Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Banyakkan Pegang Al-Quran Dari Telefon Ketika Ramadan, Nasihat Ustazah Asma Dikritik Netizen?

by Phic ARMAN
March 27, 2023
Share on Facebook

Sepanjang bulan ramadan, ramai yang berlumba-lumba membuat kebaikan. Salah satu amalan kebaikkan yang digalakkan dalam bulan Ramadan adalah dengan memberi makan orang berbuka puasa. Amalan ini sangat dituntut kerana pahala yang ditawarkan amat besar.

Pada bulan yang mulia ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah termasuk amalan membaca al-Quran. Justeru, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mengkhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya sekali di bulan Ramadan kerana ia sunnah Rasulullah SAW dan para salafussoleh.

Namun kerana kesibukan kerja, ramai yang tidak berpeluang mengerjakan amalan ini. Pendakwah bebas, Ustazah Asmah Harun terpanggil untuk menasihati orang ramai di Instagramnya. Asma menasihati orang ramai supaya kurangkan memegang telefon dan banyakkan memegang Al-Quran.

View this post on Instagram

A post shared by Ustazah Asma' Harun (@ustazahasmaharun)

“Dah masuk Ramadhan, jika ada yang masih belum rasa nak baca alQuran sebanyaknya, atau belum ada nekad dan usaha untuk khatam, halangan utama mungkin.. telefon di tangan. Cuba banyakkan pegang alQuran.”- tulis Asma di Instagramnya yang juga menggunakan telefon.

Nampaknya ada yang tidak setuju dengan nasihat dari Ustazah Asma. Rata-rata mereka beranggapan bahawa tidak seharusnya menyalahkan telefon kerana ia juga merupakan salah satu medium untuk berdakwah.

‘halangan utama mungkin.. telefon di tangan. Cuba banyakkan pegang alQuran.’ – tulis Asma

“Jangan ambik dari sudut negatif. Telefon tu melalaikan, ambil juga dari sudut positif, dalam telefon ada aplikasi quran dalam telefon boleh tengok video agama yang ringkas. Boleh juga tengok yang panjang. Di telefon juga saya boleh berdakwah. Sebarkan sharekan video-video agama. Status-status agama. Boleh itu boleh ini, amal makruf nahi mungkar. Macam-macam juga beribadah boleh digunakan melalui telefon pintar. InshaAllah boleh,wallahualam”- tulis netizen

Walaupun nasihat ini menerima kritikan dari netizen, kami merasakan nasihat Asma ini ditujukan kepada mana-mana individu yang leka bermain telefon menonton kandungan yang tidak bermanfaat. Yang menggunakan telefon untuk membaca Al-Quran dengan telefon itu tidaklah salah malah lebih mudah dan efisien kan?

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit-"Saya Belajar Benda Baru.."
Ustazah Asma Harun
https://lomp.at/40604
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  2. 2

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  3. 3

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara