Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Cara Gayakan Tudung Yang Betul Mengikut Bentuk Wajah (& Tutup Dahi Jendul)

by Soph Azz
April 18, 2023
Foto - Facebook

Foto - Facebook

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Jangan stress ye apabila kamu tak nampak sama seperti orang di dalam video tutorial walaupun sudah mengikut langkahnya dengan betul. Ia mungkin disebabkan oleh stail tudung yang digayakannya itu hanya sesuai dengan bentuk wajahnya.

Penting untuk kamu tahu yang setiap seorang daripada kita memiliki raut dan bentuk wajah yang berbeza. Ada yang bulat, bujur, panjang, berpipi tembam hingga ke tirus. Disebabkan oleh perbezaan ini, tak semua orang boleh gayakan tudung sama seperti yang lain.

Untuk mencari gaya tudung yang sesuai dengan wajah, kamu perlu tahu apakah bentuk wajah dan berani bereksperimen dengan setiap gaya. Untuk memudahkan kamu, Miss Murai kongsikan gaya tudung apa yang sesuai dengan kamu!

Bentuk wajah bulat 

Si wajah bulat perlu tahu yang tudung mereka akan nampak tak cantik apabila mengenakan anak tudung yang menutup separuh bahagian dahinya. Ini kerana ia akan pendekkan lagi muka bulat mereka, jadi pakai anak tudung bermula di paras anak rambut. Dan apabila menggayakan tudung pula, pastikan kamu:

Foto – Facebook / Art Web City
  • Tudung yang ada awning – Pastikan lipatan tudung tak melepasi tulang pipi dan jangan rapatkan tudung ke dahi kerana ia akan buatkan pipi nampak lebih tembam.
  • Shawl – Gayakan shawl secara longgar dan jangan rapatkan ke dahi. Bentukkan awning shawl dan lipat di bahagian tulang pipi untuk buatkan wajah nampak sedikit bujur/panjang.

Untuk si wajah bujur 

Paling bertuah! Mereka yang memiliki bentuk wajah bujur boleh dikatakan hampir semua stail tudung boleh mereka gayakan.Tak kiralah bawal, selendang atau turban, semuanya nampak terletak elok di wajah mereka.

Foto – Instagram

Wajah yang panjang pula…

Sama seperti bentuk bujur, wajah panjang ini boleh gayakan pelbagai jenis stail tudung. Kalau tak pandai gayakan, kamu boleh ikut tips ini:

Foto – @belladally (IG) / Art Web City
  • Gayakan tudung yang rapat ke dahi supaya bahagian tersebut tak nampak terlalu luas.
  • Bahagian pipi pula jangan tutup untuk berikan ilusi wajah tidak terlalu panjang.
  • Saranan tudung yang perlu kamu gayakan adalah shawl berbanding dengan tudung bawal atau ber-awning.

Kalau wajah berbentuk segi empat…

Mereka yang memiliki bentuk wajah segi empat ini memiliki rahang yang panjang dan menonjol. Saranan Miss Murai, kamu perlu tutup sedikit bahagian rahang supaya ia tidak terlalu ketara dengan gayakan tudung macam mereka berwajah bulat.

Foto – @puterisarahliyana (IG) / Art Web City

Lebih cantik kalau gayakan shawl dalam stail loose. Nampak effortless manis!

Manisnya bentuk muka tiga segi dan hati 

Foto – Facebook / Art Web City

Tak kiralah pakai shawl atau bawal, apa yang penting adalah bentuk wajah ini perlu serlahkan bahagian rahang untuk seimbangkan wajah. Jangan pakai terlalu rapat ke dahi, pastikan ada sedikit awning yang menampakkan bahagian dahi supaya wajah tak nampak terlalu bulat.

Pastikan kamu try and error dulu ye setiap gaya tudung yang kamu suka untuk tahu yang mana sesuai dengan bentuk wajah. Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
gaya tudunggaya tudung ikut bentuk mukastail tudungtudung ikut bentuk muka
Share7Tweet5SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara