih berhasil.

Foto – The Daily Mail

Bukan hanya berbaring, ia boleh berfungsi untuk mereka yang tidur dalam keadaan duduk juga.

  1. Relakskan bahagian muka. Longgarkan semua otot muka termasuklah bahagian dalam mulut.
  2. Jatuhkan bahu, lepaskan segala ketegangan otot bahu dan jatuhkan tangan ke sisi.
  3. Bernafas dalam keadaan santai dan perlahan. Penuhkan udara di dalam dada.
  4. Relakskan otot bawah badan pula. Pastikan paha, betis dan kaki berasa selesa.
  5. Kosongkan minda dalam 10 saat, bayangkan sesuatu yang santai.
  6. Jika anda tidak dapat konsentrasi, cuba katakan pada diri ‘jangan berfikir’ dan ulang selama 10 saat.
  7. Dalam 10 saat, anda pasti akan dapat tidur.

Menurut Healthline, jika kaedah ini tidak berkesan, kamu mungkin perlu belajar cara pernafasan ketenteraan, cara menenangkan otot dan cara membuang otot berasa longgar. Walau bagaimanapun kaedah ini terbukti secara saintifik berkesan.

insomniatentera ASthe military method
https://lomp.at/aorl7
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kesihatan

Millenial Tak Rasa Umur Sendiri: Fenomena ‘Age Dysmorphia’ Kian Jadi Realiti

by Iffah Najwa
December 20, 2025

Fenomena generasi millenial yang tidak mengaku usia sebenar kembali menjadi bualan hangat di media sosial. Seorang TikToker, Helen McPherson, mendedahkan...

Read moreDetails
via Instagram @shihazikir
Kesihatan

“Slowly But Surely”, Shiha Zikir Kembali Ke Berat Badan Asal Lepas Konsisten Bersenam

by Farah Fatihah
December 17, 2025

Berpeluh di pagi hari bukan sekadar rutin harian, sebaliknya lambang disiplin serta tanda kasih sayang terhadap diri sendiri. Itulah gambaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore