Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Tak Mahu Bawa Anak-Anak Berjumpa Ira Kazar, Syamsul Yusof Akui Belum Sampai Hati Bawa Jumpa Mak Tiri

by Puteri Alia
March 23, 2023
585
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu Hadhanah atau hak jagaan anak sering timbul apabila berlakunya permasalahan rumah tangga atau perceraian di antara pasangan suami dan isteri.

Perebutan hak jagaan anak sama ada di antara ibu dan bapa kandung atau pihak ketiga seperti ahli keluarga yang lain adalah sukar untuk diselesaikan dan sering memberi kesan bukan sahaja kepada pasangan tersebut, malah turut memberi kesan kepada anak tersebut sama ada secara fizikal atau mental.

Selepas berlakunya perceraian, persoalan yang sering timbul adalah siapakah yang akan mendapat hak jagaan anak, apakah hak bagi pihak yang tidak mendapat hak jagaan, berapa lama tempoh penjagaan dan sebagainya.

Hal yang demikian dikatakan semakin rumit apabila, si bapa telah berkahwin dengan isteri baharu, namun si anak pulak merasakan ianya merupakan satu malapetaka bagi mereka kerana mempunyai emak tiri.

Umum mengetahui bahawa stigma ibu tiri ini negatif disebabkan naratif filem mahupun kisah dongeng terdahulu, namun tidak semua ibu tiri harus dianngap jahat.

Ini kerana meskipun tiada pertalian darah, ada juga status ibu tiri sanggup melayan anak-anak tirinya eperti zuriat sendiri malah ikhlas mendidik dan membesarkan mereka .

Bagaimanapun sudah menjadi lumrah, seorang anak sudah pasti tidak mudah untuk menerima atau menyukai kehadiran seorang ibu tiri dalam kehidupan walaupun mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Menurut kajian terbaharu, konflik ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa sebab yang tertentu.

Berbahasa soal itu, pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof, 39, ketika disoal mengenai hubungan dua orang anaknya dengan isteri keduanya, Ira Kazar, pelakon berkenaan memaklumkan bahawa dia belum lagi membawa dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4, bertemu dengan ibu tiri mereka, kerana dia mahu menjaga sensitiviti isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dan keluarga.

“Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Menurut sumber berita, Syamsul berpendapat dalam keadaan sekarang yang mana dia dan isteri-isteri masih bergelut dengan masalah rumah tangga, ia bukan waktu yang tepat dan bagus untuk berbuat demikian.

“Buat masa ini, anak-anak saya belum pernah lagi dibawa berjumpa dengan Ira. Dalam keadaan sekarang ini, saya sedar kena jaga sensitiviti juga. Saya harus betulkan apa yang berkecamuk dengan Sarah dulu.

“Macam tak manislahkan, saya nak buat begitu (bawa anak jumpa Ira) bila isteri pertama, Sarah masih begini. Setakat ini, belum lagilah,” katanya.

Syamsul berkata, dia juga tidak ada masalah untuk berterus-terang dengan anak-anaknya sudah berkahwin dua. Pengarah filem Munafik ini berkata, tiada apa yang perlu atau hendak dirahsiakan daripada pengetahuan anak.

“Saya cakap sajalah pada mereka, inilah isteri nombor dua ayah. Nak cakap apa lagi, dah memang betul pun. Saya juga tak galakkan untuk menipu anak. Cakap sajalah benda yang betul.

“Ayah memang dah ada isteri lagi seorang. Tapi, setakat ini apabila berjumpa dengan anak-anak, tidak pula mereka bertanya tentang perkara itu (dah berkahwin dua),” katanya mengaku tidak kisah jika Syaikul mengetahui mengenai dia berkahwin dua daripada ibu bapanya.

Syamsul berkata, dia juga tidak kisah jika bapanya, Datuk Yusof Haslam sudah memberitahu anak-anaknya mengenai kisah sebenar dia sudah berkahwin dua itu. Katanya, dia okey saja sebab itu perkara yang benar.

Bukan mudah untuk menyatukan sesuatu hubungan yang mungkin sedikit goyah waktu ini, namun jika kena pada niat dan caranya semuanya akan kembali bertaut seperti sediakala.

Sebagai rekod, Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Beraya Dengan Puteri Sarah, Salina Akui Paling Bahagia Jika Syamsul Bersatu Dengan Ahli Keluarga

Namun pada 6 Januari lalu, Syamsul bernikah lagi satu dengan Ira di Thailand dan didaftarkan di Malaysia pada 20 Januari lalu.

Sebelum itu, kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula menjadi perhatian ramai sejak pertengahan tahun lalu apabila Puteri Sarah mendedahkan kehadiran ‘orang ketiga’ iaitu Ira sehingga perlu mengambil tindakan undang-undang.

Apa-apa pun Murai MY berharap keluarga ini dapat disatukan semula serta kembali bahagia!

Puteri Sarah LiyanaSyamsul Yusof
https://lomp.at/235j8
Share234Tweet146SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem