Monday, May 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

New Jeans Hanni, Gadis Vietnam Paling Bertuah. Muda Lagi Dah Jadi Duta Global Gucci

by Lisa Ghani
March 24, 2023
Foto - Gucci

Foto - Gucci

43
KONGSIAN
Share on Facebook

Mengikut jejak IU, New Jeans Hanni, individu terkini yang menyertai rumah fesyen mewah kelahiran Itali, Gucci.

Siapa kumpulan K-pop yang paling hype sekarang? Lagunya menjadi kegemaran peminat, malah yang bukan peminat muzik K-pop juga menyukainya. Pengaruh New Jeans sekarang cukup berleluasa besarnya. Ditto, OMG, Hype Boy, antara lagu kumpulan wanita yang terdiri daripada 5 gadis muda.

Foto – Allkpop

Sejak debut lagi, kumpulan rookie ini menjadi bualan K-pop. Selepas keluaran EP pertama mereka, semua orang terus terpesona dengan karisma personaliti, persembahan bertenaga dan gaya remaja mereka. Di Korea, mereka cukup dikenali dengan fesyen unik, bahkan mempopularkan semula trend Y2K.

Dibarisi oleh Minji, Hanni, Danielle, Haerin dan Hyein, setiap seorang ahli berjaya menarik perhatian bukan saja peminat malah jenama besar.

Hanni khususnya dilantik sebagai duta jenama kesayangan Itali, Gucci. Berita membanggakan ini diumumkan sendiri oleh Gucci.

View this post on Instagram

A post shared by NewJeans (@newjeans_official)

Dalam satu kenyataan, Gucci berkata: “Penyanyi Hanni telah menarik perhatian orang, apabila membuat persembahan di atas pentas yang meaghubungkan penponton di seluruh dunia. Pegangan Hanni terhadap muzik dan gaya fesyen tepat dengan motif jenama yang merangkumi keperibadian dan ekspresi diri yang tulen.”

Pada yang tidak tahu, gadis muda yang baru berusia 18 tahun ini mempunyai darah Vietnam. Hanni dilahirkan pada tahun 2004 di Melbourne, Australia. Ibu bapanya merupakan orang Vietnam.

Keluarganya berhijrah ke Australia sehingga dia berpindah ke Korea. Di Australia, Hanni adalah ahli krew tarian K-pop. Pada tahun 2019, Hanni menyertai Ujibakat Global Plus dan dipilih sebagai pelatih.

Terkini, Hanni muncul sebagai bintang utama dalam Kempen Gucci Horsebit 1955 bersama Halle Bailey dan Julia Garner. Masing-masing bergambar dengan Horsebit dalam cara tersendiri, membawa masa lalu dengan kukuh ke masa kini.

Foto – Gucci

“Pada masa ini, saya suka bereksperimen dengan gaya yang berbeza. Ia adalah cara terbaik untuk berseronok meluahkan perasaan diri. Perkara yang paling penting ialah saya berasa selesa dan yakin dengan penampilan.”

Siapa sangka tuahnya sekarang berada dalam kumpulan New Jeans.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Guccinew jeans hanni
Share17Tweet11SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Yahoo News!
Fesyen

Seksi Betul Bekas Kekasih Cristiano Ronaldo, Lihat Apa Irina Shayk Pakai Di Festival Filem Cannes!

by Soph Azz
May 25, 2023
Foto - Gucci
Fesyen

Beg Gucci Lutsinar Alia Bhatt Jadi Bahan Warga Net, Lihat Harganya Berapa…

by Lisa Ghani
May 19, 2023
Fesyen

Berjubah Sambil Jinjing Beg Birkin RM1.6 Juta! Doktor Gigi Dari Dubai Ini Curi Perhatian

by Zaidin Albert
August 26, 2020
Fesyen

Cecah RM50k! Susah Nak Percaya Perincian Harga Pakaian & Aksesori Neelofa Ini

by Phic ARMAN
December 12, 2018

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan