Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Penantian Selama 7 Tahun, Akhirnya Yuna Muncul Dengan Single Melayu “MENANTI”

by Aphit J.
March 18, 2023
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagai “sirih pulang ke gagang”, begitulah yang dirasakan apabila mendengar single terbaharu dari artis wanita Malaysia yang kini cemerlang di persada antarabangsa, Yuna.

Penantian Selama 7 Tahun

via Instagram Yuna

Penantian selama 7 tahun akhirnya terjawab apabila Yuna kembali dengan karya dalam bahasa Melayu yang cukup menyentuh sanubari berjudul ‘MENANTI’.

Dihasilkan sepenuhnya oleh Yuna sendiri bersama penyanyi rap antarabangsa, penggubah lagu dan penerbit muzik yang berpangkalan di Berlin, Jerman, Kenny J Macartney dan diterbitkan oleh Yuna Music.

Kerinduan Terhadap Orang jauh

Masih lagi berkelana nun jauh di Los Angeles, Amerika Syarikat, Yuna tidak mahu terburu-buru menghasilkan album seterusnya dan memilih untuk memberi fokus terhadap single dan EP (Extended Play) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Single MENANTI adalah sebuah lagu cinta yang menceritakan tentang kerinduan mendalam terhadap seseorang yang jauh, seseorang yang telah pergi tetapi masih lagi terpatri di hati, sebuah ikrar setia MENANTI seseorang yang amat dikasihinya.

Pembaharuan Susunan Melodi

via Instagram Yuna

Lagu yang berdurasi 3:05 minit ini nyata kedengaran ‘signature’ bunyi Yuna yang lazimnya, namun ada pembaharuan dalam susunan melodinya yang terasa segar dengan elemen kemelayuan yang cukup moden sesuai dengan statusnya sebagai penyanyi antarabangsa

Lagu ‘MENANTI’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala audio single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Yuna.

Yuna
https://lomp.at/lqtwc
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem