Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tak Ramai Yang Tahu! Toner Dari Klairs Ini Buat Kulit Jadi Bersih Berseri-Seri

by Lisa Ghani
April 6, 2023
Foto - Klairs

Foto - Klairs

52
KONGSIAN
Share on Facebook

Kenapa toner Klairs ini tak tular seperti produk toner yang lain? Walhal kebaikannya sangat genius dengan kandungan bahan yang terbaik.

Entry ini, penulis nak cerita tentang satu toner dari jenama Klairs iaitu ‘Klairs Supple Preparation Unscented Toner’. Ada yang tahu tentang toner ini? Atau mungkin penggunanya?

Baru-baru ini, penulis nak mencari toner untuk menghilangkan parut jerawat, punyalah mencari akhirnya terjumpa dengan toner Klairs ini. Mula-mula, rasa sangsi sebab tak banyak video orang gunakan toner ini tapi selepas mengetahui kandungan bahan dan kebaikannya, serta produk Klairs sebelum ini tak mengecewakan… penulis pun grab satu.

@valentskin

Kenapa toner Klairs tak viral sangat eh? #BuwatJeTikTok #PendidikanKulit #Skincare #SkincareMalaysia #FYP

♬ baby one more time x levitating – Adam Wright

Kenapa Klairs Supple Preparation Unscented Toner dikatakan bagus?

Memberi penghidratan yang paling dalam

Toner ini mengimbangi tahap pH kulit dan meningkatkan keberkesanan keseluruhan rejimen kulit. Dengan pelbagai ekstrak tumbuhan dan bahan-bahan aktif yang menenangkan diadun bersama. Toner Klairs menenangkan, tidak merengsa, melembapkan untuk semua kulit walaupun untuk yang paling sensitif.

Penyerapan pantas dan kelembapan penuh

Kulit bersinar lebih cerah dengan kelembapan yang tinggi. Ia menyerap ke dalam kulit sambil memberi penghidratan lebih daripada 20% daripada toner yang lain. Terima kasih kepada kandungan bahan seperti hyaluronic acid and beta-glucan.

Menenang dan menyembuhkan kulit

Klairs Supple Preparation Unscented Toner turut mengandungi ekstrak centella asiatica. Herba perubatan dengan manfaat menenangkan ini membantu untuk merawat masalah kulit, sehingga yang jerawat, merengsa dan kemerahan.

Toner ini pilihan yang baik untuk kamu yang mahu menghilangkan masalah jerawat, dan pada masa yang sama mengekalkan kelembapan. Dengan kandungan bahan beta-glucan, hyaluronic acid dan centella asiatica, ia menyediakan konsistensi dan memberi kelembapan yang mendalam pada lapisan kulit sambil menenangkan kulit dan mengekalkan keseimbangan pH, untuk menghasilkan kulit terhidrat, gebu dan sihat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
k-beautyKlairstoner Klairs
https://lomp.at/ifyls
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem