Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Terlebih Minum Air Kosong Setiap Hari Pun Bahaya, Kamu Boleh Terkena…

by Soph Azz
April 19, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana air dapat memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan tidak berlaku sebarang komplikasi sistem organ dalaman.

Tetapi disebabkan cuaca di Malaysia ini tak menentu dan selalunya panas membuatkan tubuh badan kita cepat kehilangan air dan berasa dahaga.

Akibatnya kita akan mengambil air melebihi jumlah yang disarankan. Kalau kamu nak tahu, ambil air secara berlebihan pun boleh datangkan bahaya pada kesihatan tau! Nak tahu apa bahayanya?

Baca perkongsian di bawah:

Kenapa minum air kosong boleh  jadi bahaya pula?

Info untuk kamu, minum air berlebihan boleh mengakibatkan badan kamu mengalami keracunan air, mabuk air dan gangguan fungsi otak. Malah bila minum air berlebihan, paras garam dalam darah akan menjadi lebih rendah dan ia dipanggil sebagai Hypervolemic Hyponatremia. Situasi ini boleh menyebabkan buah pinggang tidak mampu untuk menampung dan membuang air dari badan.

Foto – Pinterest

Pada masa yang sama, seseorang individu boleh mempunyai keinginan untuk minum air berlebihan disebabkan oleh;

  • Bersenam atau bersukan
  • Diabetes yang tidak terkawal
  • Ubat-ubatan
  • Primary Polydipsia atau Psychogenic Polydipsia

Kesan Minum Air Terlampau Banyak 

Bila terlampau banyak minum air, badan boleh mengalami cerebral edema iaitu bengkak pada otak. Keadaan ini boleh menyebabkan tahap kesedaran menurun, sawan dan koma. Selain itu, kandungan air terlalu banyak dalam badan boleh mengakibatkan garam dalam darah dicairkan dengan cepat dan menjadi diluted hyponatremia. 

Foto – Pinterest

Diluted hyponatremia:

Kepekatan osmolarity luar sel (extracellular) lebih rendah berbanding dalam sel (intracellular). Jadi air akan bergerak dari luar sel ke dalam sel otak melalui proses osmosis. Kesannya pembengkakan otak berlaku dan menyebabkan individu tersebut menjadi sawan dan koma.

Dan kalau kamu nak tahu sama ada badan alami kelebihan air, perhatikan tanda-tanda berikut:

Foto – Pinterest
  • Warna air kencing akan jadi lebih jelas dan putih seperti air kosong
  • Kerap ulang alik ke tandas untuk kencing
  • Akan minum air walaupun tidak berasa dahaga

Psst… Nak minum air kosong boleh, tapi pastikan kamu tak minum sampai terlebih pula ye. Semoga bermanfaat!

bahaya minum air kosongkeburukan air kosongkesan minum air kosongmanfaat minum air kosong
https://lomp.at/au6ns
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore