Wednesday, September 27, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Rasai Suasana Hujan Rahmat Sebaik Sahaja Jejakkan Kaki Di Makkah, Daiyan Trisha Menangis Terharu

by Puteri Alia
April 5, 2023
152
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi rakyat di negara tropika seperti Malaysia, hujan adalah perkara biasa kerana ia selalu turun apatah lagi ketika musim tengkujuh, tetapi bagi penduduk di negara padang pasir yang panas dan kering seperti Arab Saudi, ia adalah sesuatu yang jarang ditemui dan apabila hujan turun, dianggap rahmat serta petanda baik.

Hal yang demikian kerana dengan keadaan cuaca yang panas di sekitar kota suci ini dengan purata suhu siang hari sekitar 43 darjah selsius, tidak sukar digambarkan kegembiraan mereka menyambut hujan rahmat itu.

Maka, bukan sesuatu yang pelik apabila terdapat jemaah Malaysia yang begitu teruja hingga sanggup merakamkan foto kenangan dalam keadaan basah kuyup.

Baru-baru ini aktres cantik Daiyan Trisha juga merupakan salah satu jemaah dari Malaysia yang berpeluang menikmati suasana rintik hujan di tanah suci Makkah.

Memuat naik video di laman TikTok miliknya, Daiyan bersama ibunya kelihatan begitu teruja sehingga menitiskan air mata kegembiraan dapat menyaksikan kekuasaan Allah SWT memberi rahmat hujan di tanah suci Makkah.

Bersempena bulan ramadan ini, rata-rata peminat Daiyan juga menitipkan doa agar mereka juga dijemput ke sana kelak.

Terdahulu, Daiyan Trisha tampil meluahkan rasa syukurnya dapat mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Daiyan menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

Menurut Daiyan, dirinya kini sudah berada di Madinah dan syukur niat baiknya untuk menunaikan ibadah umrah setiap Ramadan tercapai pada tahun ini.

“Assalamualaikum semua, Daiyan sekarang sudah pun berada di Madinah, kota yang paling indah. Selari dengan niat untuk menunaikan umrah setiap ramadan, syukur alhamdulillah tahun ini Daiyan dijemput sekali lagi untuk berada di sini buat kali kedua.

Dalam perkongsian tersebut, Daiyan kelihatan cantik dan berseri mengenakan hijab dan menutup aurat dengan sempurna.

Daiyan juga sempat memohon maaf dan meminta semua orang yang mengenalinya mendoakan agar ibadah yang dilakukan itu dipermudahkan.

“Daiyan pohon doa dan ampun dari kalian atas salah dan silap, dan daiyan harap semua boleh doakan perjalanan pergi balik Daiyan dan mummy, beserta semua jemaah-jemaah yang lain. semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur.

“Tak sabar nak jumpa cinta hati, beberapa hari saja lagi,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dikongsikan di laman TikTok Daiyan, rata-rata peminat memuji penampilan Daiyan yang begitu cantik dan manis apabila mengenakan tudung semasa menunaikan umrah.

Diharapkan segala apa yang dihajati dimakhbulkan serta selamat pergi dan pulang dari Umrah!

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Daiyan Trisha
Share61Tweet38SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Sanggup Berguru Dengan Gerry Grennell, Sarimah Ibrahim Miliki Kemahiran Karate Dan Sedia Tembusi Filem Aksi Hollywood
Lokal

Sanggup Berguru Dengan Gerry Grennell, Sarimah Ibrahim Miliki Kemahiran Karate Dan Sedia Tembusi Filem Aksi Hollywood

by Puteri Alia
September 27, 2023
[VIDEO] Kecantikkan Daiyan Trisha Dipuji Ramai!-“Macam Barbie Swan Lake?”
Lokal

[VIDEO] Kecantikkan Daiyan Trisha Dipuji Ramai!-“Macam Barbie Swan Lake?”

by Jash Lee
September 27, 2023
[VIDEO] Hawa Rizwana Kacau Mierul Aiman Raih Perhatian Netizen!-“Member Baru Nak Rehat”
Lokal

[VIDEO] Hawa Rizwana Kacau Mierul Aiman Raih Perhatian Netizen!-“Member Baru Nak Rehat”

by Jash Lee
September 27, 2023
[VIDEO] Alvin Chong Bersama Jejaka Perancis, Lain Pula Komen Netizen?-“Lawan Gun*ing Ke..”
Gossip

[VIDEO] Alvin Chong Bersama Jejaka Perancis, Lain Pula Komen Netizen?-“Lawan Gun*ing Ke..”

by Naddy Joe
September 27, 2023
Aishah Bidas ‘Haters’ All Stars Gegar Vaganza 2023?-“Tak Suka, Tak Payah Tengok..”
Gossip

Aishah Bidas ‘Haters’ All Stars Gegar Vaganza 2023?-“Tak Suka, Tak Payah Tengok..”

by Naddy Joe
September 27, 2023
Kak Lina Pom Pom Undur Diri Sebagai Hos Gegar Vaganza 2023?-“Jaga Diri Ya Semua..”
Gossip

Kak Lina Pom Pom Undur Diri Sebagai Hos Gegar Vaganza 2023?-“Jaga Diri Ya Semua..”

by Naddy Joe
September 27, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

  2. 2

    “Sejuk Mata Memandang”-Ramai Yang Ingin Berpenampilan Seperti Zizi Kirana!

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terpukau Lihat Kereta Terbaru Ameera Khan-“Mummy & Daddy Hadiahkan BMW i7”

  4. 4

    Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!

  5. 5

    [VIDEO] Tokti Sebak Sehingga Tidak Mampu Untuk Menyanyi Kerana Teringat Afiyah?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan