Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

by Nurul A.
August 10, 2026
Pengiran Raabi'atul Adawiyyah (@kisahduniadotcom -IG)

Pengiran Raabi'atul Adawiyyah

869
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pelucutan status diraja Pengiran Raabi’atul Adawiyyah. Berita pelucutan tersebut berkuat kuasa serta-merta atas titah Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Makluman untuk semua, Pengiran Raabi’atul sebelum ini dikurniakan gelaran ‘Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri’.

Susulan dengan berita tersebut, MURAI kongsikan beberapa fakta mengenai Pengiran Raabi’atul Adawiyyah untuk pengetahuan semua.

1. Latar Belakang Pengiran Raabi’atul Adawiyyah

Pengiran Raabi’atul dilahirkan pada 27 Oktober 1992 dan merupakan anak kedua pembesar Brunei bernama Pengiran Haji Bolkiah dan Pengiran Hajah Nor’aismah.

View this post on Instagram

Dikenali sebagai wanita berjaya, sebelum berkahwin, Raabi’atul mempunyai kepakaran dalam teknologi maklumat dan memegang beberapa pensijilan ICT, termasuklah Pensijilan Teras Internet dan Pengkomputeran, Pakar Microsoft Office dan Sijil Bertauliah Adobe.

Raabi’atul juga pernah bekerja sebagai Penganalisis Data Sistem di BAG Networks, sebuah firma perundingan IT terkemuka di Brunei dan pengajar IT di HAD Technologies.

2. Juara Pertandingan Al-Quran

Untuk pengetahuan semua, Raabii’atul merupakan seorang juara tilawah Al-Quran dan sangat aktif dalam pelbagai aktiviti keagamaan.

View this post on Instagram

Pada tahun 2005, beliau mewakili sekolah dalam pertandingan membaca Al-Quran dan pada tahun 2008, menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran Belia serta pertandingan Dikir Dabai’ie kebangsaan.

3. Majlis Perkahwinan Mewah Selama 11 Hari 

View this post on Instagram

Pengiran Raabi’atul berkahwin dengan Pengiran Muda Abdul Malik, iaitu putera Sultan Brunei. Majlis perkahwinan mereka diadakan di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan dan berlangsung dalam suasana penuh adat istiadat diraja selama 11 hari.

4. Dikenali Sebagai Wanita Yang Cintakan Ilmu

Keluarga dan rakan-rakan Raabi’atul mengenalinya sebagai seorang wanita yang positif dan sangat cintakan ilmu. Pada masa lapangnya, beliau dilaporkan gemar membaca buku tentang Islam, terutamanya tentang peranan wanita Islam.

Untuk rekod, pelucutan status diraja itu didakwa kerana kelakuan yang disifatkan tidak melayakkan diri sebagai pasangan diraja, mencemarkan nama baik dan menunjukkan sikap tidak menghormati Sultan Brunei dan kerabat diraja.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
9
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
5
Sad
Sad
6
Weary
Weary
2
bruneipengiran raabi'atul adawiyyahraabi'atul adawiyyahSultan BruneiSultan Haji Hassanal Bolkiah
Share348Tweet217SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Bukan Sekadar Filem Aksi, CHELOT Tawar Pengalaman ‘Real’ Di Layar Perak

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Dah bersedia untuk aksi yang lebih real, intense dan penuh debaran? CHELOT akhirnya bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Erling Haaland
Spotlight

[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”

by Nurul A.
August 24, 2026

Pemain bola sepak Norway, Erling Haaland kembali mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa gambar gaya rambut terbarunya. Sebelum ini,...

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
Yu Yuhan
Spotlight

[VIDEO] Terlalu Taksub, Netizen Sokong Yu Yuhan ‘Lempang’ Peminat Sasaeng

by Nurul A.
September 1, 2026

Tak dinafikan ramai selebriti antarabangsa sering diganggu oleh peminat fanatik, dan nampaknya penyanyi-pelakon China, Yu Yuhan sudah tidak tahan dengan...

Read moreDetails
Putera William
Spotlight

Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

by Nurul A.
August 12, 2026

Putera Wales, Putera William dilaporkan berang apabila ayahandanya, Raja Charles III dan ibu tirinya, Raja Permaisuri Camilla meminta isterinya, Kate...

Read moreDetails
Meerqeen Dukung Hannah Delisha
Spotlight

“Boleh Ke Pegang Macam Tu?”- Meerqeen Jelas Isu Dukung Hannah Delisha

by Nurul A.
September 23, 2026

Nampaknya drama bersiri "The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)" telah berjaya meraih perhatian ramai selepas tularnya sebahagian adegan yang memaparkan...

Read moreDetails
Jurang Takdirku Ku Faiz
Spotlight

Ku Faiz Muncul Dengan Single Debut “Jurang Takdirku”

by Nurul A.
August 19, 2026

Industri muzik tempatan bakal menyambut kemunculan seorang bakat baharu menerusi pelancaran single debut berjudul “Jurang Takdirku”, nyanyian Ku Faiz. Sarat...

Read moreDetails
Spotlight

3DIVA Kembali Ke Malaysia! Tiket Mula Dijual 5 September, Early Bird Serendah RM138

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Siapa yang membesar dengan lagu-lagu Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ? Kalau nama-nama ini terus membawa anda kembali kepada...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

by Phic ARMAN
August 18, 2026

Bekas suami Nora Danish, Muhammad Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bos Ned, baru-baru ini mencuri perhatian selepas berkongsi satu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara