Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Seram Tengok Reaksi Diana Danielle Tahan Marah, Peminat Risau Penangan Tawar Hati Isteri Tiada Ubat

by Puteri Alia
March 28, 2023
1.4k
KONGSIAN
Share on Facebook

Hubungan suami isteri yang ideal, kuncinya haruslah sentiasa ada kasih sayang dan cinta kepada pasangan.

Namun, hubungan yang pada mulanya terjalin mesra boleh menjadi pudar kemesraannya itu serta tidak lagi harmoni disebabkan oleh sejenis perasaan dikenali sebagai tawar hati.

Perasaan ini cukup sinonim dalam perhubungan lelaki dan perempuan, khususnya pasangan suami isteri.

Perasaan tawar hati boleh berlaku kepada kedua-dua belah pihak, baik suami mahupun isteri – bermakna orang lelaki turut tidak terkecuali.

Namun, tawar hati dalam kaum lelaki kadang-kadang bersifat sementara tetapi kebanyakannya akan menggunakan alasan itu untuk mencari pasangan baru atau sudah bosan dengan pasangan lama.

Berbeza dengan tawar hati seorang perempuan yang kebanyakannya masih mahu bersama-sama pasangan tetapi lebih bertindak untuk tidak mempedulikan pasangannya, meneruskan kehidupan seperti biasa tetapi hatinya sudah kosong untuk percaya dan berharap pada pasangannya itu.

Bagaimanapun kata orang, sukar sebenarnya sang isteri mahu tawar hati secara tiba-tiba dalam perhubungan apatah lagi setelah mendirikan rumah tangga, melainkan golongan suami selalu ulang-ulang benda yang tidak disukai sehingga membuatkan si isteri lelah menghadapinya.

Sudah ditegur dan nasihat tapi tiada perubahan, peluang yang diberi pula dipandang remeh serta tidak dipeduli. Oleh itu, usah dibawa main-main apabila isteri dilihat mulai tawar hati.

Hal yang demikian kerana dia yang dulu mungkin sangat suka tersenyum danltergelak berubah menjadi seperti tidak pandai mengukir senyum.

Dia yang dulu suka bercakap mungkin semakin lama semakin hilang butir bicara. Dia sudah tidak kisah apa yang hendak si suami lakukan, bicarakan. Kalau dulu pandangannya lekat sentiasa di wajah suami, kini memandang muka suami pun sudah tidak sudi.

Diana Danielle Kongsi Pengalaman Menembak Di PLKN, Netizen Luah Rasa Rindu!

Semuanya kerana dia sudah tawar hati, pelbagai hal yang terpendam akhirnya menyebabkan hatinya semakin menjauh.

Memang ada benarnya hanya isteri sahaja yang tahu baik buruk, sikap serta perangai suami yang sebenarnya dan bukannya orang lain. Hakikat ini jelas, lebih-lebih lagi bila tinggal serumah tidur sebantal, setiap kelebihan dan kekurangan suami, hanya isteri sahaja yang jelas menghadapinya dan nampak di mata.

Berbahas soal itu, baru-baru ini kecoh mengenai pasangan pelakon kesayangan ramai yang dahulunya terlihat begitu bahagia, Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle kini bagai retak menanti belah.

VIA Google

Menurut sumber, Diana memfailkan permohonan cerai itu pada 10 Mac lalu. Alasan yang diberikan oleh pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Namun terkini dengn alasaa masih sayangkan perkahwinan dibina sejak 11 tahun lalu Farid Kamil terlihat berusaha pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangganya itu dengan membawa sejambak bunga mawar dan sebentuk cincin untuk menambat hati isterinya, serta dilihat cuba memujuk Diana ketika di luar dewan bicara di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari baru-baru ini.

Bagaimanapun, semuanya ditolak, malah lebih mengejutkan pihak media turut melihat berlaku sedikit kekecohan ketika sesi memujuk dilakukan.

Farid dilihat cuba menjelaskan sesuatu sambil disaksikan peguam kedua-dua pihak, namun ketika Farid cuba memeluknya, Diana menepis dan beredar.

Menurut sumber laporan, wajah Diana kelihatan marah kemudiannya ditenteramkan oleh peguam mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Menjengah ke ruangan komen video yang tular di laman TikTok memaparkan wajah Diana yang kelihatan seperti sedang menahan marah itu, rata-rata warganet meluahkan perasaan takut melihatnya sehingga ada yang menyangka Diana sedang dalam watak lakonannya.

Diana Danielle Gembira Anak Beraya Di Kampung, Bersyukur Anak-Anak Mempunyai Bapa Penyanyang

Mengetahui bahawa Diana dan Farid dulu merupakan pasangan yang sentiasa mengukirkan senyuman, rata-rata peminat menyifatkan perubahan yang ditunjukkan melalui raut wajah Diana itu membuktikan bahawa dia sudah makan hati.

Terdahulu, Farid tiba di mahkamah di sini kira-kira jam 9 pagi membawa jambangan bunga mawar untuk Diana. Namun, bunga mawar merah tersebut dibiarkan begitu sahaja.

Malah, Farid yang juga membawa sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan yang ke-11, turut tidak diambil oleh Diana.

Jadi, nasihat untuk para suami, sekiranya isteri berubah sikap jauh berbeza dari sifatnya semasa baru menikah denganmu, telitilah perkara ini dan jadikan pengajaran daripada apa yang berlaku.

Bagaimanapun, Murai MY sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasangan ini agar kembali mengecapi kebahagiaan.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
4
+1
0
+1
7
+1
9
diana daniellefarid kamil
https://lomp.at/n6tuu
Share546Tweet341SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem