Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Timbul Pula Suntikan Botox Di Perut, Puluhan Orang Alami Lumpuh

by Lisa Ghani
March 20, 2023
Foto - New York Post

Foto - New York Post

Share on Facebook

Bila nak cantik, macam-macam cara sanggup dilakukan. Prosedur kosmetik pula berlambak di pasaran, asalkan kamu mempunyai sejumlah wang. Iyelah orang kata, “kalau ada duit, semua pun boleh buat.” Tapi sayangnya, lain pula terjadi di Turki.

Puluhan orang mengalami keracunan botox selepas menjadi prosedur kosmetik. Mereka dilaporkan dijangkiti botulism, keadaan yang disebabkan oleh toksin daripada bakteria clostridium botulinum.

Foto – RealSelf

New York Post melaporkan, 67 orang di Turki, Jerman, Austria dan Switzerland telah terkena botulism dari akhir Februari hingga 10 Mac 2023. Daripada jumlah keseluruhan pesakit, terdapat 60 kes yang dikaitkan dengan hospital swasta di Istanbul dan Izmir, Turki.

60 orang yang menghidap botulism pernah menjalani suntikan botulism neurotoxin (BoNT), atau lebih dikenali sebagai ‘botox perut’. Prosedur ini dilakukan dengan menyuntik botulism neurotoxin ke dalam kawasan perut untuk mengendurkan otot dan memperlahankan pengosongan perut supaya menyekat selera makan.

Botox perut terbukti selamat dan berkesan untuk penurunan berat badan, melalui kajian pada 2021. Walau bagaimanapun, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) memberi amaran bahawa prosedur ini membawa risiko menyebabkan botulism, atau lumpuh otot yang disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada toksin.

Foto – WestModern Clinic

Gejala keracunan selepas menjalani rawatan kosmetik, termasuk penglihatan kabur, kelopak mata terkulai, kesukaran menelan dan mulut kering.

Suntikan botox merupakan salah satu prosedur yang popular kerana ia menunjukkan hasil segera. Suntikan ini biasanya digunakan untuk untuk menegangkan kulit dan menghilangkan kedutan.

Error happened.
botoxsuntikan botox perut
https://lomp.at/q78dc
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara