Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Suami Tak Wish Birthday Rupanya Punca Eina Azman Menangis Dan Overthinking Ingat Dicurangi!

by Puteri Alia
March 18, 2023
875
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudah menjadi kebiasaan jika bercakap soal mengingati tarikh istimewa, para isteri dan mak-mak lah yang cukup kuat ingatannya.

Ada sahaja yang ingin dilakukan untuk memberi kejutan serta mahu meraikan hari istimewa individu yang disayanginya. Namun, tak mustahil juga ada yang lupa?

Walau bagaimanapun, tarikh istimewa inilah yang cukup bermakna berbanding hari-hari biasa. Kadang-kadang, isteri tak perlu pun hadiah bagai, sekadar untuk mengingati pun dah mencukupi.

Namun, jika diberi rezeki yang lebih,tidak ada salahnya untuk raikan tarikh istimewa itu dengan pasangan. Itulah yang makin membuatkan isteri seronok, bahagia dan rasa dihargai. Kalau diberi hadiah pun, makin bertambah rasa cinta.

Begitulah yang dikongsikan oleh Datin paduka Eina Azman tentang apa yang dikatakan tentang tarikh istimewa. Siapa sangka dengan hanya lupa mengucapkan selamat hari jadi boleh membuatkan seseorang itu murung dan sedih seolah-olah tidak diingati.

Baru-baru ini menerusi sebuah video pendek penstriman secara langsung yang tular di laman TikTok, warganet memuat naik detik-detik Eina Azman menerima kejutan apabila suaminya tiba-tiba muncul membawa sejambak bunga gergasi yang diperbuat daripada wang.

Aksi itu menjadi kecoh kerana rupa-rupanya suami Eina, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden tidak membuat sebarang sambutan hari lahir kepada Eina malah turut bertindak mendiamkan diri sehingga isterinya merasa sedih dan berfikiran curiga terhadap suaminya itu.

“No…you don’t event wish me…this year i tak celebrate my birthday and i dont even blow my candle with my kids…”

Susulan daripada kejutan itu ketika Eina sedang mengadakan launching bagi sebuah produknya, suami Eina berkali-kali memohon maaf kepada isteri kesayanganya itu serta kepada orang ramai.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan bahawa mereka sudah mengetahui apa yang telah terjadi kerana tidak begitu yakin mengenai dakwaan suami Eina ini curang.

Eina turut meluahkan bahawa dia tidak sama sekali mengetahui kejutan yang bakal diterimanya ini kerana dalam fikirannya sudah bercampur-baur fobia dengan situasi sekarang yang hangat memperkatakan soal suami curang.

Terdahulu, aktres ini telah mencuri perhatian netizen selepas bertindak merakam dirinya sedang menangis dan memuat naik video tersebut di Insta story akaun media sosial miliknya.

Video berkenaan, yang dimuat naik di Instagram Storynya turut mengandungi kapsyen yang memberi bayangan seolah-olah pelakon tersebut telah dikecewakan seseorang.

Malah, rata-ratanya bimbang dengan keadaan pelakon berkenaan dan mengaitkan video tersebut dengan gangguan orang ketiga.

Rupa-rupanya disebalik sebuah dakwaan ini, Eina sebenarnya mengharapkan suaminya mengucapkan selamat hari jadi kepadanya!

Jangan risau Eina, Murai MY disini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Happy Birthday To You Eina!

What’s your Reaction?
+1
3
+1
7
+1
9
+1
2
+1
1
+1
10

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

datin paduka eina azmaneina azman
https://lomp.at/gzrwh
Share350Tweet219SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem