• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sponsored

vivo V27: Satu-satunya Telefon Pintar Dengan Warna Boleh Ubah Dalam Industri & Gambar Potret Malam Terpaling Hebat

by Phic ARMAN
March 28, 2023
Share on Facebook

Mesti ramai yang tak sabar dan menanti-nanti telefon pintar vivo V27 secara rasmi tiba di Malaysia bukan? Tetapi, sebelum anda mendapatkannya, kami di MURAI ingin berkongsi beberapa informasi mengenai spesifikasi yang sangat tinggi terutama dalam sektor kamera. 

Apa yang kami boleh katakan, V27 ini memang sangat diminati oleh generasi pada masa kini yang menitikberatkan kualiti gambar dalam telefon pintar.

Dengan menggunakan slogan, ‘Aura Portrait For Picture Perfect Nights’, sudah cukup membuktikan bahawa telefon pintar memberi fokus kepada kualiti gambar potret pada waktu malam.

Suka untuk kami kongsikan  V27  hadir dengan beberapa ciri yang terbaik buat pengguna iaitu cahaya aura dan penderia kamera berkualiti tinggi iaitu Sony IMX766V. Nak tahu apa lagi? Jom semak!

‘Aura Portrait For Picture Perfect Nights’

Sistem potret cahaya aura adalah salah satu ciri yang tertanam dalam vivo V27. Dengan teknologi ini, vivo V27 mampu mengambil gambar berkualiti dalam cahaya malap. 

Memang sudah menjadi kebiasaan, kita kadang-kadang dikehendaki menghadiri acara pada waktu malam seperti majlis perkahwinan, hari jadi ataupun melakukan aktiviti malam. Namun kadang-kadang berfikir dua kali untuk mengambil gambar potret secara solo ataupun bersama teman.

Ini kerana bimbang hasil foto yang kurang memuaskan pada waktu malam kerana kualiti kamera agak lemah sehinggakan wajah nampak kusam dan gelap.

Dengan cahaya aura di vivo V27, kita tak perlu bimbang lagi. Jika anda mahu bergambar ketika waktu malam ataupun suasana gelap dan kurang cahaya, gambar tetap bersinar dan ‘on point’. 

Foto Jika 'Aura Light System' Dimatikan
Foto Jika ‘Aura Light System’ Dimatikan
Foto Jika ‘Aura Light System’ Dimatikan

Seperti dua sampel gambar diatas, jika sistem ‘Aura Light’ tidak dihidupkan, ternyata foto begitu kusam, malap dan tidak bercahaya. Anda boleh lihat pada wajah dalam gambar yang sedikit pucat dan tidak berseri. Cahaya-cahaya bergemerlapan pada latar belakang juga tidak menonjol. Nak tengok hasil gambar dengan sistem cahaya aura? Lihat di bawah.

Ini perbezaannya jika foto Jika ‘Aura Light System’ Dihidupkan
Ini perbezaannya jika foto Jika ‘Aura Light System’ Dihidupkan

Di atas foto yang sama tetapi sistem ‘Aura Light’ dihidupkan. Tak perlu cakap banyak, ternyata banyak perbezaan yang anda dapat lihat bukan? Saturasi warna keseluruhan sangat menarik dan lebih jelas. Nak tahu bagaimana ‘Aura Light’ ini berfungsi?

Cara kerjanya agak mudah, sistem akan mengesan kawasan dengan cahaya malap dan menambah kecerahan. Dengan ciri sistem ‘Aura Light’ ini , vivo V27 benar-benar boleh dipercayai untuk fotografi di kawasan gelap atau pada waktu malam. Hasilnya pastinya sangat berkualiti. Anda tidak perlu menggunakan flash LED lagi.

Ini antara contoh foto yang diambil dalam Potret Cahaya Rendah

Sony IMX766V

Sony IMX766V ialah penderia kamera flagship berkualiti tinggi. Sensor resolusi 50MP ini mempunyai keupayaan untuk menghasilkan imej yang sangat terperinci dan berkualiti tinggi dalam situasi cahaya malap.

Selfie Dengan Kamera Depan 50MP HD AF

Kamera hadapan juga tidak kurang menariknya. Lihat hasil foto di atas, tidak kabur dan sangat jelas sampai boleh nampak detail pada wajah. Macam boleh buat poster kan? Mana tidaknya, vivo V27 dilengkapi kamera swafoto dengan resolusi 50 MP yang juga mampu merakam video dengan kualiti sehingga 4K@60fps.

Sony IMX766V tidak sama dengan IMX766, ia adalah versi khas penderia imej vivo, semestinyanya prestasi IMX766V yang lebih baik. Sensor ini, yang digunakan dalam vivo V27, dikatakan mempunyai tapak 1 / 1.56 inci, menyokong pemfokusan PDAF, dan mempunyai apertur f / 1.75.

Selain itu, Sony IMX766V juga mempunyai keupayaan untuk merakam video 4K pada frame rate yang tinggi. Bukan itu sahaja, sensor ini juga mempunyai keupayaan auto fokus yang sangat pantas dan tepat.

Fitur fotografi malam yang sangat lengkap

Untuk meningkatkan hasil fotografi pada waktu malam, vivo V27 telah membenamkan tiga fitur terunggul dalam perisian kamera. Ciri tersebut ialah penglihatan malam, mod super malam  dan foto XDR. Ciri penglihatan malam itu didakwa mampu menangkap cahaya melebihi penglihatan manusia.

Tanpa Mod Super Malam
Dengan Mod Super Malam

Sementara itu, mod super malam mampu menghasilkan foto dengan julat dinamik yang jelas. Akhir sekali, foto XDR membenarkan foto seperti malam pada waktu siang.

Pilihan Warna Yang Mengagumkan

Untuk variasi warna, bukan biasa-biasa ya! Setakat ini tersedia warna Emerald Green, Flowing Gold dan Noble Black. Warna Emerald Green ternyata luar biasa kerana boleh berubah penampilan dengan warna yang lain. Bunyi macam confuse kan?  Ini kerana terdapat sentuhan 3D iaitu ia akan terlihat  penampilan berubah-ubah menjadi warna yang lain.

Menggunakan teknologi Fluorite AG, warna hijau emerald atau zamrud di badannya bertukar kepada warna lebih cerah apabila terkena cahaya matahari. Canggih kan? Boleh lihat video dibawah;

YouTube video

Telefon pintar ini mempunyai reka bentuk yang sangat mewah dan elegan dengan berat yang agak rendah sehingga sangat selesa untuk dipegang. Dengan cara itu, bermain permainan atau hanya scroll melalui media sosial menjadi lebih selesa.

Memasang panel AMOLED dengan saiz 6.78 inci yang akan terasa lebih luas kerana teknologi FHD +. Skrin melengkung 3D paling nipis dalam sejarah vivo. Kalau dah nipis begini, memang selesa dimasukkan ke dalam poket seluar dan dalam tas tangan pun tak makan ruang.

Selain itu, skrin telefon pintar ini juga akan terasa lebih licin dan lancar dengan refresh rate sehingga 120 Hz. Buat masa ini vivo V27  tersedia dua varian  iaitu 8+256GB dan 12+256GB

Bateri

Tidak lengkap jika MURAI tidak berkongsi mengenai bateri vivo V27. Seperti yang dimaklumkan oleh vivo, telefon pintar sudah dibekali dengan bateri yang cukup besar iaitu 4600 mAh. Sistem pengecasan pantas 66watt boleh mengecas sehingga 50% dalam masa 19 minit.

Spesifikasi Lain

Satu lagi info yang patut anda tahu, pertama dalam industri MediaTek D7200,cipset 4nm hanya tersedia pada model flagship sebelum ini tetapi kini telefon midrange mampu dilengkapi dengannya. Dalam siri vivo V27 5g, Mediatek Dimesity 7200 dengan kelajuan jam sehingga 4nm skor antutu 616,000 adalah pemproses terbaik tahun ini.

Dengan segala kelebihan yang ada pada kamera vivo V27, tidak dinafikan telefon pintar ini adalah pilihan yang tepat untuk anda yang tercari-cari telefon pintar dengan kamera berkemampuan baik seperti ini. Oleh itu, tidak salah untuk menganggap vivo V27 sebagai pilihan utama.

Jika anda berminat, anda boleh membuat pra-tempah sekarang untuk pilihan dua versi iaitu  V27  8+256GB dan 12+256GB, di mana-mana ‘concept store’ vivo dan dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1097. Jangan tunggu lama-lama ya kerana tempoh pra-tempah hanya berlangsung sehingga 31 Mac ini. Tinggal beberapa hari jer ni, cepat!

v27vivo
https://lomp.at/5045k
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Teknologi

Perang “Add To Cart” Kembali! Semak 5 Hal Penting Yang Perlu Anda Tahu Sempena Lazada 11.11

by Phic ARMAN
November 7, 2025

Bila masuk bulan November, memang tak sah kalau tak sebut tentang Lazada 11.11. Pesta membeli-belah terbesar tahun ini! Tapi sebelum...

Read more
Teknologi

Betul Ke iOS 26 Buatkan Bateri Phone Cepat ‘Drain’? Ini Komen Apple

Kalian yang pakai iPhone mesti dah perasan kan, setiap kali Apple lepaskan update baru je, mesti ada yang merungut bateri...

Read more
by Phic ARMAN
September 16, 2025
Teknologi

[VIDEO] Apple Turunkan Harga iPhone 17, Ramai Tak Sangka Lebih Murah Dari iPhone 16

Siapa sangka, Apple kali ni buat kejutan dengan pelancaran siri iPhone 17. Bukan saja datang dengan model baru dan spesifikasi...

Read more
by Phic ARMAN
September 10, 2025
Teknologi

Hands-On: Samsung Galaxy Watch8, Lebih Nipis, Lebih Pintar, Lebih Bergaya

MURAI berpeluang menerima satu unit Samsung Galaxy Watch8 44mm, dan jujurnya… selepas hanya tiga hari memakainya, jam pintar ini bukan...

Read more
by Phic ARMAN
September 1, 2025
Teknologi

HONOR Buktikan Kehebatan Kamera Magic8 Pro & Ini Hasilnya

HONOR baru-baru ini berkongsi hasil tangkapan foto dari kamera telefoto malam ultra 200MP milik Magic8 Pro, dan ternyata ramai yang...

Read more
by Phic ARMAN
November 6, 2025
Berita

IUC Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa di Jepun

Kalian pernah terfikir tak, tengah study tapi dalam masa sama dah ada laluan kerjaya terus ke Jepun? Inilah yang tengah...

Read more
by Phic ARMAN
September 9, 2025
Teknologi

Samsung Galaxy Tab S11 & S11 Ultra Dilancar, Ini Senarai Harga di Malaysia

Samsung baru sahaja memperkenalkan siri tablet terbaharu mereka, Galaxy Tab S11 dan Galaxy Tab S11 Ultra. Malaysia turut menjadi antara...

Read more
by Phic ARMAN
September 4, 2025
Teknologi

Kobo Clara Colour Putih: Gaya Minimalis untuk Pencinta Buku Digital

Rakuten Kobo, peneraju global dalam pembacaan digital, memperkenalkan Kobo Clara Colour dalam warna putih — tambahan terbaharu kepada rangkaian eReader...

Read more
by Aphit J.
September 14, 2025
Teknologi

[REVIEW] HONOR X9d 5G: Bila Phone RM1.5k Nampak Macam RM4k

MURAI kalau test phone baru, bukan jenis main-main. Bukan setakat tengok spec atas kertas, tapi betul-betul guna dalam hidup harian....

Read more
by Phic ARMAN
October 2, 2025
Teknologi

[REVIEW] Bawah RM500 Tapi Ada Galaxy AI? Inilah Samsung Galaxy Buds3 FE!

Macam biasa, bila SAMSUNG keluarkan flagship baru, tak lama lepas tu mesti datang versi “Fan Edition” (FE). Kali ini giliran...

Read more
by Phic ARMAN
October 7, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Insya-Allah Saya Akan Menjadi Seseorang Yang Sentiasa Diinginkan” – Luahan Dr Fie Buat Ramai Tersentuh

  2. 2

    Ditinggalkan Di Lebuh Raya: Adira Pilih Untuk Tenang, Datuk Red Akui Kesilapan

  3. 3

    Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Fazura, Kes Tudung Akan Dibicarakan Penuh

  4. 4

    [VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Anak-Anak Sertai Kelas Renang, Netizen Puji Sikap Qadejah

  5. 5

    ‘Mohon Cabut Je Tudung’ – Gambar Neelofa Dikecam Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem