Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Mahu Beri Cara Dakwah Berbeza Kerana Ramai Lebih Suka Bersosial, Iqram Dinzly Ajak Netizen ‘Berzina’ Di Masjid

by Puteri Alia
April 13, 2023
Share on Facebook

Pada zaman serba moden ini, sukar untuk kita sangkalkan bahawa dakwah di Malaysia dari semasa ke semasa sentiasa menghadapi cabaran dek kerana kealpaan orang kita sendiri dalam menerima segala ilmu yang ingin disampaikan, apatah lagi timbul pula isu sosok-sosok diri yang menggelarkan diri mereka sedang mendakwah namun menyampaikan dengan ajaran yang bertentangan.

Meskipun, kemerdekaan meletakkan Islam di tempat yang tinggi sebagai agama rasmi negara, pertambahan bilangan penduduk dan keragaman mad’u iaitu orang yang didakwahkan serta penggunaan teknologi maklumat yang meluas di kalangan pelbagai peringkat masyarakat yang membawa nilai tertentu adalah antara cabaran yang menanti dai’e atau pendakwah sebenar.

Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila pelakon, Iqram Dinzly sejak beberapa tahun terakhir ini sering kali hadir dengan imej dan kenyataan yang penuh dengan kontroversi.

Terbaharu, Iqram Dinzly sekali lagi kembali dengan kenyataan penuh kontroversi menerusi temu bual OKLETSGO di mana beliau mengajak orang ramai ‘berzina’ di masjid.

Kenyataan yang dibuat sekaligus telah mengejutkan pihak yang menemubual beliau dengan mengajak orang ramai melakukan perkara yang tidak sopan di rumah Allah.

Dalam pada itu, Iqram Dinzly dalam temu bual tersebut memaklumkan zina mempunyai maksud dan konteks yang berbeza.

Menerusi potongan video yang tular itu, Iqram memberikan pandangan bahawa maksud ‘zina’ bagi dirinya ialah perhiasan namun, terpulang kepada orang lain yang sekiranya mahu bersetuju dengan tanggapannya itu ataupun tidak.

Bukan itu sahaja, beliau turut memaklumkan ajakan berzina di masjid berbanding berzikir di masjid ini bakal mendapat perhatian ramai manakala golongan cerdik pandai akan mengkaji maksud yang diungkapkan beliau.

Tambah Iqram lagi, tajuk yang dibuatnya itu adalah bertujuan untuk membuka minda netizen dengan mendakwa mereka yang bijak akan mencari maksud sebenar tajuknya itu dan sekiranya mereka yang orang kurang bijak akan terus menghentam.

Lebih mengejutkan ramai, Iqram Dinzly turut mendakwa ajakan beliau untuk berzina di masjid ini merupakan ilham yang diizinkan Allah buat beliau.

Kenyataan penuh kontroversi yang dibuat secara tidak langsung turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dan kurang senang dengan kenyatan beliau.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat kenyataan Iqram itu menunjukkan diri pelakon berkenaan sudah tersasar jauh daripada landasan yang sebenar.

Malah, beliau yang pernah didakwa sebagai gila ini menafikan kenyataan tersebut sebaliknya memaklumkan memiliki 6 personaliti berbeza.

“Yang gila itu Prince Chiki Dinzly, bukan Iqram Dinzly.”, ulas beliau dalam sebuah temu bual pada tahun lalu.

Mengetahui bahawa Dakwah di negara ini mempunyai pelbagai segmen, iaitu pertama, kepada mereka yang belum menerima ajaran Islam. Kedua, mereka yang mula berjinak serta cuba hendak memahami dan mendalami Islam. Ketiga ialah orang Islam sendiri, tetapi masih belum mempunyai kefahaman mendalam terhadap ajaran Islam.

Oleh itu, penyampaian sesuatu maklumat itu harus secara terang-terangan serta tidak terlalu bermadah untuk mengelakkan ianya disalahtafsir.

Bagaimanapun, apa yang baik dijadikan pengajaran serta sebaliknya dijadikan tauladan.

iqram dinzly
https://lomp.at/orxmx
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara