Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Nynaa Harizal Kini Bergelar ‘Business Woman’, Pertaruhkan Produk Rawatan Bibir

by Phic ARMAN
March 24, 2023
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Wah,sekarang semakin ramai selebriti tempatan sudah bergelar usahawan ya! Terbaru pelakoni Nynaa Harizal yang kini mengambil peluang untuk mula berjinak dalam dunia perniagaan sekaligus membina empayar kosmetik menerusi jenamanya sendiri, ‘Her Beauty’. Produk ini  dilancarkan secara rasmi di sebuah majlis sidang media tertutup baru-baru ini.

Nynaa Harizal menerusi jenama ‘Her Beauty’ memperkenalkan produk rawatan bibir intensif pertamanya, Fire & Ice Lip Booster Serum yang dicipta dengan teknologi tinggi untuk turut bertindak sebagai plumper bagi memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada pengguna.

Buat julung kalinya juga, tayangan perdana iklan televisyen komersial ‘Her Beauty’ yang diterbitkan khas sebagai strategi pemasaran bagi mempromosikan produk kosmetik Fire & Ice Lip Booster Serum turut dipertontonkan kepada barisan media secara rasminya sewaktu majlis pelancaran tersebut.

Mengulas lanjut mengenai pelancaran produk Fire & Ice Lip Booster Serum, Nynaa Harizal selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘Her Beauty’ berkata,

“Seperti yang kita tahu, maklumat dan data merupakan elemen yang paling penting sebelum menceburi bidang perniagaan khususnya yang membabitkan produk kecantikan kosmetik. Oleh itu, kami terlebih dahulu sudahpun membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti pasaran dan pelanggan sasaran supaya produk yang dihasilkan selari dengan permintaan semasa dan tidak bersifat ‘syok’ sendiri.


Melalui pengamatan kami sewaktu masih dalam fasa ‘market research’ untuk jenama ‘Her Beauty’, kami dapati trend pelanggan di Malaysia kini cenderung untuk memilih produk keluaran tempatan yang menawarkan kualiti tinggi dengan harga berpatutan. Ini menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap jenama dan produk lokal semakin meningkat. Ini juga membuktikan kualiti produk lokal dilihat sudah setanding dengan produk antarabangsa.

Oleh itu, kami merasakan ini merupakan waktu terbaik untuk melancarkan produk pertama keluaran ‘Her Beauty’ iaitu Fire & Ice Lip Booster Serum untuk bersaing secara sihat dengan produk sedia ada di pasaran.

Sebagai pemain baharu dalam industri kecantikan, kami berhasrat untuk mengembangkan misi perniagaan dan potensi ‘Her Beauty’ ke aras tertinggi menerusi pelbagai strategi untuk rangka promosi yang lebih meluas sudahpun dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat untuk mempromosikan jenama kami.”

Dipasarkan dengan harga runcit mampu milik serendah RM44.90 sekotak, produk Fire & Ice Lip Booster Serum didatangkan dengan dua jenis serum pelembap yang memberi efek berbeza tetapi saling melengkapi apabila digunakan bersama. Ciri-ciri teksturnya juga bersifat ringan agar mudah menyerap ke dalam bibir untuk memberi perlindungan secara berterusan selama empat jam tanpa rasa berminyak dan melekit.

Serum Fire yang diformulakan dengan bahan pelembap semulajadi seperti asid hyaluronik, minyak jojoba, ekstrak minyak kelapa organik, minyak badam, vitamin E dan minyak biji anggur akan memberikan warming effect yang boleh membuatkan bibir menjadi mungil, tegang dan lembab secara semulajadi dengan selamat.

Manakala serum Ice pula diperkaya dengan ekstrak beri, vitamin E, mentega murumuru dan minyak argan yang akan memberikan cooling effect selepas penggunaan serum Fire untuk memberi kelembapan bagi merawat masalah bibir kering, kusam dan merekah. Produk rawatan bibir Fire & Ice Lip Booster Serum boleh dibeli menerusi laman web rasmi di www.herbeauty.com.my atau platform media sosial Instagram @myherbeauty atau Tiktok @myherbeauty ataupun melalui ejen dan stokis berdaftar.

Nynaa Harizal
https://lomp.at/67a0r
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem