Thursday, December 26, 2024

[VIDEO] Niat Sedekah Bulan Puasa Tapi..-“Dibaginya Ikan Tu Macam Untuk Kucing”

93
KONGSIAN

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh dengan pengampunan dan dilipatkali gandakan pahala amalan menyebabkan seluruh umat islam bergembira dengan ketibaan bulan yang mulia ini.

Selain daripada ibadah utama yang dijalankan seperti puasa, solat berjemaah, solat sunat tarawih, solat sunat witir, qiamullai dan tadarus al-Quran.

Sedekah juga menjadi amalan yang sangat dinantikan oleh setiap daripada umat Islam khususnya para dermawan yang senantiasa bersedia untuk berinfak bagi tujuan ihya’ Ramadan. Pahala yang berlipat ganda bagi mereka yang memperbanyakkan sedekah dibulan Ramadan.

Kalau Tak Mahu Guna Plastik, Cari La Cara Lain Yang Lebih Sopan

Haji Hanafiah merupakan exco kerajaan negeri Terengganu serta ahli politik dari parti Islam se-Malaysia. Baru-baru ini, di tiktok milik @hajihanafiahahmat berkongsikan satu video di mana dia memberikan sedekah kepada penduduk di sekitar kawasan Kemaman, Terengganu itu.

@hajihanafiahmat

Bila settle doh urusan rakyat, kita cuba create lagi sesuatu benda untuk manfaat kepada mereka. Boleh beri sekor serumoh je deh untuk warga PPRT di Paya Berenjut, Kg Besut 2 dan Bakau Tinggi untuk wat buka pose katrang. #ybc #fyp #2023 #ramadan

♬ Setia Berbalas Dusta – Arief

Didalam video berkenaan, didapati Haji Hanafiah sedang memberikan ikan tongkol kepada penduduk setempat kawasan yang terpilih namun pemberian ikan tersebut mengundang pelbagai persepsi dari netizen di mana dia tidak meletakkan ikan tersebut didalam plastik, tetapi hanya diberikan begitu sahaja menggunakan tangan.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang melihat. Ada yang mengatakan perbuatan sedemikian seperti tidak beradap dan sopan untuk dilakukan.

“Takdo supik ko (takda plastik ke)… sapo undi dia ni.”-kata mereka

“Kempen selamatkan penyu ke ni sampai takda plastik.”-ujar mereka

“Kalau bagi bubur lambuk mesti kene tadah tangan yedok.”-tambah mereka

“Serupa bagi kucing, kucing pun kita tadah dengan piring.”-tulis mereka

<“Yb takde surat khabar lama2 ke? ke takut org tk nampak ikan tongkol tu?”-tanya mereka

VIA tiktok hajihanafahahmad

Apa-apa pun, tindakan berkongsi rezeki dengan orang ramai adalah perkara yang sangat mulia serta amat digalakkan dan alangkah bagusnya jika diberikan dengan penuh kesopanan dan adab tanpa menimbulkan fitnah pada orang yang memandang.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI