Wednesday, June 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sharnaaz Ahmad “Pujuk” Peminat Jangan Boikot Filem Syamsul Yusof “Original Gangster”, Akui Turut Berlakon

by Puteri Alia
March 24, 2023
526
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila Datuk Aaron Aziz mengesahkan dia tidak terlibat lagi dalam filem Original Gangster arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Bagaimanapun hal yang demikian menjadi semakin kecoh dan hangat apabila pelakon terbabit akhirnya tampil membuka mulut susulan kenyataan pengarah Syamsul Yusof yang menggugurkan namanya daripada filem The Original Gangster disebabkan masalah kesihatan.

Menerusi satu video dimuat naik, Aaron berkata Syamsul memaklumkan tidak banyak adegan berlawan dalam filem tersebut sebelum menjalani latihan untuk menjayakan babak.

Menurut Aaron, ketika Syamsul mempelawanya dimana penggambaran akan bermula sebulan lagi dan untuk dia menurunkan berat seperti dimahukan adalah sukar namun dia tetap mencuba.

Bagaimanapun, Aaron terkejut apabila mendapat tahu banyak babak berlawan dengan pelakon-pelakon lain serta sekumpulan orang.

“Kalau datang rumah aku tiga kali, kata nak buat filem KL Gangster rupanya pasal cerita lain (The Original Gangster). Kalau jangan nak tipu, tak tahu aku ada masalah dengan leher aku..

“Kau datang sebulan sebelum mula penggambaran. Aku dah jatuhkan badan (turunkan berat) yang kau nak, memang mustahil. Tapi aku cuba juga.
Aaron turut mencadangkan dirinya dicucuk untuk mendapat bentuk badan ideal seperti yang dikehendaki oleh pengarah berkenaan.

“Kau tahu tak aku penat macam mana? Setiap hari bakar 100 kalori. Kau bagi gambar nak badan macam ni, aku cakap kalau nak badan begitu kena cucuk bro. Dia kata pergi cucuk.

“Tu bukan ke aniaya? Itu menunjukkan artis lain lagi pantas, aku slow. Aku ada banyak babak berlawan kau campak kat aku. Kau jumpa aku pun tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Aaron meluahkan rasa terkilan apabila diperlakukan seperti sampah apabila dirinya tidak diperlukan dalam filem tersebut, malah Syamsul juga enggan berjumpa dengannya.

Disebabkan pendedahan Aaron selaku watak utama dalam filem-filem terbitan Syamsul sebelum ini, rata-rata netizen membuat keputusan untuk boikot filem terbaharunya itu disebabkan pelbagai permaslahan yang berlaku di antara rakan-rakan selebriti yang terlibat serta pergolakan rumah tangganya dengan Puteri Sarah.

Terbaharu, pelakon sensasi Sharnaaz Ahmad pula tampil memuat naik kenyataan menerusi Instagram story miliknya seolah-olah memujuk peminat untuk tidak memboikot filem terbabit mengetahui bahawa dirinya juga terlibat dalam pembikinan filem berkenaan.

Sharnaaz meluahkan bahawa bukan mudah untuk menjayakan sesuatu filem, ianya memerlukan pengorbanan serta kadangkala tidak mampu memuaskan hati masing-masing.

Jelasnya, tidakan orang ramai untuk memboikot filem lakonannya itu tidak wajar dilakukan hanya kerana sikap pengarah berkenaan sahaja, namun orang lain di sebalik tabir pula yang perlu menanggung kerugian.

“Anda kena ingat…ramai lagi mulut dalam team Original Gangster perlu disuap…anak-anak mereka, isteri mereka…jangan sebab amarah anda, dibunuh periuk nasi 60 orang lagi debalakang tabir” -jelas Sharnaaz

Nama Sharnaaz juga antara individu yang disebut oleh Syamsul sebelum ini yang menganggap Aaron Aziz tidak layak untuk berlakon atas dakwaan masalah kesihatan serta bentuk fizikal yang gemuk dan tidak sesuai bagi watak filem berkenaan.

Rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi mengenai isu ini namun orang ramai diharapkan untuk tidak menambahkan api yang sedang membara.

Di bulan mulia ini, lebih baik bermaaf-maafan serta berbincang secara matang dalam apa jua situasi yang berlaku.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
7
+1
0
+1
2
+1
7

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER aaron azizPuteri Sarah Liyanasharnaaz ahamdSyamsul Yusof
Share210Tweet132SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Tak Pernah Sangka Akan Berbaik Semula Selepas Dikhianati,Puteri Sarah Kini Akui Mahu Berkawan Baik Dengan Syamsul Yusof

by Puteri Alia
June 1, 2023
Lokal

Puteri Sarah Mahu Tutup Chapter Lama, Buka Lembaran Baru Di Jakarta?

by Jash Lee
May 26, 2023
Lokal

Kena Selesai Dahulu Status 2 Talak Dan 1 Taklik, Mahkamah Mahu Tahu Yang Sebenarnya Syamsul Sudah Lafaz Berapa Kali

by Puteri Alia
May 25, 2023
Gossip

Aaron Aziz Kongsi Momen Bersama Isteri, Komen Johan Curi Perhatian!

by Naddy Joe
May 25, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan