Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Bersyukurlah Diuji Dengan Kesetiaan Tetapi Tetap Mewah…” – Eina Azman Akui Harus Jadi Wanita Berdikari

by Puteri Alia
March 17, 2023
1.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

” Independent women always win!!! Stronger women are not asking their partner to give everything because they can find out themselves…” -kata netizen

Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai teladan dan nasihat mengenai mengapa isteri masa kini harus lebih berani dan berdikari. Hal yang demikian mungkin kerana timbul pelbagai isu mengenai keruntuhan rumah tangga yang menjadi topik hangat dalam kalangan warganet.

Namun begitu, lumrah hidup berpasangan perlukan kesefahaman dan tolak ansur. Tuntutan hidup masa kini memerlukan isteri lebih bijak bertindak dan tidak mengharapkan sepenuhnya bantuan suami.

Namun persoalannya adakah golongan itu mampu melakukannya dengan rela atau terpaksa? Sejauh mana keikhlasan dalam hubungan suami isteri apabila terpaksa menanggung pelbagai tugasan yang seharusnya dilakukan bersama pasangan? Jika ditanya kepada sang isteri mungkin semua persoalan itu tidak mempunyai jawapan yang tepat.

Atas faktor itu juga menjadikan semakin mudah dilihat sang isteri lebih memilih untuk berdikari, namun apa juga pilihan, biarlah ia berpada dan jangan sampai membuatkan ada hati yang terluka.

Apabila si isteri terlalu berdikari, ia secara tidak langsung menyebabkan rasa hormat dan kebergantungan kepada suami menjadi longgar.

Terutamanya bagi mereka yang terpaksa mengharungi masalah kewangan setelah membuat keputusan untuk berpisah, oleh yang demikian rata-rat warganet berpesan kepada kaum wanita agar mempunyai simpanan tersendiri dan bersikap berdikari bagi meneruskan perjuangan hidup.

Berbahas soal itu, baru-baru ini pelakon Datin Paduka Eina Azman telah mencuri perhatian peminat apabila dia ada memuat naik video memaparkan dirinya menangis teresak-esak di Instagram.

Video itu sekaligus mengundang spekulasi dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya berharap ia tidak berpunca dari rumah tangga yang berantakan ataupun kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan aktres itu.

Manakan tidaknya, video tersebut turut diiringi kapsyen berbaur sedih seperti dikecewakan seseorang.

“Jika seseorang itu tidak menghargai kehadiran anda, biarkan mereka hargai kehilangan anda” tulisnya.

Terkini, pelakon berkenaan tampil berkongsi video sedang mempersiapkan diri dengan begitu cantik sekali beserta kapsyen” wanita berdikari”.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menyokong semangat yang ditunjukkan aktres ini namun daripada raut wajah Eina itu masih kelihatan muram seolah-olah ada 101 yang terpendam.

Bagaimanapun, sebelum ini pelakon ini ada tampil menjelaskan bahawa dia sudah ‘move on’ meskipun masih bersedih.

Terdahulu, peminat tampil membuat andaian sendiri apabila isteri kepada usahawan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden itu membuat status ‘mengundang’ tanda tanya.

Rata-rata mengandaikan wanita itu mempunyai masalah rumah tangga disebabkan kehadiran orang ketiga, namun sehingga kini tiada sebarang kesahihan mengenai dakwaan berkenaan.

What’s your Reaction?
+1
3
+1
0
+1
2
+1
0
+1
2
+1
5
eina azman
https://lomp.at/g7leg
Share430Tweet269SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem