Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

TUJUH DUA BELAS: Filem Berinspirasikan Tentang Kes Jenayah Penculikan Kanak-Kanak

by Phic ARMAN
April 1, 2023
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Boleh dikatakan kes penculikan melibatkan kanak-kanak merupakan antara kes jenayah yang sering berlaku dan kerap mendapat perhatian ramai.

Misalnya, kisah mengenai kes penculikan ‘van putih’ yang cukup popular dan pernah menjadi bualan ramai.

Maka, ia telah menjadi inspirasi kepada syarikat produksi Osmosis Production Sdn. Bhd. untuk menghasilkan sebuah filem aksi berjudul TUJUH DUA BELAS yang mengangkat tema tentang jenayah berkenaan.

Pengarahnya, Thorpe Ali berkata, idea untuk menghasilkan filem tersebut bermula sejak 10 tahun lalu dan ideanya tercetus dengan kisah penculikan kanak-kanak yang hangat suatu ketika dahulu.

“Mengenai tajuk Tujuh Dua Belas, ia sebenarnya memberi maksud kejadian penculikan yang berlaku dari pukul 7.00 pagi hingga 12 malam. Ia memberi mesej bahawa sekiranya berlaku kejadian sebegini, tindakan pantas harus diambil segera.

“Kejadian penculikan ini selalunya tidak menunggu masa lama kerana mudah dikesan dan filem ini menunjukkan watak utamanya berusaha untuk mencari penculik,” ujarnya.

Sebelum ini, Thorpe adalah individu yang bertanggungjawab dalam penerbitan sebuah rancangan popular siri seni beladiri di TV3 berjudul Mahaguru sekitar tahun 90-an.

Tujuh Dua Belas menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Farali Khan yang menjadi teraju utama selain Johan As’ari dan Adam Darwisyh.

Menariknya lagi, filem ini juga turut menampilkan pesilat kelahiran Indonesia yang popular di media sosial iaitu Chintya Chandranaya.

Ia mengisahkan tentang Safia, seorang atlet seni mempertahankan diri yang terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan anak saudaranya yang diculik oleh sekumpulan penyeludup organ manusia.

Mengenai keputusan untuk menerbitkan sebuah filem aksi, Thorpe memberitahu berdasarkan pemerhatian yang dibuat, genre aksi merupakan antara yang digemari penonton selain filem-filem bergenre seram dan komedi.

Jelasnya lagi, filem arahannya itu juga sudah semestinya menampilkan beberapa perbezaan dengan filem aksi yang pernah diterbitkan.

“Kebanyakan filem aksi selalunya memaparkan watak lelaki selaku tunjang utama, tetapi filem Tujuh Dua Belas ini mengangkat golongan wanita yang lincah dalam seni bela diri.

“Disebabkan itu saya memilih pelakon seperti Farali Khan kerana dia memiliki asas seni bela diri MMA, begitu juga pemilihan Chintya yang sememangnya tular dengan aksinya menendang tong gas terutama sekali di YouTube,” jelasnya.

Untuk filem ini, Thorpe memberitahu penggambaran dilakukan sekitar Januari 2022 di beberapa buah lokasi seperti Kuala Lumpur serta Gopeng, Lenggong dan Pengkalan Hulu, Perak.

Berkenaan cabaran sepanjang pembikinan TUJUH DUA BELAS, antaranya adalah pergerakan yang terbatas dan banyak babak yang tidak dapat dibuat memandangkan ketika itu negara masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kalau ditanya mengenai harapan pula, pasti saya mengharapkan Tujuh Dua Belas berjaya menarik sokongan penonton ke pawagam.

“Sekiranya filem ini mencipta kejayaan, kami juga sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sekuel yang kedua dengan gabungan pelakon-pelakon Malaysia, Indonesia dan Kemboja,” ujarnya.

SINOPSIS

Sekitar pukul 7.00 pagi, Safia (Farali Khan) dan anak saudaranya Adam (Adam Darwisyh) dalam perjalanan ke hotel untuk berjumpa rakannya Desi (Chintya Chandranaya) dan ke lapangan terbang untuk bercuti ke kampung Desi.

Ketika dalam perjalan ke hotel, kereta Safia ditahan sekumpulan lelaki dan dia diancam serta beg dan telepon bimbitnya dirampas oleh Bentayan dan Adam diculik. Safia cuba melawan namun terpaksa mengalah jika tidak Adam akan ditembak.

Safia cuba mengekori mereka dan malangnya apabila tiba di satu persimpangan, mereka terpisah. Pelbagai dugaan ditempohi oleh Safia untuk menjejaki mereka.

Tujuh dua belas
https://lomp.at/eumvb
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem