Sunday, June 11, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home missmurai

Kamu Murung? 6 Tips Untuk Ubah Mood Jadi Gembira Serta-Merta!

by Lisa Ghani
March 28, 2023
Foto - Twitter

Foto - Twitter

29
KONGSIAN
Share on Facebook

Macam mana nak mengubah diri yang kemurungan menjadi gembira.?

Sebagai manusia biasa, perasaan dan jiwa kita tidak menentu. Ada hari apabila hati kita terasa lapang, perasaan seronok meletup-letup bagai bunga api, ada kalanya bila dirundum kesedihan, kita berasa diri ini adalah yang paling malang dalam dunia.

Yang pasti setiap masalah yang berlaku ada hikmahnya dan pilihan jalan penyelesaian yang bertepatan pastinya membantu.

Menurut sains, perkara ini boleh menukar ‘angin’ murung serta-merta untuk jadi manusia paling happy!

Menghidu Bau-Bauan Menenangkan

Foto – Naturaliist

Sedih dan tertekan? Sebuah kajian mendapati aroma atau bau-bauan berupaya menghasilkan tindak balas positif terhadap otak dan badan seseorang. Contohnya, bau vanila dan buah sitrus (apa-apa jenis buah limau) akan membuatkan jiwa relaks dan pengaruhi mood gembira seseorang.

Bersiar-Siarlah Di Luar

Kalau tengah bersedih, elakan berseorangan dan mengurung diri dalam bilik atau dalam rumaah sahaja. Daripada terperuk, baik kamu ringankan kaki untuk melangkah keluar daripada rumah yang sudah dipenuhi aura negatif.

Foto – Wandering Traveler

Bersiar-siarlah di tempat-tempat menyenangkan seperti di taman, menghirup udara segar, memerhatikan gerak gaya orang yang ada di kelilingnya serta melihat warna-warni dunia.

Menurut kajian, individu yang mendedahkan diri terhadap matahari sekurang-kurangnya satu jam sehari dalam masa tiga minggu dapat meningkatkan mood serta memulihkan tekanan jiwa.

Dengarkan Muzik

Tahukah kamu dengan mendengar rentak-rentak serta alunan muzik dapat memperbaiki mood?

Foto – Psychologies

Hasil kajian daripada University of Missouri mendapati bahawa lebih banyak seseorang mendengarkan lagu-lagu sedih, lebih gembira seseorang itu kerana mereka berasa lebih positif mungkin kerana merasakan nasib mereka sama seperti cerita yang diceritakan dalam lagu sedih berkenaan.

Bercakap Dengan Seseorang

Foto – The Jed Foundation

Kajian mendapati, apabila kamu menelefon teman rapat mahupun kaum keluarga seperti ibu untuk mengadu tentang kegelisahan diri, tubuh kamu sebenarnya akan mengeluarkan toksin jenis oxytocin yang kemudian akan bantu meleraikan tekanan serta menghasilkan hormon yang buat diri rasa disayangi.

Tonton Video-Video Lucu

Foto – Amino Apps

Bukalah Youtube atau laman sosial Instagram untuk mencari video-video lucu. Apabila diri ketawa, mood kamu akan berubah menjadi lebih baik. Ketawalah kerana ia akan dapat melonggarkan otot-otot tekananan yang sedang tegang.

Paksa Diri Ukir Senyuman 

Jalan terakhir adalah dengan memaksa diri untuk senyum. Pakar Psikologi berkata, perbuatan ‘mengacah’ senyuman seolah-olah sedang senyum kepada orang lain biarpun tiada sesiapa di hadapan kamu dapat merangsang pengurangan tekanan lalu menarik aura positif.

Foto – Freepik

Perbuatan berpura-pura senyum akan membuatkan otak berasa anda sedang benar-benar gembira lalu jiwa serta-merta akan jadi seronok apabila otak sudah mengubah pemikiran yang negatif tadi menjadi positif.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER kemurungantips untuk gembira
Share12Tweet7SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Kesihatan

Overthinking: Terus Perlu Mengikut Perasaan Atau Mencari Jalan Penyelesaian?

by Jash Lee
December 25, 2021

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Perlekeh Pemilik Bukan ‘Supercar’, Tunku Putera Johor Tampil Beri Pesanan Buat Suami Fatin Afeefa?

  3. 3

    Video Shuib Melayan Watie Penuh Manja Raih Perhatian, Peminat Teruja Dengar Suara Bakal Isteri Persis Arwah Siti Sarah

  4. 4

    Dikecam Kerana Miliki Buah Dada Besar, Shuib Minta Peminat Usah Cari Lagi Gambar-Gambar Lama Bakal Isteri

  5. 5

    Amir Ahnaff Dikecam Netizen Sebab Sombong, Sepupu Juga Komen Benda Sama?-“Angkuh & Sombong Tak Lama Bro”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan