Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Cinta

4 Tips Paling Berkesan Bagi Pasangan LDR Yang Nak Kekalkan Hubungan, Salah Satunya…

by Soph Azz
March 29, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

71
KONGSIAN
Share on Facebook

Hubungan jarak jauh (LDR) berpotensi untuk buatkan setiap hubungan itu jadi penat; mencabar dan susah nak bertahan dalam jangka masa yang panjang. Lebih-lebih lagi bila salah seorangnya, berada di zon waktu atau negara berbeza. Lagi susah jawabnya nak berkomunikasi dengan pasangan.

Dan disebabkan oleh itulah, tak hairanlah kalau kebanyakan LDR tak menjadi dan terkandas di tengah jalan kerana terjadinya beberapa isu yang timbul. Tetapi LDR juga tak mustahil juga boleh bertahan lama dan beralih ke peringkat yang lebih serius seperti kahwin.

Kalau kamu sedang menjalani LDR, dan berhasrat nak kekalkan hubungan yang ini dengan pasangan, Miss Murai ada beberapa tips yang boleh kamu ikuti. Salah satunya…

Tip 1: Belajar untuk setia 

Foto – Pinterest

Miss Murai faham, ada sesetengahnya memerlukan pasangannya sentiasa berada di sisinya secara fizikal. Tapi disebabkan oleh LDR, perkara tersebut tidak berlaku. Ketika ini, jangan pula kamu berlaku tak setia dan gantikan tempat pasangan dengan orang lain. Kalau tak mahu pasangan kamu lakukan perkara tersebut, kamu juga jangan lakukannya terlebih dulu ye!

Tip 2: Tetap berkomunikasi walaupun jauh 

Cara untuk kekalkan LDR lebih lama dan bahagia adalah dengan kerap berkomunikasi dengan pasangan. Kamu boleh ceritakan apa yang berlaku dalam hari kamu, apa kamu makan, apa kamu buat dan sebagainya. Jangan lupa untuk tanyakan tentang halnya juga ye.

Selain daripada hantar mesej atau berbual, Miss Murai lebih sarankan untuk kamu buat panggilan video untuk rasa lebih dekat seperti si dia berada di sisi kamu.

Tip 3: Rancang pertemuan yang menyeronokkan 

Bila sudah LDR, sudah semestinya kamu dan si dia akan menghitung hari bilakah nak berdating. Mungkin ada banyak kafe, makanan, tempat percutian atau tempat yang kamu mahu lawati bersama dengan pasangan.

Foto – Pinterest

Jadi luangkan masa sebentar dengan pasangan, dan rancang date kamu bersama supaya ia menjadi lebih menyeronokkan dan buat kamu teruja menanti hari tersebut!

Tip 4: Saling percaya dan jangan berfikiran negatif 

Tak dinafikan dalam setiap hubungan LDR, berfikiran negatif terhadap pasangan itu akan ada. Mana taknya, kamu tak nampak pasangan di depan mata atau berkomunikasi dengan kerap.

Foto – Pinterest

Dan situasi ini boleh buatkan kamu berfikiran negatif seperti si dia ada orang lain, bosan dengan kamu atau mahu tinggalkan kamu. Sekiranya kamu rasa seperti ini, nasihat Miss Murai cuba berbincang dengan pasangan dan luahkan apa yang kamu rasa okay?

Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
cara setiarahsia untuk setiatips hubungan jarak jauhtips ldrtips setia
https://lomp.at/kkcas
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem