Monday, September 25, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Ustaz Haris Puji Persiapan Neeofa Beraya Makin ‘Simple’ Tahun Ini, Baju Raya Sahaja Sama Dengan Suami

by Puteri Alia
April 4, 2023
94
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut sahaja Hari Raya, pastinya ramai sudah tidak sabar untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang berada di perantauan serta sambutan yang disambut begitu meriah setiap tahun.

Hal yang demikian kerana pada dasarnya “Aidilfitri” membawa maksud “Besar” atau “Utama”. Oleh sebab itu, hari raya Aidilfitri merujuk kepada hari yang besar atau hari yang utama.

Bagaimanapun, ianya telah disalah tafsir oleh sebilangan besar masyarakat pengguna dengan melakukan perbelanjaan yang besar dan berlebihan semata-mata untuk meraikan hari lebaran yang mulia ini.

Secara umumnya kebanyakan masyarakat kita di Malaysia memang gemar untuk berbelanja berlebihan terutama di musim perayaan.

Menjelang musim perayaan, kita sangat sinonim dengan ungkapan seperti “Apa salahnya berbelanja lebih, rayakan sebulan dan hanya setahun sekali”.

Ramai dalam kalangan masyarakat kita sanggup berbelanja lebih daripada kemampuan mereka semata-mata untuk memenuhi tuntutan emosi dan nafsu.

Namun kita juga perlu ketahui bahawa musim perayaan bukan bererti satu kesempatan melakukan pembaziran sehingga wang ringgit dihabiskan secara berlebihan untuk bersuka ria dan berfoya-foya tanpa mempedulikan batas-batas hukum agama serta adat ketimuran.

Menyorot pada perspektif Islam, hari raya merupakan salah satu syiar Islam yang agung. Hari raya disyariatkan bagi memenuhi dan menyempurnakan fitrah keperluan jiwa dan fizikal umat Islam sebagai manusia.

Begitulah sambutan hari raya dalam Islam, yang dikaitkan dengan hari bahagia dan gembira dan secara umumnya diraikan dengan kaedah dan tatacara yang sesuai dengan syariat.

Namun dalam kita bersuka dan bergembira menyambut hari lebaran ini, janganlah kita lupa nasib malang yang menimpa saudara seagama kita di beberapa negara luar yang terpaksa menempuh liku-liku hidup seharian dalam suasana derita dan penuh kesedihan.

Berbahas soal itu, baru-baru ini pendakwah selebriti, Ustaz Haris memaklumkan bahawa tahun ini isterinya iaitu figura terkenal Noor Neelofa juga kelihatan bersederhana sahaja dalam membuat persediaan raya pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

“Lofa pun makin simple tahun ni, alhamdulillah …tahun ini, tahun lepas dan tahun-tahun mendatang, kita akan make sure simple and easy going…senang” – jelas Ustaz Haris

Ustaz Haris turut berkongsi bahawa, tahun ini mereka sudah tetapkan bahawa giliran beraya di rumah ahli keluarga lebih mudah kerana kedua-dua keluarga berada berdekatan.

Menerusi sebuah temu-bual yang dimuat naik oleh sebuah akaun di laman TikTok baru-baru ini, Neelofa mengakui bahawa bagaimanapun tahun ini dia ada membuat persiapan bersederhana seperti hanya mengenakan baju raya sedondon.

Maka, sempena bulan ramadhan yang mulia ini, selain daripada mengawal nafus makan dan minum, eloklah juga kita mengawal nasfu untuk berbelanja lebih untuk menyambut syawal kelak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER neelofaPU Rizustaz haris
Share38Tweet24SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!
Gossip

Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!

by Naddy Joe
September 25, 2023
Aishah Peroleh Markah Kedua Tercorot Di GV 23 All Stars-“Ada Beberapa Perkara Saya Kena Teliti…”
Gossip

Aishah Peroleh Markah Kedua Tercorot Di GV 23 All Stars-“Ada Beberapa Perkara Saya Kena Teliti…”

by Naddy Joe
September 25, 2023
“Mereka Muncul Dalam Hidup Ketika Saya Bekerja & Kami Jatuh Cinta”-Engku Emran
Gossip

“Mereka Muncul Dalam Hidup Ketika Saya Bekerja & Kami Jatuh Cinta”-Engku Emran

by Naddy Joe
September 25, 2023
Shah Rukh Khan & Anaknya Dilihat Sembah Tuhan Ganesha? Peminat Semakin Keliru & Hairan
Bollywood

Shah Rukh Khan & Anaknya Dilihat Sembah Tuhan Ganesha? Peminat Semakin Keliru & Hairan

by Aphit J.
September 24, 2023
“Batu Api Cam Si*l”- Caprice Dinasihati Tidak Campur Tangan Urusan Ebit Lew Dan Mondy
Lokal

“Batu Api Cam Si*l”- Caprice Dinasihati Tidak Campur Tangan Urusan Ebit Lew Dan Mondy

by Aphit J.
September 24, 2023
Hadir Sokong Puteri Sarah? Peminat Teruja Dengan Kehadiran Andi Arsyil Rahman
Lokal

Hadir Sokong Puteri Sarah? Peminat Teruja Dengan Kehadiran Andi Arsyil Rahman

by Aphit J.
September 24, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Sejuk Mata Memandang”-Ramai Yang Ingin Berpenampilan Seperti Zizi Kirana!

  2. 2

    Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

  3. 3

    [VIDEO] Tokti Sebak Sehingga Tidak Mampu Untuk Menyanyi Kerana Teringat Afiyah?

  4. 4

    Baharu Sahaja Beberapa Bulan Kahwin, Shila Amzah “Dikhabarkan” Bakal Bercerai Dengan Suami Mudanya Ubai

  5. 5

    Menangis Pada Konsert Jelajah Terakhirnya Bersama Blackpink!-“Lisa Kini Bergerak Solo?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan