Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Cinta

Asyik Teringat Atau Mimpi Bekas Kekasih? Kata Pakar Ini Mungkin Maksudnya…

by Soph Azz
April 13, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

450
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak semestinya mimpi bekas kekasih ini berlaku ketika hubungan kamu dan si dia baru sahaja berakhir tau. Kadang kala, secara mengejut kamu boleh mimpikan bekas kekasih 2-3 tahun yang lepas.

Bila kamu termimpikan bekas kekasih, jangan pula risau ye kerana situasi ini adalah normal. Walaupun ada yang katakan ia tanda kamu akan get back dengan bekas kekasih, jangan pula kamu percaya kerana ia salah.

Mimpi bekas kekasih ini membawa banyak maksud, tetapi dalam entri kali ini Miss Murai nak kongsikan apa kata pakar tentang mimpi tersebut.

Psst… Bukan get back ye, tetapi…

Memetik kata-kata penganalisi mimpi, Layne Dalfen mendedahkan yang mimpi tersebut berkemungkinan besar bukan berlaku disebabkan oleh bekas kekasih kamu. Tetapi ia terjadi disebabkan oleh emosi yang terlibat dalam hubungan tersebut. Bagi Layne sendiri, mimpi tersebut mungkin ada tujuannya dan antaranya adalah:

Foto – Pinterest
  • Membantu kamu memahami kenapa hubungan tersebut berakhir.
  • Membuat perbandingan di antara kehidupan lepas dan sekarang
  • Perasaan terluka disebabkan oleh si dia curang atau hubungan toksik.

Malah bila mimpikan bekas kekasih, jangan pula kamu tergesa-gesa untuk get back semula dengannya. Cuba kamu lihat dari sudut lain, mungkin ada perkara yang tergantung antara kamu berdua dan perlu diselesaikan segera. Atau pun kamu perlu pelajari daripada hubungan lama untuk menjadikan hubungan akan datang lebih baik daripada sebelum ini.

Kalau kerap mimpi, macam mana nak berhentikannya? 

Tak dinafikan memang rasa frust bila asyik mimpikan bekas kekasih, lebih-lebih lagi bekas kekasih yang baru sahaja putus. Kamu jangan risau ye, kerana Miss Murai ada caranya.

Foto – Pinterest

Apa yang kamu perlu  buat, cuba kawal dan ubah cara pemikiran minda kamu. Mimpi yang berlaku adalah kesinambungan daripada apa yang kamu fikirkan semasa sedar (atau siang hari). Sebab itu bila kamu mimpikan bekas kekasih, mungkin ketika waktu sedar kamu ada fikirkan tentangnya atau pun secara terlintas.

Foto – Pinterest

Jadi nasihat Miss Murai, tapis semula pemikiran kamu dengan tulis semula dalam jurnal tentang apa yang menganggu fikiran dan hidup kamu mengenai bekas kekasih. Atau kamu juga boleh menceritakan tentangnya pada orang terdekat, sama ada keluarga atau rakan. Percayalah, selepas itu kamu tidak akan lagi mimpi tentang bekas kekasih.

Jika ada mimpi begini, cuba cara Miss Murai okay? Good luck!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
4
+1
0
+1
1
+1
2
maksud mimpimaksud mimpi bekas kekasihmimpi bekas kekasih
https://lomp.at/5043r
Share180Tweet113SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem