Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

“Suami Kena Beri Nafkah Lebih Untuk Isteri Hias Diri” – Erna Elliyana Kongsi Amalan Jaga Hubungan Rumah Tangga

by Arsiqin Yusof
March 25, 2023
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu melibatkan golongan ‘penyondol’ yang semakin berani mencabar keharmonian rumah tangga orang secara terang-terangan, amat merisaukan kaum wanita terutamanya mereka yang bergelar isteri.

Hal itu turut dibincangkan oleh pelakon dan penyanyi, Erna Elliyana Rosli atau mesra disapa Erna ketika sesi live di TikTok baru-baru ini.

“Benarkan Penyondolan, Sudah Dekat Dengan Zina”

Menurut Erna, meskipun isu demikian tidak berkait dengan dirinya sendiri, namun dia berpendapat golongan yang membenarkan ‘penyondol’ hadir dalam rumah tangga itu umpama sudah mendekati perbuatan zina.

“Saya sebenarnya no comment sebab… eh sejuk saya cakap pasal penyondol ni!, tapi ia tiada kena-mengena dengan diri sendiri. Alhamdulillah suami saya punya bumper okay!

“Ramai yang tidak sedar, bila membenarkan penyondolan itu berlaku, bererti ia sudah dekat dengan zina. Apabila mendekatkan diri dengan perkara seperti itu, perlu ingat bagi kita yang berniaga, rezeki tak berkat,” katanya.

Kongsi Doa

Memahami setiap yang berlaku dengan izin Allah SWT, Erna sempat berkongsi tip kepada pengikutnya mengenai amalan doa yang sering dipohon agar keluarganya sentiasa dalam lindungan Maha Esa.

“Saya selalu amalkan doa ini. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau jauhkanlah diriku dan keturunanku daripada kelazatan melakukan maksiat.

“Saya nak Allah jauhkan saya dari lazatnya melakukan maksiat. Bila saya tak rasa lazat, saya tak buat maksiat,”
jelasnya.

Kaum Hawa Perlu Sentiasa Jaga Penampilan

Erna yang juga seorang pengasas jenama Kamya Glow turut mengingatkan kaum hawa untuk sentiasa menjaga penampilan jika mahu mengikat pandangan suami.

Tambahnya lagi, suami juga perlu memainkan peranan untuk memastikan isteri sentiasa bersemangat menjaga penampilan.

“Suami pun kalau nak lihat isteri cantik, kenalah beri nafkah lebih supaya isteri boleh merias diri. Suami kena main peranan.

“Saya masa kenal dengan suami saya dulu, kulit saya agak gelap. Saya pernah tanya dia kenapa nak kahwin dengan saya sebab saya tak berapa cantik. Suami cakap dia pilih saya kerana ada otak.

“Alhamdulillah 11 tahun melayari rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, sampai sekarang suami sentiasa mahu saya kelihatan menarik. Dia selalu galakkan saya ke spa, jaga kulit dan mengambil suplemen yang mengandungi bahan-bahan premium dan terbaik.

“Suami-suami jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak kerana mereka adalah lubuk rezeki anda,” katanya lagi.

Sempena kedatangan Ramadan, Kamya Glow memperkenalkan kempen Cantik Before Raya yang menawarkan harga promosi RM69 sahaja (harga asal RM129). Apa yang mengujakan, setiap pembelian layak memenangi duit raya melalui cabutan bertuah akan dilakukan secara rawak serendah RM2 hingga RM50. Dimana wang tunai keseluruhan yang ditawarkan adalah RM5,000.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melihat perkongsian Kamya Glow di media sosial untuk mengetahui manfaat dan kebaikan produk tersebut.

@kamya.my

Banyak luahan dari comment kalau join TikTok LIVE Kamya ? #duitraya2023 #fyp #malaysia #foryoupage

♬ original sound – Kamya.my – Kamya.my

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
DoaErna ElliyanaIsu PenyondolNafkahRumah TanggaTips
https://lomp.at/6g1zs
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem