Wednesday, June 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Tak Perlu Terbang Jauh, Datang Cộng Caphe Kamu Seperti Berada Di Vietnam

by Lisa Ghani
March 23, 2023
Foto - Cộng Caphe

Foto - Cộng Caphe

43
KONGSIAN
Share on Facebook

Ada peminat kopi Vietnam di sini? Atau yang pertama kali nak mencubanya? Cộng Caphe menjanjikan satu pengalaman yang bermakna untuk kamu.! Kamu seperti berada di Vietnam bila menjejakkan kaki ke sini, dekorasi dan menu yang ditawarkan, benar-benar rasa Vietnam.

Cộng Caphe yang terletak di Pusat Membeli-Belah 1 Utama membolehkan kamu menikmati secawan kopi Vietnam yang beraromatik sambil ‘melancong merentasi masa’ ke Hanoi dengan suasana romantis di Malaysia.

Foto – Cộng Caphe

Melangkah masuk, kafe Vietnam ini dihiasi dengan reka bentuk bersejarah dan minuman aromatik yang membangkitkan pengalaman kafe jalanan yang sibuk di Hanoi.

Uniknya perincian Cộng Caphe adalah berdasarkan kenangan zaman kanak-kanak pengasas Cộng, Cik Linh Dung. Dilahirkan pada 1975, Linh Dung membesar ketika Tempoh Subsidi di Vietnam. Zaman ini merupakan waktu yang sukar untuk negara tersebut. Keperluan harian seperti makanan, barang-barang dan servis terpaksa dibeli dengan menggunakan kupon atau setem makanan.

Bapanya membuat dan menjual alat muzik manakala ibunya mengusahakan sebuah kafe yang menjual minuman tempatan. Jadi, pertembungan dunia seni dan perniagaan kafe membawa Linh Dung membentuk hala tuju perniagaan ciptaannya – jenama Cộng Caphe.

Foto – Cộng Caphe
Foto – Cộng Caphe

Kelainan di 1 Utama, Cộng Caphe direka berdasarkan reka bentuk dalaman sebuah kilang tekstil ketika Tempoh Subsidi. Dengan perabot dan kelengkapan kafe diterangi cahaya malap, tenunan benang yang berwarna-warni, semuanya membangkitkan suasana klasik. Manakala, di Nu Sentral Mall yang dibuka pada 2019 membawa rupa dan suasana sebuah perpustakaan ketika Tempoh Subsidi.

Kalau datang kafe Vietnam, mestilah nak rasa kehangatan kopi Vietnam yang asli. Di Cộng Caphe, kopinya datang dari daerah Lam Dong di Vietnam, iaitu biji kopi Robusta yang berkualiti tinggi. 3 kopi signature yang kamu kena cuba ialah;

  • Coconut Milk with Coffee Smoothie – Smoothie lembut yang kuat dengan rasa kelapa Vietnam serta aroma pahit kopi.
  • Bac Xiu – Kopi kelapa manis bersama susu pekat yang pahit berkrim memberikan rasa dan aroma asli dari Vietnam.
  • Kopi Hanoian – Minuman khas Vietnam dengan aroma dan tekstur selembut sutera hasil daripada susu pekat khas Cộng Caphe.
Foto – Cộng Caphe

Tak lengkap ke Vietnam tanpa menikmati hidangan ikonik Vietnam. Di sini, terdapat Banh Mi yang boleh dipadankan dengan pilihan tofu, daging atau ayam. Vietnamese Rice Noodles sejenis sajian tradisional Vietnam boleh dihidangkan bersama ham buatan sendiri, popia Vietnam ataupun tofu. Dan juga untuk sajian manis seperti set Croissant with Condensed Milk.

Miss Murai nak beritahu, bulan Ramadan ada menu istimewa yang ditawarkan. Nak tahu, kenalah datang Cộng Caphe di 1 Utama atau Nu Sentral.

Info lanjut, ke Facebook, Instagram dan TikTok.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Cộng Caphekopi vietnamone utama
Share17Tweet11SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Natural Beauty
Kecantikan

Rahsia Wanita Taiwan! Kosmetik Natural Beauty Buka Pusat Rawatan Kecantikan Di One Utama

by Lisa Ghani
January 10, 2023
via Twitter Neyra/Catatan Mini
Teknologi

Netizen Terkejut Kitar Semula Barang Elektronik Boleh Dapat RM100

by Puteri Alia
June 23, 2022
Budaya

Nafi 63 Kes, Pihak One Utama Dakwa Hanya Ada 21 Kes Positif COVID-19

by Khai Azfar
October 15, 2020
Malaysia

Lagi Kes Di Pusat Membeli-belah! Pekerja Parkson Elite Sah Positif COVID-19

by Khai Azfar
October 8, 2020

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan