Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pasangan Kembar Siam Yang Berjaya Dipisahkan Pada Tahun 2002, Kini Berjaya Miliki Kenderaan Sendiri

by Puteri Alia
April 6, 2023
144
KONGSIAN
Share on Facebook

Kata orang, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini jika berusaha dengan gigih untuk meraih kejayaan.

Kisah yang pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia iaitu pasangan kembar siam, kemudiannya dipisahkan menerusi pembedahan yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun 2002, mereka kini telah pun bergelar siswazah Sains Komputer.

Muhammad Rosli, 23 berjaya menggenggam segulung ijazah dalam satu istiadat konvokesyen Management & Science University (MSU) pada tahun 2021 dahulu bersama rakan-rakannya.

Meskipun bekas pasangan kembar ini memiliki wajah yang kelihatan sama tetapi sebenarnya mereka tidak serupa. Demikian yang boleh digambarkan mengenai Ahmad Rosli dan adiknya Muhammad, pasangan kembar siam yang pernah menggemparkan negara hampir 21 tahun lalu.

Terdahulu, pasangan kembar Siam dari Puchong, Selangor ini menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2001.

Namun pada September 2002, mereka dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi.

Kini, bekas pasangan kembar siam ini sekali lagi tular di laman TikTok, apabila dikatakan sudah berjaya memilik kereta sendiri setelah berjaya menggenggam segulung Ijazah.

Menurut laporan berita Harian Metro, selepas hampir lebih dua dekad dipisahkan, Muhammad berkata biarpun serba kekurangan mereka dapat jalani kehidupan normal seperti insan lain. Katanya, masih ramai yang mengingati peristiwa mereka dipisahkan menerusi pembedahan di Arab Saudi.

“Kini, selepas menamatkan pengajian dalam ijazah sains komputer pada Februari tahun 2021, saya bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat.

“Sebelum itu, selama sebulan saya buat permohonan di lebih 10 syarikat namun tidak mendapat maklum balas.

“Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, sebuah syarikat menawarkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan biarpun menyedari kekurangan saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, abangnya yang mesra dengan panggilan Along menghidap penyakit anemia atau kekurangan sel darah merah.

“Sepatutnya, kami dapat tamatkan pengajian sama terdahulu namun Along sedikit tertangguh berikutan berdepan masalah kesihatan.

Menjengah ke ruangan komen video yang tular itu, rata-rata yang mengenali kedua-dua individu ini berasa kagum dengan ketabahan dan kegigihan untuk berjaya meskipun menggunakan kerusi roda.

[VIDEO] Remaja Lari Lintang-Pukang Dikejar Anjing Buat Netizen Terhibur- "Baju Biru Tu Punca"

Jelas salah seorang rakan mereka, pasangan ini boleh berjalan dengan menggunakan bantuan tongkat dan seorang lagi berkerusi roda.

Jelas sekali, kejayaan tidak datang bergolek namun, usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil! Oleh itu, orang ramai diharapkan dapat mengambil ikhtibar kekuatan kedua-dua bekas pasangan kembar ini berjuang sehingga berjaya.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
kembar siamViral
https://lomp.at/2zegg
Share58Tweet36SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem