Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sibuk Tayang Body Lepas Workout, Netizen Nasihat Janna Nick Hormati Orang Yang Berpuasa!

by Puteri Alia
March 27, 2023
141
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramadan adalah bulan untuk umat Islam melipatgandakan amalan dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Di dalam bulan yang mulia ini, kita dituntut menjaga tutur bicara dan pergaulan, mengelakkan permusuhan dan persengketaan, memperbanyakkan membaca al-Quran, meningkatkan amalan wajib dan sunat, menghidupkan malam dengan amal ibadah serta bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

Mereka yang berusaha bersungguh-sungguh menghidupkan malam di bulan Ramadan dengan amal soleh akan diberikan ganjaran yang sangat besar di sisi Allah SWT.

Begitu juga perbuatan atau perkataan yang membangkitkan syahwat seperti khalwat, zina serta apa-apa perkataan yang tidak senonoh atau tidak sedap didengar.

Selain daripada berpuasa di siang hari dengan menahan diri daripada makan dan minum, umat Islam harus memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang boleh merosakkan pahala serta amalan puasa.

Bahkan isu pemakaian juga seharusnya dititikberatkan oleh seluruh umat Islam bagi menghormati kemuliaan bulan yang penuh baraqah ini.

Bagaimanapun baru-baru ini, sekali lagi nama pelakon sensasi Janna Nick meraih perhatian umum apabila dia memuat naik gambar dirinya setelah melalukan senaman menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Gambar berkenaan dikatakan mencolok mata dan tidak sesuai menjadi tatapan umum ketika bulan Ramadan ini.

Meskipun niat pelakon itu hanya ingin berkongsi aktivitinya ketika bulan puasa ini namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menasihati pelakon ini supaya tidak berkongsi gambar yang boleh mengurangkan pahala waraganet yang melihat gambar berkenaan.

Sebelum ini, pelakon ini pernah dikatakan mencabar dirinya untuk menurunkan berat badan selepas didakwa hubungannya dengan pelakon Dini Schatzmann dilanda masalah kerana bentuk fizikalnya yang gemuk.

Janna berkata, dia mahu menjadikan kata-kata negatif itu sebagai pembakar semangat untuk mencapai tubuh badan yang ideal.

“Saya sejenis kembang kecut. Nak kecut sekejap, nak kembang pun sekejap.

“Tapi tak mengapa. Orang prihatin. Jadi kita bersenam lah. Gemuk boleh kurus. Tak ada masalah. Bagi saya satu minggu okay,” katanya.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Janna berkongsi video dirinya melakukan beberapa teknik senaman.

[VIDEO] Janna Nick Perjelas Isu 'Hina' Fazura, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Meskipun perkongsian itu sedikit sebanyak mampu membantu peminatnya yang mahu turut sama menguruskan badan sebagai salah satu aktiviti sihat ketika bulan puasa ini namun harus diingatkan supaya semua pihak menjaga pemakaian serta tidak berkongsi gambar yang mencolok mata sebagai tatapan umum.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
3
janna nick
https://lomp.at/79qtq
Share56Tweet35SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem