Setiap hari, setiap bulan, ada saja produk kecantikan baru yang dikeluarkan. Kita tak sempat nak mengenalinya tiba-tiba dah tular di media sosial kerana kebaikan yang ditawarkan.
Entry kali ini, penulis nak perkenalkan kamu beberapa jenama baru yang memasuki pasaran tempatan. Boleh digunakan pada wajah, dan kulit tubuh badan, Emu Tracks, Pause & Oomph dan AROMATICA bakal menjadi kegemaran kamu untuk rutin kecantikan.
Emu Tracks
Emu Tracks, produk kelahiran Australia, secara rasmi memperkenalkan produk penjagaan kulit dan kesihatan badan kapad pengguna Malaysia. Selama tiga dekad, Emu Tracks telah menjadi jenama pilihan bagi mereka yang bergelut dengan masalah kulit.
Jenama ini tampil dengan tiga produk ‘bintang’ mereka, iaitu 100% Pure Emu Oil, Emu Oil Balm dan Liniment. Balm dan Linimen dirumus dengan minyak emu tulen dan bahan berasaskan tumbuhan untuk menggalakkan kesihatan kulit dan badan yang lebih sihat.
Emu Tracks membuka peluang untuk berkongsi manfaat minyak emu tulen dengan masyarakat Malaysia, khususnya penghidap ekzema.
Klik link untuk info lanjut.
Pause & Oomph
Jenama kecantikan bersih, Pause & Oomph menambah rutin kecantikan sedia ada kamu. Didedikasikan untuk penjagaan diri hokistik wanita, jenama ini merupakan produk bukan toksik yang diperoleh secara semula jadi. Pause penjagaan kulit untuk kesihatan luar dan Oomph untuk kesihatan dalaman daripada suplemen.
Terdapat lima produk penjagaan kulit, dan setiap satu dibuat dengan penuh kasih sayang dan berhati-hati dengan mengutamakan kulit sensitif.
Produk terlaris terdiri daripada Pause Vit-C Brightening Cleanser membersihkan kulit dengan kelembutan manis buah-buahan. Ektsrak strawberi dan minyak asas semula jadi memperbaiki kulit kusam atau letih kamu.
Manakala, Intense Hydrating Rice Serum memberi kebaikan pada kulit, dengan sifat antioksidan ekstrak beras dan asid hyaluronik yang sangat berkhasiat untuk mengekalkan kulit lembut dan anjal.
Nak melihat rangkaian Pause & Oomph, lawati laman web ini.
AROMATICA
AROMATICA, jenama aromaterapi dari Korea, membawakan ramuan aromaterapi penting yang telah digunakan selama lebih 6000 tahun. Ia dicipta untuk emberi manfaat kepada kulit kepala dan kulit.
Memanfaatkan kesan aromaterapi yang menenangkan, AROMATICA mengetengahkan 5 bahan utama yang terdiri daripada dedaun.
- Rosemary – Baik untuk meningkatkan peredaran darah dan mempunyai sumber yang kaya dengan sebatian anti-radang, yang membantu migrain dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
- Tea Tree – Ia mempunyai ciri anti-radang, antimikrob dan antiseptik yang mempercepatkan pemulihan kulit.
- Lavender – Lavender dipercayai dapat menenangkan kebimbangan dan merawat insomnia.
- Calendula – Calendula mengandungi ciri-ciri antivirus untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti kulit bermasalah, ekzema dan dermatitis. Keupayaan antioksidannya berfungsi untuk mencegah kerosakan sel radikal sambil menjadikan kulit lembut dan terhidrat.
- Frankincense (Kemenyan) – Kemenyan terkenal dengan sifat antioksidan dan penyembuhan luka. Ia turut mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kebimbangan sambil menguatkan daya hidup.
AROMATICA boleh didapati di sephora.my.
Dapatkan produk-produk ini dan rasai kebaikannya. Selamat beramal!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.