Tuesday, June 6, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tak Perlu Status Dato Untuk Kenal, Janna Nick Lebih Selesa Berkawan Dengan Rakan Daripada Sekolah

by Puteri Alia
March 20, 2023
402
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa sahabat yang baik umpama lilin, sanggup membakar diri sendiri demi menerangi kehidupan orang lain. Namun awas, berhati-hati dalam memilih kawan, jika tersalah pilih buruk padahnya.

Hal yang demikian kerana rakan yang baik dikatakan akan cenderung membawa ke syurga, sebaliknya yang kurang baik akan membawa ke dunia kehancuran.

Meniti kehidupan sebagai manusia, Allah hadirkan dan pertemukan kita dengan seorang demi seorang. Jika zaman persekolahannya, siapa rakan baik kita, dialah segalanya yang mengetahui rahsia kita,  hinggalah menempuh alam pekerjaan.

Setiap satu fasa kita akan berjumpa, bergaul dan beramah mesra dengan pelbagai ragam dan sifat manusia.

Kata orang jika boleh ‘ngam’ serta dikatakan satu kepala maka akan berlanjutan ikatan persahabatan itu. Namun setiap perkenalan itu dikatakan tidak mudah bagi semua individu.

Ada yang memilih untuk tidak meluahkan segalanya kepada mereka yang mungkin dirasakan tidak selesa untuk mengetahui segala-galanya serta memilih individu yang dikenali lebih lama berbanding orang baharu dalam hidup.

Berbahas soal ini, pelakon, Janna Nick turut meluahkan menerusi hantaran soal jawab di Instagram story miliknya bahawa dia lebih selesa berkawan dengan rakan yang dia kenali sejak dibangku sekolah lagi.

“Sebenarnya bukan orang biasa ke, orang terkenal ke, dato ke datin ke…tak…saya memang susah sikit nak open up dengan orang…” – jelas Janna

Aktres cantik ini juga akui sukar untuk meluahkan segala isi hatinya kepada individu yang kurang dikenalinya meskipun berada dalam industri seni tanah air yang sama. Jelasnya, dia lebih memilih untuk bercerita dengan rakan sekolahnya yang mengenalinya daripada sebelum bergelar sebagai selebriti.

“Sedangkan rakan-rakan dalam industri pun…tak ramai yang saya agak close sebab saya lebih selesa berkawan dengan orang yang saya kenal daripada zaman sekolah…yang kenal saya daripada nobody…saya selesa untuk open up 100%” – kata Janna

Tidak kurang juga dalam setiap individu yang ditakdirkan untuk bersahabat, kita mungkin bertemu dengan mereka yang mempunya perbezaan pendapat, pendirian serta sisi-sisi lain yang tidak sekufu dengan kita, namun berbaik lah sesama insan kerana hal yang demikian akan mendatangkan kebaikkan kepada diri sendiri.

Pada dasarnya manusia ini dinamik sifatnya. Banyak ragam dan karenah serta tidak sama dan mendatar sahaja. Jadi, pastinya sesuatu perkenalan itu bakal penuh warna-warni!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
6
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER janna nick
Share161Tweet101SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

“Tak Terkira Berapa Kali Didakwa Sudah Berkahwin”- Sebenarnya Janna Nick Dan Dini Bakal Nikah Di Langkawi 10 Jun?

by Puteri Alia
May 10, 2023
Filem

Janna Nick Buat Penonton Cemas Dalam Bukan Puteri Lindungan Bulan

by Aphit J.
April 15, 2023
Gossip

Janna Nick Dikecam Selepas Komen Isu ‘Work-Life Balance’, Amelia Henderson Bersuara!

by Naddy Joe
April 4, 2023
Lokal

Sibuk Tayang Body Lepas Workout, Netizen Nasihat Janna Nick Hormati Orang Yang Berpuasa!

by Puteri Alia
March 27, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  2. 2

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  3. 3

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  4. 4

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

  5. 5

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan