Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Tak Payah Keluar Rumah Nak Beli Baju Raya! Ini Inovasi Terbaru Dari MCC Lifestyle

by Phic ARMAN
March 28, 2023
30 Rockers Lagenda berkumpul untuk Rakaman Takbir Hari Raya organized by Hombre x Siar, semuanya berpakaian Baju Melayu Tailored Fit Hombre lengkap bersampin di Panggung Bandaraya KL.

30 Rockers Lagenda berkumpul untuk Rakaman Takbir Hari Raya organized by Hombre x Siar, semuanya berpakaian Baju Melayu Tailored Fit Hombre lengkap bersampin di Panggung Bandaraya KL.

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Genap tahun ke-10 bulan ini (Mac), jenama MCC Lifestyle terus mencipta ‘milestone’ membanggakan termasuk jualan koleksi baju rayanya.

Untuk tahun ini saja, jenama ditunjangi pasangan suami isteri, Muhammad Nizar Jamaludin dan Nur Hafizah Shaarani ini mengeluarkan lebih 100,000 unit koleksi baju raya RAVE Raya 2023 selain kerjasama sulung dengan jenama Hombre.

MCC Lifestyle Interactive Rave Raya 2023 Lookbook

Lookbook MCC Lifestyle

Malah serentak dengan itu juga, jenama berkenaan lebih bersifat interaktif dan inovatif menawarkan MCC Lifestyle Interactive Rave Raya 2023 Lookbook untuk memudahkan pembeli membuat keputusan pembelian dengan lebih sistematik.

“Lookbook atau koleksi foto pakaian dijual ini lebih memudahkan pembeli membeli dalam talian. Ia disifat sebagai strategi promosi untuk menarik pelanggan dan membantu mereka menentukan pilihan yang lebih baik. Ia lebih ‘feel’.

“Lookbook yang bagus juga dapat membantu meningkatkan jualan. Lebih tepat kita nak bantu golongan isteri contohnya buat pilihan untuk diri sendiri, suami dan anak. Boleh tekan MCCInteractiveLookbook untuk lanjutan.

“Ada lebih 300 pilihan koleksi ditawarkan. Kita juga tawarkan polisi 90 hari jaminan pulangan wang jika pelanggan tak berpuas hati dengan pembelian. Malah khidmat penasihat fesyen juga diberikan jika ada pelanggan mahukan bantuan atau nasihat,” kata Muhammad Nizar.

Maksud RAVE

Tunjang MCC Lifestyle, Muhammad Nizar Jamaludin dan Nur Hafizah Shaarani

Muhammad Nizar menambah RAVE sendiri memberi maksud simbolik.

“R itu merujuk kepada Romantik dengan menampilkan koleksi Abaya, gaun labuh dan jubah. Ada lebih 50 look yang sesuai untuk majlis berbuka puasa atau persalinan menunaikan umrah mahupun haji.

“A pula Anggun menampilkan kurung pelbagai potongan, fabrik dan kemasan. Ada koleksi songket, kurung lace, pleated, lasercut dan sulam. V pula Versatile terdiri daripada koleksi harian seperti blaus, gaun yang sesuai untuk digayakan harian atau majlis rumah terbuka.

“Manakala E pula diambil untuk abjad terakhir ejaan Hombre menerusi 20 warna koleksi baju Melayu Tailored Fit,” kata Muhammad Nizar.

Hombre turut menampilkan 30 penyanyi rockers

30 Rockers Lagenda berkumpul untuk Rakaman Takbir Hari Raya organized by Hombre x Siar, semuanya berpakaian Baju Melayu Tailored Fit Hombre lengkap bersampin di Panggung Bandaraya KL.
Antara design raya seisi keluarga

Muhammad Nizar berkata lebih mengujakan kerjasama dengan Hombre turut menampilkan 30 penyanyi rockers, otai dan semasa negara.

“Buat kali pertama 30 artis itu dikumpulkan bagi rakaman takbir raya dianjurkan platform perkhidmatan strim filem Melayu, Siar dengan kerjasama Hombre. Rakaman dibuat di Panggung Bandaraya.

“Kesemua artis segak memakai koleksi kerjasama kami. Antara artis yang dimaksudkan ialah Zamani Slam, Akhil Hayy, Rahmad Mega, Ameng Spring, Zarul Husin, Datuk Nash, Lan Solo dan ramai lagi.

“Tanda pagar Raya Macam Rockstar, Raya Macam Legend turut dicipta sebagai sokongan kerjasama ini,” kata Muhammad Nizar.

Menurut Nur Hafizah pula, jenama itu memiliki tiga buah butik fizikal di Bangi Sentral, Bandar Meru Raya di Ipoh dan Dataran Austin Gong Badak, Kuala Terengganu.

Malah jenama pelopor kepada tagline Your Labuh & Longgar Specialist ini kekal bertahan di liganya tersendiri selain menawarkan 10 pilihan saiz dari XXS hingga 5XL.

“Kami belajar bidang kejuruteraan. Saya graduan Universiti of Southamptom United Kingdom dan bekerja sebagai jurutera di Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

“Suami pula graduan Universiti Teknologi Petronas. Dia juga pernah jadi jurutera di syarikat minyak popular (Petronas). Akhirnya, selepas tamat tempoh perkhidmatan wajib bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu, kami memilih untuk berhenti kerja.

“Dipendekkan cerita, tumpuan kami kepada perniagaan termasuklah mengukuhkan MCC Lifestyle. Dulu jenama ini hanya dikenali sebagai MCC, tapi kami melakukan penjenamaan semula terhadap nama dan logo,” kata Nur Hafizah.

London Modest Runway di Excel London

Booth MCC Lifestyle di London Modest Runaway yang disertai Februari lalu

Tambah Nur Hafizah, pada 25 dan 26 Februari lalu mereka turut menyertai London Modest Runway di Excel London.

“Untuk pertunjukan fesyen di London itu kami ketengahkan 16 look bertemakan Summer Raya dan Regal Ramadan. Kami turut berpeluang membuka tiga booth di acara itu dan mendapat sambutan menggalakkan dari golongan muslim di sana.

Antara rekaan khas dari partner artist studio di Paris yang direka khas oleh MCC Lifestyle semasa London Modest Runaway di London

“Malah 8 look diperagakan juga direka khas rakan kerjasama dari Paris. Kami juga berpeluang melebarkan rangkaian di situ sekali gus dalam perancangan meneroka perniagaan pakaian di Timur Tengah iaitu Jordan.

“Insya-Allah, kami dijemput ke sana untuk lawatan lapangan. Malah kos penerbangan dan pengangkutan turut ditanggung pembeli berpotensi,” kata Nur Hafizah.

Jenama yang ditubuhkan pada tahun 2013 ini juga turut menaja baju raya untuk 200 orang wanita asnaf dan kanak-kanak. Majlis penyerahannya akan dibuat 10 terakhir Ramadan ini.

Tak ketinggalan, jenama ini melancarkan Blessed Beyond Belief Program bagi menaja bantuan kewangan bagi pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran.

Selain itu, siri 30 Hari Tadabbur Ramadan bersama Pengasas Tadabbur Centre Sdn Bhd, Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman turut diterbitkan bagi siaran Instagram.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/twobt
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem