Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Jenama Terkenal Barangan Kemas Malabar Gold & Diamonds Menyediakan Tawaran Istimewa Aidilfitri

by Phic ARMAN
April 15, 2023
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Penampilan wanita tidak akan lengkap tanpa perhiasan barangan kemas. Biarpun hanya sebentuk cincin yang menghiasi jari, aksesori barangan kemas mampu menaikkan lagi seri.

Bersempena Aidilfitri kali ini, jenama terkenal barangan kemas antarabangsa, Malabar Gold & Diamonds menyediakan tawaran istimewa Aidilfitri ini iaitu promosi potongan sifar iaitu tawaran harga trade-in, jual balik barangan emas lama kepada yang baru tanpa potongan diberikan kepada untuk pelanggan. Harga jualan balik yang ditawarkan adalah sama dengan harga emas yang dijual di MGD Lifestyle Jewellery.

Pelanggan juga boleh menjual balik barang emas lama yang dibeli dari mana-mana kedai lain yang dibelinya. Ini merupakan tawaran harga tradein yang terbaik yang pernah ditawarkan di mana-mana kedai lain. Promosi ini hanya ditawaran di 3 cawangan Malabar di Ampang Point, Mydin Mall Subang Jaya dan Mydin Mall Seremban2.

Koleksi Aidilfitri pula pastinya akan menambat hati ramai dengan rekaan yang dibawakan khas dari timur tengah seperti Arab Saudi, Dubai, Turki, India dan juga Itali. Negara-negara yang sememangnya terkenal dengan kehalusan kerja tangan dan keunikan rekaan barangan kemas berkualiti tinggi.

Koleksi Bella dan Ellan merupakan koleksi dari Itali dan Dubai. Rekaannya yang menerapkan ciri-ciri kemewahan dan gabungan emas kuning, emas rose dan emas putih dan permukaan berpotongan berlian dan filigri, hasilnya kerjatangan yang cukup halus seperti bertatahkan batu berlian. Dua koleksi ini menjadi rebutan terutama untuk Hari Raya ini kerana istimewanya koleksi lengkap dengan set ibu dan anak.

Koleksi emas kanak-kanak yang dikenali sebagai Koleksi Starlet mempamerkan rekaan yang comel dari gelang tangan, gelang kaki dan buah rantai.

Keunikan jenama Malabar ini, ianya mempunyai koleksi khas untuk segenap lapisan umur, antaranya…

  • Koleksi Zoul untuk remaja menampilkan perhiasan emas 18 karat (k) rekaan yang lebih ringkas dan moden dan ringan untuk mampu dimiliki untuk mereka yang baru berjinak-jinak membeli barangan kemas.
  • Koleksi Legend pula untuk si jejaka yang boleh didapati dengan emas putih, perak dan emas kuning.
  • Koleksi Precia untuk peminat batu permata yang diikat dengan emas 22karat dan bertatahkan berlian.
  • Tidak ketinggalan koleksi berlian tanpa potongan juga lebih dikenali sebagai intan dari koleksi ERA sangat mengujakan mereka yang meminati rekaan yang lebih esthetik.

Koleksi indah emas 916 dari pelbagai pelusuk dunia ini mempamerkan koleksi gelang tangan emas 916 yang beraneka warna, bentuk dan saiz untuk wanita serta kanak-kanak. Selain itu, himpunan rantai panjang dengan pelbagai rekaan moden kontemporari juga menarik untuk dimiliki bersama koleksi cincin emas bunga-bungaan. Istimewa Aidilfitri ini, koleksi gelang tang yang lebar dan kerrawang menjadi dambaan ramai.

Secara keseluruhan, koleksi berkenaan diinspirasikan daripda motif bunga-bungaan, cinta, keraian, kelembutan serta kehormatan wanita.

Bagi yang belum mengenali jenama berkenaan, rekaan eksklusifnya tidak dapat dimiliki di mana-mana kedai emas yang lain dan sesuai untuk pelbagai lapisan umur serta kaum.

Setiap barangan kemas yang dibeli pelanggan mempunyai jaminan baikpulih seumur hidup.
Selain itu, pelanggan juga boleh menukar balik barangan tanpa susut nilai jika ingin menukarkan yang lama kepada baru.

Lebih mengujakan, koleksi rekaan barangan kemas berlian dan emasnya kebanyakan didatangkan dengan set yang lengkap. Walaubagaimanapun pelanggan boleh membelinya secara berasingan.

Kumpulan itu mula beroperasi sejak tahun 1993 di sebuah ibukota di Kerala Kozikhode oleh pengasasnya M P Ahmed dan kini mempunyai 305 cawangan di seluruh dunia mula bertapak di Kuala Lumpur pada tahun 2015.

Kini ia adalah antara enam jenama terbesar di dunia dan turut memiliki tujuh cawangan di Malaysia, di antaranya di Jalan Bunus Majis India, Klang, Mydin Mall Seremban2, Mydin Mall Subang Jaya dan di Ampang Point.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Malabar Gold & Diamonds
https://lomp.at/gc9fj
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem